Home Kdrama/Kmovie 5 Pilihan Drama Korea Tentang Pendakwa Raya, Penuh Kisah Undang-Undang dan Jenayah...

5 Pilihan Drama Korea Tentang Pendakwa Raya, Penuh Kisah Undang-Undang dan Jenayah Kotor

0

Cuti sekolah bakal tiba tidak lama lagi, apa kata cuba luangkan masa menonton drama-drama yang berilmiah dan memaparkan banyak perkara tentang ilmu yang mungkin tidak kita ketahui. Sesuai untuk menambah pengetahuan dan ilmu baru.

Drama Korea menjadi salah satu tontonan yang disukai ramai anak muda. Jalan cerita yang selalu menghadirkan kejutan menjadi sebab utama drama-drama Korea seronok untuk ditonton.

Kali ini kita akan membahaskan drama Korea yang bercerita tentang ilmu undang-undang, terutamanya dalam dunia pendakwa raya. Berikut dibawah ini adalah beberapa pilihan drama Korea tentang pendakwa raya yang dipenuhi kisah selok belok undang-undang dan dunia jenayah yang kotor dan jijik.

 

1. Partners for Justice (2018)

Drama koreaPartners for Justice merupakan drama Korea yang dibintangi oleh Jung Jae Young dan Jeong Yu Mi. Drama yang disiarkan pada tahun 2018 ini diarahkan oleh No Do Cheol. Drama ini mengisahkan tentang seorang doktor yang bernama Baek Beom dan pendakwa raya yang bernama Eun Sol yang bekerja sama memecahkan kes pembunuhan. Drama ini sesuai buat anda yang ingin mengetahui bagaimanakah koordinasi antara pendakwa raya, penyiasat, dan doktor forensik.

 

2. Suspicious Partner (2017)

7f5fb010 b2f2 434e b737 b3005e37f690Suspicious Partner merupakan drama Korea yang ditayangkan pada tahun 2017 yang dibintangi oleh Ji Chang Wook dan Nam Ji Hyun, Choi Tae Joon dan Kwon Na Ra. Drama ini mengisahkan tentang seorang pendakwa raya yang bernama Bong Hee yang disyaki membunuh kekasihnya sendiri yang merupakan anak Ketua Jabatan Pendakwa Raya. Kes ini ditangani oleh seorang pendakwa raya yang bernama Ji Woo. Bagaimanakah dia mengungkapkan kebenaran disebalik kes tersebut?

 

3. While You Were Sleeping (2017)

b2a74ee4 24db 4fd7 af14 487c411c0753While You Were Sleeping merupakan drama Korea yang ditayangkan pada tahun 2017. Drama ini dibintangi oleh Lee Jong Suk, Bae Suzy, Lee Sang Yeob, Jung Hae In, dan Ko Sung Hee. Drama ini menceritakan tentang seorang pendakwa raya baru yang bernama Jung Jae Chan. Dia bekerja sama dengan seorang wartawan yang bernama Nam Hong Joo untuk mengungkap berbagai-bagai kes penipuan dan pembunuhan.

 

4. Witch’s Court (2017)

018b6382 f841 4891 863d b0015f460665

Witch’s Court merupakan drama Korea yang dibintangi oleh Jung Ryeo Won dan Yoon Hyun Min dengan diarahkan oleh Kim Young Kyoon. Drama ini mengisahkan tentang seorang pendakwa raya yang bernama Ma Yi Deum yang terkenal kerana mempunyai cara yang tidak konvensional untuk setiap kes. Dia menggunakan trik kotor seperti memanipulasi bukti dan bersumpah palsu. Oleh sebab itu, dia digelar sebagai ahli sihir selama dia menjadi pendawa raya.

 

5. Prosecutor Princess (2010)

05579164 563a 42b9 8b3d b6a2781f0c86Prosecutor Princess merupakan drama Korea yang dibintangi oleh Kim So Yeon, Park Si Hoo, Han Jung Soo dan Choi Song Hyun. Drama yang ditayangkan pada tahun 2010 ini diarahkan oleh Jin Hyuk yang mengisahkan tentang seorang wanita pencinta fesyen bernama Ma Hae Ri yang baru memulakan kerjayanya sebagai pendakwa raya. Drama ini sesuai ditonton jika anda ingin mengetahui tentang bagaimanakah kehidupan pendakwa raya baru semasa memulakan kerjaya.

Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 10 Drama Jepun Tentang Jenayah Terancang yang Penuh Tipu Daya
Baca juga: 8 Watak Isteri Impian dalam Drama Korea 2024, Baik Hati dan Penyayang