Home Cdrama 5 Sebab Kena Layan Drama Taiwan “Haunted House For Sale” di Viu

5 Sebab Kena Layan Drama Taiwan “Haunted House For Sale” di Viu

0

Drama Taiwan Haunted House for Sale mengusung tema yang menarik iaitu tema pengusiran hantu dan roh. Menggandingkan dua orang pelakon terkenal Taiwan, drama ini menceritakan tentang Lu An Qi (Annie Chen) dan Yu Ta Chih (Kent Tsai) yang mula terlibat dalam perkara-perkara mistik semasa menjadi ejen hartanah.

Lu An Qi yang bekerja sebagai ejen hartanah berpengalaman merekrut Yu Ta Chih sebagai pembantunya. Mereka berdua walau sebelum ini mempunyai masalah dan salah faham, akhirnya menjadi gandingan hebat selepas berjaya menjual rumah berhantu.

Masih ragu-ragu untuk menonton drama Taiwan ini? Berikut ini adalah beberapa faktor utama drama Haunted House for Sale perlu anda tonton. Lebih-lebih lagi jika anda memang peminat genre seram komedi, drama Taiwan ini perlu dimasukkan ke dalam watchlist anda!

 

1. Gandingan serasi antara Annie Chen dan Kent Tsai

IMG 1141

Annie Chen adalah pelakon yang membawa watak Lu An Qi. Watak yang kerap disapa sebagai An Qi itu terkenal sangat bercita-cita tinggi, terutamanya jika berkaitan tentang pekerjaannya, dia komited bekerja sebab dia perlu membayar hutang ibunya. Suatu hari, dia tertangkap berbohong pada pelanggannya yang ingin membeli rumah.

Akhirnya An Qi tidak mempunyai pilihan lain selain menuruti keinginan orang atasannya iaitu dia perlu menguruskan rumah-rumah ‘busuk’ atau berhantu. Pada masa yang sama, Yu Ta Chih dipecat dari kedai serbaneka dan akhirnya memohon kerja sebagai pembantu An Qi.

Gandingan dua pelakon utama ini sangat natural, dan para penonton pasti terawan melihat persembahan mereka.

2. Kisah seram tetapi diselit elemen komedi

Haunted house for sale

Elemen seram yang ditampilkan dalam drama Haunted House for Sale tidak seluruhnya mengandungi cerita menegangkan. Genre komedi masih mendominasi dibandingkan kisah seram. Anda yang takut menonton kisah seram, tidak perlu bimbang dengan adegan jumpscare.

Gabungan yang berjaya antara seram dan komedi terasa dalam setiap kes yang ditangani oleh An Qi dan Yu Ta. Mereka mempunyai cara tersendiri yang membuatkan interaksi mereka tetap hidup walau watak mereka tetap berbeza. Tidak ketinggalan, ada hantu yang kesunyian dan menjadi teman hantu Yu Ta yang sangat menghiburkan.

 

3. Pelbagai kes dalam setiap episod

a39c5793 32fb 4c7c acb2 3eeb0747622e

Sepanjang 14 episod, drama Haunted House for Sale yang ditayangkan di platform streaming Viu ini juga semakin menarik dengan pelbagai kes yang disajikan. Terdapat beberapa kes jenayah yang berkaitan dengan roh yang mengganggu, seperti dendam, cinta, pembunuhan, pemerkosaan, hingga bunuh diri.

Kepelbagaian kes yang ada dalam setiap episod membuatkan anda tidak mudah bosan. Durasi 45 minit dalam satu episod juga terasa amat cepat. Kita sebagai penonton pasti akan terpukau dengan kisah roh yang masih berkeliaran di dunia.

 

4. Pengusiran hantu dan roh yang melibatkan kekuatan spiritual

IMG 1140

Watak Yu Ta Chih atau yang kerap disapa sebagai Yu Ta itu sebenarnya bukan pembantu biasa. Pada awalnya, dia merasa tidak perlu mendedahkan kebolehan spiritualnya. Namun, kerana pekerjaannya memerlukan kebolehannya tersebut, mahu tidak mahu dia lebih banyak berinteraksi dengan hantu.

Pengusiran hantu dalam drama “Haunted House for Sale” ini tidak banyak menampilkan ritual tertentu tetapi ditonjolkan secara dramatik dengan penyelesaian kes demi kes.

 

5. Pesanan moral yang menyentuh perasaan

IMG 1142

Dengan terdapat banyaknya kes yang ditampilkan, ada pesanan moral yang menyentuh perasaan penonton. Kita disedarkan bahawa ada banyak makhluk yang hidup berdampingan dengan kita selama di dunia. Begitu juga dengan kewujudan roh yang mengungkap kebenaran, di saat manusia mula hilang rasa empati terhadap satu sama lain.

An Qi menjalani kehidupan yang keras dan penuh dengan komitmen. Namun, tetap boleh melaluinya dengan kerja keras dan keazaman yang kuat. Dari drama ini kita juga belajar bahawa semua orang mempunyai kebolehan masing-masing. Sama juga seperti Yu Ta yang membantu ramai orang dengan kebolehan spiritualnya.

Haunted House for Sale semakin menarik kerana mengusung genre seram komedi. Penglibatan hantu menguatkan lagi gandingan antara Yu Ta dan An Qi sebagai rakan sekerja. Jika anda sedang mencari tontonan ringan dan menghiburkan, drama dari Taiwan “Haunted House for Sale” ini sangat sesuai untuk anda tonton.

Jangan lupa saksikan Haunted House For Sale hanya di Viu ya!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai genre drama tanpa sebarang gangguan iklan!

Baca lagi: “Possessed Love” Siri Realiti Temu Janji Baharu yang Viral, 8 Penilik Nasib Muda Mencari Cinta Baru?
Baca juga: Suka Kdrama Pyramid Game? Tonton Siri Terbaru Viu Original Ini, Mengetengahkan Isu Buli dan Thriller Penyiasatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here