Banyak filem Korea yang menyajikan tema menarik dan menyimpan pesanan-pesanan kehidupan di dalamnya. Filem Korea juga sangat popular di kalangan masyarakat Asia dan kadang kala mengalahkan filem-filem dari barat. Mengandungi banyak pesanan moral dan pengajaran hidup, filem Korea sangat sesuai ditonton oleh anda yang sedang memerlukan motivasi.
Bukan hanya penuh inspirasi, filem-filem Korea ini juga mampu mengembalikan semangat untuk hidup. Para penonton yang sedang kepenatan dan tertekan boleh mencari angin segar dengan menyaksikan filem-filem Korea berikut ini.
Berikut dibawah ini adalah 5 buah pilihan filem Korea yang mengandungi pengajaran dalam kehidupan dan penuh dengan inspirasi.
1. New Year Blues
New Year Blues merupakan salah sebuah filem Korea terbaru dengan genre romantik. Filem ini ditayangkan pada 10 Februari 2021 selepas ditunda penayangan selama 1 tahun 5 bulan. Filem Korea ini merupakan hasil kolaborasi antara Hong Ji Young dengan penulis skrip Kim Kang Woo selepas mereka terlibat dalam filem Marriage Blue pada tahun 2013.
New Year Blues mengisahkan tentang kisah cinta empat pasangan di penghujung tahun. Seminggu menjelang tahun baru, mereka menghadapi masalah masing-masing. Ji Ho (Kim Kang Woo) adalah bekas detektif yang diturunkan pangkat. Dia menjaga Hyo Young (Yoo In Na), seorang pelatih rehabilitasi yang sedang dalam proses bercerai.
Jae Hun (Yoo Yeon Seok) pergi ke Argentina dan bekerja sebagai penghantar wine. Dia bertemu dengan Jin A (Lee Yeon Hee) iaitu bekas kekasihnya. Selain itu ada Yong Chan (Lee Don Hwi) dan Yaolin (Chen Duling), perkahwinan mereka berada di hujung tanduk.
Pasangan terakhir adalah Rae Hwan (Yoo Teo) dan kekasihnya, Oh Wol (Sooyoung). Keempat-empat pasangan ini mendapat banyak pengajaran ketika memperbaiki hubungan mereka masing-masing.
Filem Korea ini akan mempertontonkan bagaimana setiap orang tidak semestinya menyerah dan saling memerlukan antara satu sama lain dalam menyelesaikan masalah.
Baca juga: 5 Filem Korea Paling Brutal, Dipenuhi Adegan Pembunuhan dan Penuh Darah
2. Best Friend
Best Friend merupakan filem Korea bergenre komedi yang ditayangkan pada 25 November 2020. Filem dari pengarah Lee Hwan Kyung ini memiliki latar waktu pada tahun 1985. Best Friend mengisahkan tentang ejen Dae Kwon (Jung Woo) yang ditugaskan mengawasi ahli politik bernama Lee Eui Sik (Oh Dal Su) yang merancang mencalonkan diri di pemilihan presiden.
Dae Kwon mengintip Lee Eui Sik dan seluruh keluarganya setiap hari. Dia bahkan berpindah ke rumah sebelah Lee Eui Sik dan berpura-pura menjadi jiran. Perlahan-lahan menjadi rapat, dia dihadapkan dengan pilihan menjadi sahabat Eui Sik atau tetap mematuhi misinya.
3. More Than Family
Filem Korea More Than Family menyajikan unsur keluarga yang sangat padat. Filem ini mengisahkan tentang To Il (Krystal), gadis 21 tahun yang bercinta dengan murid kelas tusyennya, Ho Hoon (Shin Jae Hwi). Dia kemudian hamil dan terpaksa menyembunyikan kebenaran tersebut dari ibu bapanya.
Namun akhirnya mereka ingin bertanggung jawab dan menyelesaikan masalah yang telah dilakukan. Mereka terpaksa berjuang untuk mendapatkan restu untuk berkahwin dari kedua pihak keluarga mereka.
Filem ini mendapat rating 6.2 di IMDb dan ditayangkan pada 12 November 2020.
4. Train to Busan
Train to Busan adalah filem Korea bergenre seram dengan tema zombie yang diarahkan oleh Yeon Sang Ho. Train to Busan mencetak rekod sebagai filem Korea pertama yang memecahkan rekod lebih dari 10 juta penonton pada tahun 2016.
Awal tragedi filem bermula apala sebuah trak pembawa barang diizinkan melalui sebuah daerah. Tanpa disedari, tempat itu menjadi tempat asal bermulanya wabak yang mengancam kehidupan di dunia. Seok Woo (Gong Yoo) yang baru sahaja bercerai sedang menaiki kereta api menuju ke Busan bersama anaknya, Soo An (Kim Su An).
Mereka terperangkap apabila seorang demi seorang manusia di dalam kereta api berubah menjadi mayat hidup. Perjalanan menuju ke Busan berubah menjadi detik hidup dan mati bagi mereka.
Train to Busan meraih rating 94 peratus di Rotten Tomatoes dan 7.6/10 di IMDb. Kejayaan filem ini disusuli oleh sekuel bertajuk Peninsula yang ditayangkan pada 15 Julai 2020.
5. Josee
Josee merupakan filem Korea yang diadaptasi dari novel Jepun bertajuk Josee, the Tiger and the Fish.Filem ini ditayangkan pada 10 Disember 2020 dan meraih skor 7/10 di laman IMDb.
Filem garapan pengarah Kim Jong Kwan ini mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis kurang upaya yang selalu berada di zon selesa. Dia menghabiskan hampir seluruh masanya dengan membaca. Josee (Han Ji Min) dan Young Seok (Nam Joo Hyuk) adalah dua orang yang mempunyai latar belakang sangat berbeza.
Sebagai wanita kurang upaya, Josee selalu mengharapkan kerusi roda untuk bergerak. Manakala Young Seok adalah seorang pelajar yang pandai dengan masa depan yang cerah. Mereka bertemu hingga Josee membuka hati untuk Young Seok. Perlahan-lahan, hubungan mereka membuatkan Josee berani keluar dari zon selesa dan membuat perubahan dalam hidupnya.
Menghadapi masalah, menyelesaikan segala kekusutan, kerjasama dan tidak putus asa merupakan antara pengajaran hidup yang boleh diperolehi dari filem-filem di atas. Jalan cerita yang berjaya memberi inspirasi dan membakar semangat untuk terus berjuang dalam hidup. Jangan lupa untuk menonton ya!