Home Disney+ 5 Perkara yang Masih Kekal Misteri dalam No Way Out: The Roulette,...

5 Perkara yang Masih Kekal Misteri dalam No Way Out: The Roulette, Bakal Terungkai di Episod Akhir?

0

No Way Out: The Roulette ditayangkan setiap hari Rabu di Disney+ Hotstar. Drama Korea ini akan melabuhkan tirainya dengan tayangan dua episod terakhir iaitu episod 7 dan 8 pada pada Rabu, 21 Ogos 2024 minggu hadapan.

No Way Out: The Roulette ini mengisahkan tentang Kim Guk Ho, bekas penjenayah yang diburu kerana permainan rolet yang berbahaya.

Baca juga: Drama thriller misteri terbaru “No Way Out: The Roulette”, Lee Kwang Soo Bawa Watak Serius Sebagai Penyembelih

Sambil menanti episod terakhir, mari sama-sama kita lihat perkara yang akan masih menjadi misteri dan mungkin bakal terjawab di episod akhir No Way Out: The Roulette!

Peringatan: Artikel ini mengandungi spoiler

1. Siapakah lelaki bertopeng di sebalik permainan rolet? Kenapa dia menyasarkan Kim Guk Ho?

d2d4b857 d2a4 428b a9c7 c008d69f7058Misteri yang masih menjadi persoalan sejak episod pertama adalah lelaki bertopeng yang muncul sambil memutar rolet. Hingga episod 6, belum dijelaskan siapakah orang di sebalik topeng itu.

Namun di episod 4 terungkap, rolet yang ditemui di tempat kejadian sengaja dimanipulasi supaya mengarah kepada panel Kim Guk Ho (Yoo Jae Myung) sahaja, hadiah 20 juta won, dan dibunuh. Boleh disimpulkan ada kepentingan peribadi di sebalik permainan itu.

Boleh jadi orang di sebalik topeng itu adalah keluarga mangsa Kim Guk Ho yang ingin membalas dendam.

Baca lagi: 5 Kejutan Luar Jangka yang Ditampilkan dalam No Way Out: The Roulette Episod 3-4, Makin Menarik

2. Adakah Kim Guk Ho akan selamat?

2f467db0 a21a 4f37 9562 485efaab9be3Kim Guk Ho telah berkali-kali selamat dari maut. Semasa di pasaraya, dia berjaya menyelamatkan diri dari panas beracun Yoon Mi Ok (Ahn So Young), ibu Lee Mi Jin (Kim Yoon Ha). Dia juga selamat dari bom buatan Ki Hoon (Lee Tae Young).

Walau pernah ditikam oleh Seo Dong Ha (Sung Yoo Bin), anak dan Seo Yeon Ju (Choi Hee Jin), Kim Guk Ho masih selamat. Bahkan, dia berjaya melarikan diri dari Walikota An Myeong Ja (Yum Jung Ah) dan Mr. Smile (Greg Hsu).

Sebelum episod 6 berakhir, kereta yang dipandu oleh Kim Guk Ho melanggar tiang berdekatan sebuah balai polis. Adakah Kim Guk Ho akan terus selamat hingga ke akhir?

3. Siapakah yang membunuh Kim Guk Ho dan mendapat 20 billion won?

3bdf2720 cef5 48f6 8ce3 3c197785f408Penonton tentu tertanya-tanya tentang siapakah yang akan membunuh Kim Guk Ho kerana segala cara pembunuhan berjaya dielak hingga kini. Selain itu, siapakah yang akan mendapat hadiah 20 billion won?

Adakah wang tersebut benar-benar akan diberikan kepada orang yang berjaya membunuh Kim Guk Ho? Lalu, kenapa bukan lelaki bertopeng sendiri yang membunuh Kim Guk Ho?

 

4. Adakah Baek Joong Sik boleh menyelamatkan anak perempuannya dari Yoon Chang Jae?

8f8cc185 aff1 4e11 a0ea 4432d12bef59Di tengah-tengah pemburuan Kim Guk Ho, pegawai polis Baek Joong Sik (Choi Jin Woong) sibuk pula dengan gangguan Yoon Chang Jae (Lee Kwang Soo). Perkara ini bermula kerana Baek Joong Sik mengambil wang yang Lee Ji Hong (Hyun Bong Sik) perolehi hasil memotong telinga Yoon Chang Jae.

Yoon Chang Jae berusaha mendapat wang itu kembali dengan cara mengancam Baek Joong Sik. Bahkan sekarang Yoon Chang Jae sedang menawan Baek So Mi (Choi Myung Bin), anak kepada Joong Sik. Wang di dalam bagasi yang mereka rebutkan itu turut terkena letupan bom Ki Hoon di depan rumah Kim Guk Ho.

Adakah Baek Joong Sik boleh menyelamatkan anaknya? Atau Yoon Chang Jae mengungkap kejahatan Joong Sik di depan orang ramai?

 

5. Adakah Mr. Smile bekerja untuk orang lain, selain Datuk Bandar An?

No way outMr. Smile muncul di episod 6 untuk menangkap Kim Guk Ho dan Lee Sang Bong (Kim Moo Yul) atas arahan Datuk Bandar An. Selepas pertarungan sengit dengan Kim Guk Ho di akhir episod 6, ternyata Mr. Smile masih hidup.

Menjelang akhir episod 6, Mr. Smile juga seperti menghubungi seseorang. Adakah Mr. Smile bekerja untuk orang lain selain Datuk Bandar An? Atau adakah Mr. Smile ada hubungan dengan lelaki bertopeng?

Semua persoalan di atas berkemungkinan besar akan terjawab dalam drama No Way Out: The Roulette (2024) episod 7 dan 8. Adakah ada persoalan lain yang masih menjadi misteri untuk anda?

Baca lagi: Open Ending untuk Kdrama The Tyrant, Bakal Ada Musim Ke-2? Ini Penjelasannya
Baca juga: Transformasi Dramatik Lee Kwang Soo dalam Dunia Gelap Pembunuhan Kontrak “No Way Out: The Roulette”