Home News 5 Perkara Penjagaan Kereta Yang Tidak Seharusnya Diamalkan

5 Perkara Penjagaan Kereta Yang Tidak Seharusnya Diamalkan

0

Tidak dinafikan ada segelintir pemandu pandai memandu tetapi tidak pernah membaca dan menghadam buku manual panduan pengguna yang disediakan untuk rujukan tuan punya kenderaan.

Situasi ini mengakibatkan kita boleh terlepas pandang beberapa perkara yang disyorkan pengeluar kereta, gemar mengambil sikap pandai sendiri.

Ini 5 Perkara Penjagaan Kereta Yang Tidak Seharusnya Diamalkan

1. Tidak Perlu Panaskan Enjin Kereta

Screenshot 2023 06 09 145608

Sehingga ke hari ini perkongsian berkenaan keperluan memanaskan enjin sering diajukan, menyebabkan kita membiarkan enjin berjalan 30 saat ke 1 minit sebelum bergerak khususnya di awal pagi.

“Adakah kaedah ini betul? Tidak”

Memang ada ditulis dalam manual kenderaan tidak ada keperluan untuk pemandu membiarkan enjin hidup secara statik untuk ‘memanaskannya’, sebaliknya pemandu boleh terus bergerak selepas menghidupkan enjin.

Sebuah keluaran 2004 dan 2021 memaparkan nasihat serupa. Cuba periksa manual kereta anda.

2. Ketetapan Ketinggian Lampu Sepatutnya Diubah Mengikut Keadaan

Screenshot 2023 06 09 145631

Pernahkah anda berhadapan kereta yang lampunyai menyilaukan mata tanpa lampu tinggi dihidupkan?

Sesetengah kereta khususnya jenis SUV atau MPV mempunyai suis untuk menaik atau menurunkan cahaya lampu depan kenderaan mereka. Nak mengubahnya, bukan main ubah sahaja.

Kedudukan lampu yang optimum perlu ditetapkan bergantung kepada beban kenderaan, iaitu jumlah penumpang dan jumlah muatan yang dibawah.

Tujuan suis ini dipasang adalah untuk bertindak sebagai pengimbang semula kedudukan lampu, bukannya dinaik atau diturunkan ikut keselesaan pemandu. Nak tahu ketetapan lampu ketinggian lampu yang betul? Rujuk semula kenderaan anda.

Ada pemandu yang sepanjang masa meletakkan kedudukan lampu pada tahap tertinggi. Pemandu lain juga naik geram apabila berhadapan dengan kenderaan seperti ini ketika berselisih.

3. Had Laju Maksima 1000KM Pertama

Screenshot 2023 06 09 145647

Tempoh 1000km pertama atau dikenali sebagai break-in period merupakan antara topik yang sering terpalit dengan bermacam jenis petua dan tips didakwa berkesan.

Biasanya dakwaan ini pula dibuat tanpa ada bukti yang kukuh. Kami tidak tahu dari mana datangnya banyak petua break-in aneh yang sering berlega.

Dalam manual kereta memang ada dinyatakan cara break-in mudah. Untuk 1000km pertama, jangan bawa kenderaan anda pada kelajuan melebihi 90 km/j.

Elakkan memecut dan membrek terlalu kuat. Kami yakin petua ini diaplikasi kepada majoriti kereta biasa yang dijual dalam pasaran Malaysia.

4. Cara Parking Kereta Di Kawasan Berbukit

Screenshot 2023 06 09 145701

Sekiranya anda melalui laluan bukit, cuba lihat bagaimana kenderaan di sana meletakkan kenderaan mereka.

Majoriti pemandu tidak mengamalkan satu kaedah mudah dalam memastikan kenderaan mereka selamat ditinggalkan agar tidak membahayakan orang lain.

Oleh kerana ada risiko brek gagal berfungsi semasa meletakkan tempat letak kenderaan di kawasan berbukit, tayar kenderaan anda perlulah diputar ke arah yang betul bagi memastikan kenderaan ada tidak bergerak ke belakang atau depan selepas anda meninggalkannya.

Pusing tayar ke arah bahu jalan jika anda meletakkan kenderaan menghala laluan bukit menurun, berlawanan arah bahu jalan bila meletakkan kenderaan di bukit menaik.

5. Kelemahan Pengesan Undur Belakang

Screenshot 2023 06 09 145722

Kami yakin sepanjang anda memandu, anda pernah berhadapan situasi di mana pengesan undur belakang anda tidak berbunyi walaupun anda tahu ada objek di belakang kereta anda.

Ada juga yang terlanggar kon trafik yang tidak kelihatan pada cermin pandang belakang, tanpa pengesan berbunyi.

Ini kerana memang ada kategori objek yang sudah digariskan dalam manual kenderaan anda tidak mampu dikesan, ekoran sifat objek itu yang menyerap gelombang ultra-sonik yang dipancarkan.

Dalam buku manual kenderaan turut mempunyai lima kategori objek tidak mampu dikesan iaitu pokok kecil, barangan yang diperbuat daripada kadbod, barangan getah seperti tayar basikal, barangan halus seperti wayar, tali dan pagar dawai serta kon trafik.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda!

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Iluminasi