Home Entertainment 5 Reaksi Keluarga Dr Seo Apabila Kantoi Curang

5 Reaksi Keluarga Dr Seo Apabila Kantoi Curang

0

Polemik kecurangan Dr Seo In Ho (Kim Byung-chul) dalam drama paling popular terbaru “Doctor Cha” kini telah diketahui oleh ahli keluarganya. Bagaimanakah reaksi anggota keluarga lelaki itu?

Selepas mengabdikan diri menjadi suri rumah tangga selama 20 tahun, Cha Jeong Suk (Uhm Jung Hwa) memutuskan untuk kembali mengejar impiannya sebagai seorang doktor.

7f8e647b d1b1 4309 9813 96a0538af165

Dia adalah doktor pelatih di hospital tempat suaminya, Dr Seo In Ho (Kim Byung Chul) bekerja sebagai pegawai atasannya.

Jalan cerita drama siri Doctor Cha sangat menarik, pusing punya pusing, di hospital itu pula Dr Seo In Ho menjalin hubungan gelap dengan bekas kekasihnya sejak zaman belajar dahulu iaitu Dr Choi Seung Hi (Myung Se Bin).

Kini setelah siri ini telah sampai sehingga ke episod 8, seluruh ahli keluarga Dr Seo telah mengetahui kecurangan Dr Seo terhadap Dr Cha. Bagaimanakah reaksi anggota keluarga lelaki itu? Jom semak!

1. Choi Eun Seo

64bc7669 3b69 47de a2e0 d3a8293cd29a

Choi Eun Seo (So A Rin) adalah anak Dr Seo In Ho dan Choi Seung Hi. Mereka pernah putus hubungan kerana Seo In Ho menghamilkan Cha Jeong Suk dan berkahwin. Hubungan asmara itu kembali mekar sewaktu mereka menjalankan latihan kedoktoran di Amerika Syarikat.

Choi Seung Hi hamil dan memutuskan untuk melahirkan anak mereka. Wanita itu terus bersembunyi dalam bayang-bayang, Choi Eun Seo juga lantang mendedahkan fakta polemik keluarganya kepada saudaranya sendiri iaitu Seo Yi Rang semasa jamuan makan malam.

2. Seo Yi Rang

842d5ff0 0911 47d5 b3c5 4fb81e7a6995Choi Eun Seo adalah kawan kepada Seo Yi Rang. Ternyata Choi Eun Seo memang mempunyai niat tersembunyi sewaktu mendekati Seo Yi Rang. Persahabatan mereka menjadi retak. Walaupun terkejut dengan fakta bahawa ayahnya curang, Seo Yi Rang (Lee Seo Yeon) tetap mencuba untuk tenang.

Dia meminta untuk merahsiakan kelakuan curang dan segala aib itu daripada ibunya. Walaupun kerap merajuk dan bersikap acuh tidak acuh dengan ibunya, tetapi dia sangat prihatin dah sayang pada ibunya. Sewaktu pulang ke rumah, Seo Yi Rang juga meluahkan rasa kesalnya dan kekecewaannya kepada neneknya.

3. Kwak Ae Sim

6739de11 b5b3 4066 8913 4bf9b839ac9aKwak Ae Sim (Park Jun Keum) melaharkan dan meluapkan rasa marah dan emosinya terhadap berita curang anaknya. Walaupun selalu berkelakuan sebagai mertua yang suka mengambil kesempatan ke atas menantu, tetapi dia juga masih mempunyai hati nurani, sekurang-kurangnya sebagai seorang wanita.

Dia bersimpati dengan nasib menantunya dan sangat kecewa dengan anak lelakinya.
Sama seperti keputusan cucunya, Seo Yi Rang, dia juga memilih untuk merahsiakan kecurangan itu daripada pengetahuan menantunya. Dia juga mengaku bahawa memang anaknya iaitu Dr Seo In Ho yang bersalah sehingga menyakiti hati ramai orang.

4. Seo Jung Min

8d1fde38 d7ac 4816 ac66 40859c7c15c8

Seo Jung Min (Song Ji Ho) tanpa sengaja dia ternampak pesanan teks dari Choi Seung Hi. Pesanan itu berkenaan perjumpaan wanita itu dan ayahnya yang masih dalam kawasan hospital. Tanpa berlengah, dia ke tempat tersebut dan mengetahui perlakuan curang mereka.

Dia, adiknya, dan neneknya sepakat untuk tutup mulut namun ayahnya perlu membuat keputusan tiga tahun kemudian, tepatnya ketika ibunya telah menyelesaikan tugasan sebagai doktor pelatih. Dia meminta ayahnya untuk memilih bercerai dengan ibunya atau berpisah dengan perempuan simpanannya.

5. Cha Jeong Suk

84b5269e 4823 4f89 977b 18072cb2fe51Naluri seorang isteri memicu Cha Jeong Suk (Uhm Jung Hwa) untuk menghidu kelakuan curang suaminya. Walaupun beberapa kali dia cuba menepis perasaannya, namun fakta akhirnya terungkai jua. Suaminya ternyata curang dengan bekas kekasihnya.

Kecurangan itu juga berlaku di tempat di mana dia juga berada di sana, tepatnya di hospital tempat mereka bersama-sama bekerja. Walaupun tenggelam dalam perasaan kecewa, dia masih berusaha untuk berdiri teguh. Dia juga enggan mengaku kalau dan pasrah sahaja. Cha Jeong Suk bangkit untuk melawan semuanya.

Selain bertemakan kisah suami isteri dan kerjaya, drama siri Korea Selatan “Doctor Cha” juga mengulas tentang cabaran dan nilai-nilai kehidupan. Walaupun mengusung tema yang cukup tegang tetapi drama siri ini dikemaskan lagi dengan unsur komedi yang bertali arus.

Jangan lupa saksikan lanjutan drama siri Doctor Cha ini setiap hari Sabtu dan Ahad di Netflix!

Baca Lagi: 12 Watak Peguam Lelaki Dalam Kdrama

Baca Juga: 7 Watak Dalam Doctor Cha Yang Menjengkelkan