Walau hampir diboikot hingga beberapa kali mengalami kesukaran proses produksi, kini drama Lovely Runner berjaya meraih populariti. Mengangkat tema penjelajahan masa, penonton selalu dikejutkan dengan sajian plot twist yang selalu muncul di akhir cerita.
Kini berbaki dua episod sahaja lagi, masih terdapat banyak persoalan yang membuatkan penonton tertanya-tanya. Berikut dibawah ini adalah beberapa persoalan yang perlu dirungkai di episod terakhir Lovely Runner!
1. Mengapakah nenek selalu Im Sol memahami kejadian yang dialami Im Sol setiap kali Im Sol menjelajah masa?
Sejak mula Im Sol melakukan perjalanan waktu ke masa lalu, neneknya yang mengalami demensia ini selalu memegang kunci penting. Contohnya, jam tangan Ryu Seon Jae yang menjadi alat penting untuk pengembaraan masa selalu dipakai oleh nenek Im Sol.
Semasa perjalanan waktu keempat, Im Sol tidak memiliki jam tangan Ryu Seon Jae kerana tidak pernah bersentuhan. Namun, neneknya sengaja pergi ke kedai makan milik ayah Seon Jae untuk menyatukan cucunya dengan buah hati cucunya tersebut. Sebab utama neneknya pergi ke restoran daging milik Ryu Geun Duk ini adalah kerana Im Sol merindui Seon Jae.
Mengapakah neneknya tampak seolah-olah mengetahui keadaan hubungan Im Sol dan Ryu Seon Jae setiap kali berlakunya penjelajahan masa?
Baca juga: Lovely Runner: Nyawa Siapakah Yang Menjadi Sasaran Pembunuh Bersiri dalam 2 Episod Akhir Nanti?
2. Apakah sebab Kim Young Soo mengejar Im Sol dan Ryu Seon Jae?
Persoalan besar seterusnya adalah apakah sebab sebenar Kim Young Soo mengejar Im Sol. Tambahan pula Im Sol sudah berhati-hati supaya tidak bertembung dengan Young Soo hingga mencatit setiap tarikh kejadian ngeri yang berlaku antara mereka.
Apakah sebenarnya motif Young Soo mengejar mereka berdua pada setiap waktu?
3. Adakah Im Sol dan Ryu Seon Jae akan selamat?
Penonton pasti tertunggu-tunggu nasib Ryu Seon Jae dan Im Sol di akhir cerita. Dengan kepintarannya, Im Sol berjaya menyelamatkan kakinya supaya tidak lumpuh seperti pada timeline sebenar. Namun Seon Jae tetap meninggal dunia kerana melindunginya.
Dengan takdir yang seolah-olah tidak boleh diubah ini, adakah Seon Jae dan Im Sol akan selamat? Adakah mereka berdua akan tetap bersama sebagai sepasang kekasih?
4. Adakah wujud penjelajah masa lain selain Im Sol?
Persoalan seterusnya adalah bilangan penjelajah masa yang ada dalam drama Lovely Runner. Selalunya, drama bergenre perjalanan waktu ini biasanya manampilkan dua karakter yang memiliki kelebihan untuk kembali ke masa lalu. Namun, kali ini hanya Im Sol yang berjuang seorang diri.
Sementara itu, kehadiran Tae Sung di depan rumah Im Sol pada perjalanan waktu kedua adalah sangat misteri. Tae Sung juga mengingati panggilan noona tua hingga kejadian buli yang dialami Im Sol seperti di perjalanan waktu pertama.
Semakin bingung, jam tangan Ryu Seon Jae juga menyala semasa menyelamatkan Im Sol dari Kim Young Soo di perjalanan waktu pertama. Jam tangan yang menyala ini menandakan kemampuan jam tersebut membawa orangnya kembali ke masa lalu.
Perlu diingat juga bahawa nenek Im Sol sudah dua kali bermain dengan jam tangan Ryu Seon Jae. Bukan menutup kemungkinan bahawa nenek yang mengalami demensia ini memicit jam tangan tersebut hingga berlakunya perjalanan waktu.
Dengan berbagai-bagai kemungkinan ini, adakah benar hanya Im Sol seorang sahaja yang boleh melakukan penjelajahan waktu?
5. Apa yang terjadi pada lagu Sonaki yang hilang?
Persoalan terakhir yang perlu terjawab adalah lagu tentang “Sonaki” yang hilang. Lagu ini menggambarkan pertemuan pertama Ryu Seon Jae dengan Im Sol. Tetapi lagu “Sonaki” terus hilang selepS Im Sol memutus rantai interaksi dengan Seon Jae di perjalanan waktu keempat. Namun, Im Sol yang merupakan bekas peminat ECLIPSE menulis lirik lagu “Sonaki” di draft proposal filemnya.
Adakah “Sonaki” akan kembali menuju takdir untuk dinyanyikan oleh Ryu Seon Jae?
Dua episod terakhir Lovely Runner yang akan ditayangkan pada 27 dan 28 Mei akan datang ini diharapkan boleh menjawab persoalan-persoalan yang masih tergantung yang ada di episod 14.