Drama Korea bertemakan aksi sejarah, “Queen Woo” yang paling dinanti-nantikan akan ditayangkan pada Khamis, 29 Ogos 2024.
“Queen Woo” mengisahkan perjuangan seorang ratu untuk mengekalkan kuasanya selepas kematian mengejut suaminya. Perang besar-besaran meletus, puak-puak di sekeliling kerajaan cuba merampas takhta raja untuk mendapatkan kuasa besar. Ini akan menjadi drama sejarah dengan aksi peperangan yang sangat sengit.
AMARAN!
Walaubagaimanapun, dikhabarkan drama Queen Woo ini mengandungi eksplisit 18+. Jadi sila berhati-hati ketika ingin menonton drama ini ya! Pastikan anda tonton sendirian sahaja! Dan anda juga ada pilihan untuk menggunakan butang “fast-forward”!
Jadi, anda masih ingin tahu mengapa drama “Queen Woo” ini sangat dinantikan? Mari kita lihat beberapa fakta menarik dibawah ini.
1. Kos pembikinan drama yang tinggi
Drama Korea yang berlatarkan sejarah Kerajaan Goguryeo ini dianggarkan mempunyai kos produksi sehingga 30 Won untuk lapan episod.
The Korea Times pada Selasa (27/8) melaporkan bahawa drama Queen Woo dihasilkan dengan kos 30 bilion won. Angka ini agak mahal berbanding purata kos produksi drama Korea yang lain.
2. Menampilkan pelakon ensemble
Drama ini menarik perhatian dengan barisan pelakon yang mantap. Seperti Jeon Jong Seo sebagai Ratu Woo, yang pertama kali mencuba drama sejarah. Ratu Woo dikenali dengan kecantikannya serta kecerdasannya. Kim Moo Yeol sebagai Eul Pa So, Perdana Menteri Goguryeo dan askar raja. Dia juga merupakan seorang yang bijak dan bersifat dingin.
Jung Yu Mi sebagai Woo Sun, kakak kepada Ratu Woo seorang yang bercita-cita tinggi dan bersaing untuk merebut takhta. Begitu juga dengan Ji Chang Wook sebagai Go Nam Moo Raja Gogukcheon yang berani dan baik hati, dan Lee Soo Hyuk putera Goguryeo yang merupakan salah seorang daripada tiga calon pengganti takhta.
Tidak ketinggalan ada Park Ji Hwan sebagai Mugol, seorang komander yang melindungi Raja Go Nam-mu.
2. Menjadi ratu dua kali dalam 24 jam
Ia berpusat pada kisah Ratu Woo, yang berkhidmat dua penggal berturut-turut. Ratu Woo (Jeo Jong Seo) ialah permaisuri Goguryeo. Krisis berlaku apabila suaminya (Ji Chang Wook), Raja Goguryeo, meninggal dunia secara tiba-tiba. Ratu Woo kemudiannya menjadi sasaran putera raja dan 5 puak yang semuanya ingin mendapatkan lebih kuasa.
Ratu Woo memilih perkahwinan Gyeongsimchisu untuk melindungi keluarga dan puaknya (adat perkahwinan di mana adik lelaki menggantikan abang dan terus hidup sebagai pasangan suami isteri dengan kakak iparnya), dan meneruskan takhtanya sebagai seorang permaisuri.
Apabila raja meninggal dunia, Ratu Woo perlu menyelesaikan segala-galanya dalam masa 24 jam. Dia bergelut untuk berkahwin dengan salah seorang adik lelaki mendiang suaminya. Dia akan meninggalkan istana dan secara peribadi memilih raja seterusnya dan meletakkan mereka di atas takhta untuk memastikan kedudukannya sebagai ratu.
Pengarah Jeong Se Kyo berkata, “Saya fikir ia sangat menarik untuk melihat watak Ratu Woo. Dia bukanlah seorang permaisuri yang hanya bergerak di sekitar istana, tetapi pergi ke luar istana dan memilih masa depannya, jadi saya ingin membuatnya menjadi sebuah karya. Saya ingin menunjukkan kepada anda watak ratu yang tidak pernah anda lihat sebelum ini, yang memilih raja dengan tangannya sendiri dan meletakkannya di atas takhta.
3. Babak kejar-mengejar yang sengit
Ratu Woo dikejar oleh 5 puak kerana semua mahukan takhta diraja. Ini menandakan lahirnya genre baharu yang dipanggil drama kejar-mengejar aksi sejarah. Lebih-lebih lagi apabila drama ini berlatarkan masa yang terhad iaitu 24 jam.
Pengarah Jeong Se Kyo menjelaskan, “Kami meningkatkan deria kepantasan melalui penyuntingan pantas dan memberi banyak perhatian kepada muzik dan percampuran bunyi dalam Queen Woo. Nada pertuturan bagi setiap puak adalah sangat berbeza. Terdapat babak aksi yang akan ditayangkan buat kali pertama di Korea, jadi sila nantikan mereka.”
4. Perebutan takhta adalah sengit
Selepas kematian mengejut Raja Go Nam Mu, Ratu Woo memilih untuk berkahwin dengan adik raja. Tetapi akhirnya dia juga terperangkap dalam perebutan kuasa saudara raja yang lain, termasuk putera ketiga, Go Go Gi (Lee Soo Hyuk), yang mempunyai sifat kejam.
Ini akan menjadi perebutan takhta yang sengit dan melibatkan darah keluarga. Perhatian tertumpu kepada kisah perjuangan Ratu Woo sepanjang 24 jamnya. Adakah dia akak dapat mengatasi pengejaran setiap puak dan mencari raja seterusnya untuk meneruskan pemerintahannya?
Jadi, adakah beberapa fakta diatas ini mampu membuatkan anda tertarik untuk menonton drama Queen Woo ini?
Drama Korea ‘Queen Woo’ akan dikeluarkan dalam 2 bahagian. Bahagian 1 adalah pada 29 Ogos, 4 episod sekaligus. Dan baki lagi 4 episod untuk bahagian 2 akan dikeluarkan pada 12 September 2024, nantikan ya dan anda boleh strim drama ini di Viu juga!
Baca lagi: Filem Seram Thriller Korea Terbaru “Spring Garden”, Diadaptasi daripada Kisah Benar Tempat Paling Berpuaka Di Korea
Baca juga: Ji Chang Wook Bakal Meletup Lagi, 4 Kdrama dan Filem Barunya Bakal Muncul dalam Pelbagai Genre