Home Entertainment 5 Rahsia Song Ji Hyo Kekal Cantik & Awet Muda Walaupun Sudah...

5 Rahsia Song Ji Hyo Kekal Cantik & Awet Muda Walaupun Sudah Berusia 42 Tahun

0

Ramai yang tidak menyangka wanita cantik ini sudah berusia 42 tahun (2022). Walaupun dia sentiasa bekerja keras dalam rancangan Running Man, Ji Hyo tetap kelihatan cantik.

dummy

Apa yang lebih menarik tentang Ji Hyo ialah dia jarang memakai solekan tebal di mukanya. Pakar bedah plastik juga mendedahkan bahawa kecantikan Song Ji Hyo adalah semula jadi.

Mesti ramai yang nak tahu apa rahsia Song Jo Hyo untuk kekal cantik dan sentiasa kelihatan muda!

1. Tidur Yang Mencukupi

Sebagai seorang selebriti yang sentiasa sibuk, Song Ji Hyo sentiasa memastikan dia mendapat tidur yang cukup.

d1b36d7dcc0ec9e70a28ea1ded4ca70a

Baginya tidur yang cukup adalah sangat penting untuk memiliki kulit yang sihat dan berat badan yang ideal. Mesti ramai yang perasan, Ji Hyo boleh tidur di mana sahaja dia berada kan?!

2. Sentiasa Berfikiran Positif

Ji Hyo pernah berkata walaupun dia berhadapan dengan gosip, dia sentiasa menghadapinya dengan senyuman dan fikiran yang positif.

allkpop 1642729528 20220120 songjihyo

Baginya tekanan adalah punca utama penuaan dan memusnahkan kecantikan seseorang.

3. Sentiasa Kekal Aktif & Bersukan

Menurut Ji Hyo, rancangan Running Man memerlukan dia untuk berlari, menari dan kekal aktif. Ia dapat membantunya untuk membakar kalori.

20210827 16299941362011 mobile

4. Sentiasa Menggunakan Pelembab Kulit (Moisturiser) & Facial Mist

Jurusolek terkenal di Korea mendedahkan bahawa kulit Ji Hyo sangat cantik sehingga dia tidak memerlukan solekan yang tebal. Rahsianya, Ji Hyo sentiasa memastikan kulitnya lembap dan sentiasa menggunakan face mist.

iSUBS squad.comRunning.Man .E45.720P horz

5. Memakai Sunblock

Program Running Man memerlukan Song Ji Hyo untuk sentiasa berada di bawah sinar matahari.

Rahsia kulit Ji Hyo sentiasa cerah ialah dia sentiasa menggunakan sunblock sebelum keluar. Kalau korang perasan, Ji Hyo juga selalu memakai topi untuk mengelak kulitnya daripada terkena matahari.

Running Man Song Ji Hyo

Sumber: NH Online