Bitter Sweet Hell merupakan drama Korea female centred yang mana konflik cerita berkisar pada watak-watak wanita. Dua watak utama dalam drama Korea ini adalah No Yeong Won (Kim Hee Sun) dan Hong Sa Kang (Lee Hye Young). Mereka adalah pasangan duo menantu dan mertua.
Dari luar, duo ini kelihatan seperti mempunyai banyak perbezaan. Khususnya berkaitan dengan sikap dan perangai. Walau begitu, No Yeong Won dan Hong Sa Kang ternyata mempunyai persamaan dalam kehidupan mereka. Apakah persamaan yang ketara di antara kedua-dua watak utama Bitter Sweet Hell ini?
1. Mempunyai kerjaya yang gemilang
Hong Sa Kang dan No Yeong Won mempunyai profesyen yang berbeza, tapi mereka sama-sama berjaya serta terkenal. Mempunyai aura misteri, Hong Sa Kang merupakan penulis novel misteri terkemuka yang digelar sebagai ‘Agatha Christie Korea’. Sementara itu, No Yeong Won adalah pakar psikologi keluarga yang mengisi program TV tentang kisah para penonton yang ingin mendapat konsultasi dan penyelesaian. Khususnya, mengenai persoalan rumah tangga dan keluarga.
2. Sangat menyayangi anak tunggal masing-masing
Hong Sa Kang dan No Yeong Won hanya mempunyai seorang anak lelaki. Anak Hong Sa Kang adalah Choi Jae Jin (Kim Nam Hee), suami No Yeong Won. Oleh itu, anak No Yeong Won yang bernama Choi Do Hyun (Park Jae Chan) merupakan cucu Hong Sa Kang. Kedua-dua wanita hebat ini sangat sayang dan bersikap protektif terhadap anak mereka. Mereka akan melakukan apa-apa sahaja demi buah hati mereka.
3. Dicurangi suami
Bukan hanya tentang anak, kisah rumah tangga duo ini juga juga serupa. Mereka sama-sama dicurangi oleh suami mereka. Hong Sa Kang sudah lama mengetahui bahawa suaminya tidak setia. Dia bahkan pernah melihat secara langsung kecurangan suaminya. Namun, dia memilih menutup mata demi menjaga reputasinya. Manakala No Yeong Won baru mengetahui tentang kecurangan suaminya dengan Lee Se Na (Yeonwoo). Dia kini mencari suaminya yang tidak pulang ke rumah dan lari dengan Lee Se Na.
Baca juga: Kim Hee Sun Mula Deklarasi Perang dalam “Bitter Sweet Hell”, dan Ji Sung Semakin Taksub dengan Dadah dalam “Connection”
4. Berusaha menjaga keharmonian keluarga
Sama-sama hebat dan berpendirian teguh, duo ini berusaha menjaga keharmonian keluarga masing-masing. Hong Sa Kang menolak untuk bercerai dan membiarkan suaminya curang supaya dia boleh berada dekat dengan anak mereka. Manakala No Yeong Won belum menentukan sama ada dia akan bercerai atau tidak. Walau begitu, untuk sementara ini, dia menutup kesalahan suaminya supaya anak mereka tidak kehilangan figura seorang bapa yang sempurna.
5. Sanggup melakukan segala cara untuk melindungi nama baik
Walau sama-sama hebat, duo mertua dan menantu ini mempunyai sisi negatif. Mereka sanggup melakukan segala cara untuk melindungi nama baik dan reputasi mereka. Mereka dikenali mempunyai keluarga sempurna sehingga mereka tidak mahu masalah yang terjadi diketahui orang luar sebab mereka takut semuanya akan mempengaruhi kejayaan karier yang telah mereka bina.
Hong Sa Kang membayar orang untuk menutupi jejak kecurangan anaknya. No Yeong Won memanipulasi seorang detektif untuk membantu mencari lokasi suaminya. Gabungan antara Hong Sa Kang serta No Yeong Won menjadi salah satu highlight menarik dalam Bitter Sweet Hell.
Mereka pada awalnya kelihatan tidak serasi dan kurang sesuai sebagai mertua dan menantu, tapi sebenarnya mempunyai banyak persamaan. Duo mertua-menantu ini akhirnya mula saling memahami dan bekerja sama menyiaasar gangguan dan misteri yang mengancam kebahagiaan keluarga mereka.