Home Entertainment 5 Penyanyi Wanita Terkaya Di Dunia

5 Penyanyi Wanita Terkaya Di Dunia

0

Berikut merupakan 5 penyanyi wanita terkaya di dunia dan bagaimana mereka mengumpul kekayaan mereka.

1. RIHANNA (USD 1.7 Billion)

04E94874 230B 41BA 93E6 39A264F28C15Rihanna setakat ini adalah penyanyi wanita terkaya di dunia dan tersenarai sebagai Jutawan Forbes. Dia telah melakukannya dengan sangat baik dan nilai kekayaannya kini setaraf dengan Oprah Winfrey.

Kerjaya muziknya telah bertahan selama lebih sedekad, keunikan suaranya telah memberikan dunia lagu-lagu popular seperti Umbrella, Disturbia dan What’s My Name. Album-albumnya memperolehnya lebih daripada 250 juta rekod jualan di seluruh dunia dan pelbagai anugerah yang merangkumi sembilan Anugerah Grammy, Tujuh Rekod Dunia Guiness dan 12 “Billboard Awards” juga pernah menjadi miliknya.

Di luar kerjaya muziknya, dia telah melancarkan jenama pakaian dalam dan kecantikan yang berjaya seperti Savage X Fenty dan Fenty Beauty. Peningkatan nilai bersihnya sejak beberapa tahun lalu kebanyakannya boleh dikaitkan dengan kedua-dua jenama ini dan ia merupakan kejayaan luar biasa dalam pasaran komersial di seluruh dunia.

2. Madonna (USD 850 Juta)

F70AA873 873F 42F8 8B3E C37D1A9A2866

Madonna terkenal dengan pendekatan artistiknya selama ini, menjadikannya salah seorang artis muzik paling berjaya sepanjang zaman dan artis wanita terlaris sepanjang zaman dengan lebih 300 juta rekod jualan di seluruh dunia.

Madonna juga dikenali sebagai RATU POP DUNIA, dengan lagu nombor satu terbanyak di Hot 100 di beberapa negara.

Selain kerjaya solonya, dia adalah salah seorang penulis lagu terkemuka dalam industri muzik dan merupakan seorang pelakon terkenal, membawa peranan utama dalam filem Evita yang memenangi Golden Globe bagi Pelakon Wanita Terbaik dan A League of Their Own.

Pada tahun 1992, dia melancarkan Maverick Records, menjadi salah satu label rekod yang dikendalikan artis paling berjaya dalam sejarah. Kekayaannya juga adalah hasil dari mengusahakan beberapa rangkaian perniagaan lain seperti filem, jenama fesyen, penulisan dan kelab kesihatan.

3. Céline Dion (USD 800 Juta)

FD61B2FB 542A 4EA2 9293 146576695165

Céline Dion merupakan salah seorang penyanyi terbaik sepanjang zaman, serta artis bahasa Perancis yang paling laris sepanjang zaman. Dia mempunyai 7 album dengan jualan lebih 10 juta rekod, dan 200 juta jualan rekod di seluruh dunia.

Konsert Jelajah Dunia telah membuka peluangnya dengan kutipan tertinggi sepanjang masa, dan dua residensi konsertnya di Las Vegas juga berada di antara yang mencatatkan kutipan tertinggi dalam sejarah.

Di luar muzik, dia memiliki label minyak wangi, pelbagai jenama beg dan aksesori serta beberapa pertubuhan lain termasuk Kelab Golf Le Mirage dan “Pure Nightclub”. Dia juga mengasaskan rantaian makanan Nickels. Rangkaian minyak wanginya sahaja telah menjana USD850 Juta untuk jualan komersial.

Baca Lagi: Hailey Bieber Obses dan Meniru Selena Gomez?

4. Dolly Parton – $650 Juta

54DD733B 004D 481F AF0F 9DBBEDFCC599Dolly Parton terkenal dan sangat berjaya melalui muzik desa. Dia bermula sebagai pencipta lagu sebelum memulakan kerjaya sebagai penyanyi solo pada tahun 1967 dan sejak itu telah menjual lebih 100 juta rekod di seluruh dunia. 110 lagu single dan mencipta 3,000 lagu.

Ini menunjukkan betapa besar sumbangan dan impaknya dalam industri muzik, tetapi nilai bersihnya bukan sekadar itu sahaja.

Dia juga pemilik bersama Syarikat Dollywood, yang mengurus dan mengawal beberapa tempat hiburan seperti Taman Tema Dollywood, Splash Country, The Dolly Parton Stampede dan Pirates Voyage semuanya berada di bawah syarikat itu.

5. Beyoncé (USD 500 Juta)

70110CAD 3ED8 4947 939F 8EA63A901D4BBeyoncé ialah salah seorang artis rakaman terlaris sepanjang zaman dengan lebih 200 juta rekod jualan di seluruh dunia. Dia menghabiskan masa dalam kumpulan Destiny’s Child, salah satu kumpulan gadis terlaris sepanjang zaman sebelum memulakan kerjaya solonya.

Dia juga merupakan salah seorang artis rakaman yang paling banyak dianugerahkan sepanjang zaman, meraih 28 Anugerah Grammy dan menjadi salah seorang wanita paling berpengaruh dalam industri muzik.

Perkahwinannya dengan Jay-Z mencipta satu fenomena pasangan paling berkuasa hip hop pertama dalam sejarah, dengan jumlah jualan album lebih 300 juta antara mereka berdua.

Selain kerjaya muziknya yang luar biasa, dia juga dilantik menjadi duta L’Oreal, Pepsi, dan American Express. Dia juga menerajui barisan fesyen yang berjaya dan bekerja sebagai duta untuk pelbagai badan amal yang berbeza.

Artikel seterusnya adalah kedudukan No 6 sehingga 10 bagi penyanyi wanita terkaya di dunia. Pastikan anda sentiasa mengikuti laman kami!

Baca Juga: Steven Tyler Aerosmith Berdepan Tuduhan Jenayah Seksual Kanak-Kanak