Home Movie 5 Pilihan Filem Thriller dengan Tema Permainan Sorok-Sorok, Saspen dan Penuh Misteri

5 Pilihan Filem Thriller dengan Tema Permainan Sorok-Sorok, Saspen dan Penuh Misteri

0

Adakah anda suka bermain sorok-sorok (hide and seek) semasa anda masih kecil? Bayangkan permainan masa kecil yang penuh tawa dan kegembiraan tiba-tiba berubah menjadi mimpi buruk yang menakutkan.

Para penulis filem thriller telah mengambil konsep berdasarkan permainan ini dan mengubahnya menjadi skrip yang mampu membuatkan penonton sesak nafas.

Permainan sorok-sorok yang merupakan permainan kanak-kanak ini menjadi elemen menarik dalam sebuah filem thriller. Tentu sahaja, tema ini jauh lebih menegangkan dan memacu adrenalin para penonton.

Mari sama-sama kita lihat beberapa pilihan filem thriller yang menggunakan tema permainan sorok-sorok.

 

1. Ready or Not (2019)

111ee487 7a5d 43b6 ba8e 00ef39fdec16Ready or Not fokus kepada watak Grace, seorang gadis muda yang berkahwin dengan seorang lelaki dari keluarga Le Domas. Keluarga ini terkenal dengan kekayaannya. Keluarga Le Domas selalu bermain board game, dan permainan itu adalah tradisi mereka untuk menyambut orang baru yang menjadi sebahagian daripada keluarga tersebut di malam perkahwinan mereka.

Grace mendapat kad ‘hide and seek’ dan perlu bermain permainan tersebut bersama keluarga Le Domas. Namun yang paling mengerikannya ialah ketika keluarga Le Domas cuba untuk menangkap Grace demi ritual korban nyawa yang dipercayai sebagai pencegahan kepada kematian mereka.

Filem ini berjaya mewujudkan suasana yang mencengkam ketika permainan sorok-sorok dimulakan, dan pastinya berjaya membuat anda berdebar ketakutan.

 

2. Hide and Seek (2005)

d9fd11b8 29e6 473d 8233 3aabeb049b4cHide and Seek adalah sebuah filem thriller psikologikal yang diarahkan oleh John Polson dan diterbitkan oleh 20th Century Fox. Filem ini dibintangi oleh Robert De Niro, Dakota Fanning, Famke Janssen, Elisabeth Shue, Amy Irving, dan Dylan Baker.

Filem ini mengikuti kisah Dr. David Callaway (Robert De Niro) dan anaknya, Emily (Dakota Fanning), yang berpindah ke sebuah rumah di kampung setelah kematian tragis isteri David yang juga merupakan ibu Emily. Emily yang berusia sembilan tahun mula menunjukkan perilaku aneh dan mencipta seorang kawan khayalan yang bernama Charlie.

David berusaha mengungkap kebenaran di sebalik kawan khayalan Emily, sementara ketegangan dan kengerian semakin meningkat.

 

3. The Hunt (2020)

f6b07291 019b 44c9 8a3b 376e410a6a1eDitayangkan pada tahun 2020, The Hunt adalah sebuah filem thriller yang menggabungkan unsur aksi dan seram dengan sentuhan satira. Diarahkan oleh Craig Zobel, filem ini menampilkan jalan cerita yang kontroversi namun menarik. Filem ini dibintangi oleh Betty Gilpin, Ike Barinholtz, Emma Roberts, Hilary Swank, dan Ethan Suplee.

Cerita bermula ketika sekumpulan orang asing terbangun di sebuah hutan terpencil tanpa mengetahui bagaimana mereka boleh sampai di sana. Mereka kemudian menyedari bahawa mereka menjadi target dalam sebuah perburuan manusia yang sadis. Para peserta perburuan ini berasal dari berbagai-bagai latar belakang sosial dan memiliki pandangan yang berbeza-beza.

 

4. Petak Umpet Minako (2017)

IMG 3428Petak Umpet Minako adalah sebuah filem seram thriller Indonesia yang diarahkan oleh Billy Christian. Berdasarkan novel berjudul sama karya Manhalfgod, filem ini dibintangi oleh Miller Khan, Nicky Tirta, Gandhi Fernando, Regina Rengganis, dan Natasha Gott.

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan sahabat yang mengunjungi sebuah sekolah terbengkalai dan memutuskan untuk bermain permainan sorok-sorok dengan boneka hantu Jepun bernama Minako.

Permainan yang pada awalnya dianggap hanya sebagai gurauan berubah menjadi mimpi buruk apabila Minako mula mengancam nyawa mereka. Setiap anggota kumpulan tersebut bersembunyi dan mencari cara untuk menghentikan gangguan Minako sebelum terlambat.

Walaupun filem ini dikeluarkan pada tahun 2017, ia hanya ditayangkan di pawagam Malaysia pada 28 Februari 2019 ketika itu.

 

5. Hush (2016)

Filem thrillerHush adalah sebuah filem thriller seram yang ditayangkan pada tahun 2016. Diarahkan oleh Mike Flanagan bersama Kate Siegel, filem ini diproduksi oleh Trevor Macy melalui Blumhouse Productions dan Intrepid Pictures. Filem ini dibintangi oleh Kate Siegel, John Gallagher Jr., Michael Trucco, Samantha Sloyan, dan Emilia Graves.

Cerita berpusat pada Maddie Young, seorang penulis cacat pendengaran yang tinggal sendirian di sebuah rumah terpencil di tengah-tengah hutan. Kehidupan tenang Maddie terganggu apabila seorang pembunuh bertopeng mula mengintai rumahnya. Dengan keterbatasannya, Maddie berjuang untuk bertahan hidup dan mencari cara untuk mengalahkan pembunuh kejam tersebut.

Filem-filem dengan tema permainan sorok-sorok ini menampilkan plot yang menegangkan, watak yang kompleks, dan twist tidak terjangka.

Baca lagi: Minat Pelakon Berbakat Bollywood Nawazuddin Siddiqui? Tonton 6 Siri dan Filem Thriller Terbaik Ini
Baca juga: 5 Filem Thriller Diangkat dari Manga dengan Jalan Cerita Mengejutkan dan Penuh Kengerian