Home Kdrama/Kmovie 5 Persoalan yang Muncul Selepas Ending Death’s Game Part 1, Penuh Tanda...

5 Persoalan yang Muncul Selepas Ending Death’s Game Part 1, Penuh Tanda Tanya

0

Seo In Guk, Park So Dam, Choi Siwon, Lee Jae Wook, dan juga Go Yoon Jung bergandingan membintangi drama Death’s Game yang ditayangkan secara perdana pada 15 Disember 2023. Baru sahaja menyiarkan empat episode dalam bahagian pertama dan akan menyiarkan baki episod pada 5 Januari 2024.

Siri thriller dan fantasi Death’s Game ini memaparkan terlalu banyak misteri, berikut ini adalah persoalan-persoalan besar yang muncul di pengakhiran Death’s Game Part 1!

Artikel ini mengandungi spoiler!

1. Apakah kesalahan besar Choi Yee Jae?

Death gameSejak kematiannya, Choi Yee Jae selalu diganggu oleh Maut tentang kesalahannya yang meremehkan kematian. Namun, Maut yang dilakonkan oleh Park So Dam ini turut mencungkil dosa besar lain yang membuatkan Yee Jae dihukum.

Penonton diberikan beberapa klu berkaitan kematian Choi Yee Jae sewaktu dia memutuskan untuk bunuh diri. Choi Yee Jae menyebabkan kematian orang lain melalui cubaan bunuh dirinya ini. Walaupun begitu, apakah sebenarnya kesalahan terbesar Choi Yee Jae yang selalu diungkit oleh Maut?

 

2. Mengapakah Park Tae U ada kaitan dengan semua kematian yang dialami oleh Choi Yee Jae?

DeathSemua kematian yang dialami oleh Choi Yee Jae secara tidak langsung berkaitan dengan Park Tae U, anak sulung Taekang Group. Contohnya, Yee Jae memutuskan bunuh diri selepas merasa hidupnya hancur dan tidak diterima oleh syarikat Taekang.

Lalu, kematian Park Jin Tae yang merupakan kehidupan pertama Choi Yee Jae ternyata disebabkan oleh rancangan jahat Park Tae U. Kehidupan keduanya sebagai YouTuber Song Jae Seob (Sung Hoon) juga nampaknya ditawarkan wang yang banyak oleh Tae U apabila berjaya mendarat tanpa payung terjun.

Hampir semua kematian yang dialami Choi Yee Jae berkaitan dengan Park Tae U. Namun, apakah sebab sebenar Park Tae U selalu terlibat dalam semua kejadian ini?

 

3. Bagaimanakah nasib akhir Lee Ji Su?

c9426e0a dd46 40ee 84b5 4b6d8a584836Dalam permainan berbahaya antara Choi Yee Jae dan Maut, ada kisah romantik dengan Lee Ji Su. Sewaktu menjadi Jang Gun U (Lee Do Hyun) di kehidupannya yang ketujuh, Yee Jae masih terpikat dengan bekas kekasihnya ini.

Walau begitu, Lee Ji Su juga dilanggar oleh Park Tae U yang kelihatan dalam adegan hitam-putih di setiap awal episod dimana wajah dan kepala mangsa wanita sudah hancur hingga lehernya terlentok.

Jika Lee Ji Su mati di tangan Park Tae U, bagaimanakah nasibnya di bahagian kedua nanti?

 

4. Adakah Choi Yee Jae berjaya menghindari neraka?

dc25f8b1 6388 4d11 872f 8e07bb77d712Persoalan besar lain yang perlu terjawab dalam Death’s Game Part 2 adalah nasib akhir Choi Yee Jae. Tujuan utamanya sewaktu berada di ambang neraka adalah dia boleh menjauhi kematian dan hidup dengan sisa waktu dalam tubuhnya yang baru.

Dengan masalah yang kian kompleks ini, adakah Choi Yee Jae berjaya menghindari neraka yang ditakutinya? Apakah yang terjadi apabila Choi Yee Jae berjaya memenangi permainan berbahaya dengan Maut ini?

 

5. Apakah yang terjadi apabila Choi Yee Jae menembak Maut?

1cefa4ee a4a2 4100 a284 ab455b66bfa6Berada dalam kebingungan selepas mati di tangan Park Tae U, akhir episod keempat menunjukkan Choi Yee Jae yang marah dan merampas pistol. Yee Jae tampak seperti akan menembak Maut dengan pistol tersebut. Tembakan pistol ini menandakan kehidupan baru yang akan dijalani Yee Jae.

Namun, apabila Yee Jae menarik picu pistol tersebut ke arah Maut, apakah hidupnya akan hilang begitu sahaja? Adakah terjadi sesuatu pada Maut apabila ditembak pistolnya sendiri?

Kelima-lima persoalan besar di atas yang dipicu dari ending Death’s Game Part 1 ini sepatutnya terjawab dalam empat episod terakhir pada 5 Januari 2024 nanti. Sabar ya!

Baca lagi: 5 Sebab Mengapa “Death’s Game Adalah Siri Yang Ditunggu-tunggu Ramai
Baca juga: Death’s Game: 7 Kehidupan Mengerikan yang Dilalui Seo In Guk