Home Artis Korea 5 Sebab “Not Others” Menarik untuk Ditonton

5 Sebab “Not Others” Menarik untuk Ditonton

0

Kdrama bertajuk Not Others telah ditayang perdana pada 17 Julai lalu. Drama komedi keluarga yang dibintangi oleh Jeon Hye Jin dan Sooyoung SNSD ini berhasil meraih rating penonton rata-rata 1.3 peratus pada episod pertamanya. Not Others mengisahkan cerita menegangkan antara seorang ibu cuai serta mementingkan diri dan anak perempuannya yang berkepala dingin.

Jeon Hye Jin akan berperanan sebagai Kim Eun Mi, seorang fisioterapis yang ceria dan seorang ibu tunggal dengan seorang anak perempuan berusia 29 tahun. Sooyoung membawa peranan anak Eun Mi yang bernama Kim Jin Hee, seorang polis patrol di yang mendesak untuk mengatasi masalah ibunya daripada permasalahan pekerjaannya.

IMG 9717

Ini sebab mengapa “Not Others” menarik ditonton!


1. Diadaptasi dari webtoon popular

IMG 9722

Not Others diadaptasi dari webtoon bertajuk Namnam karya Jung Young-rong. Adaptasi drama ini begitu dinantikan oleh para penggemar webtoon-nya. Dengan lebih dari 25 juta pembaca dan sempat meraih penghargaan “Today’s Our Manhwa Award” (penghargaan komik terkemuka di Korea), karya webtoon-nya memiliki asas penggemar yang kuat.

Bahkan sebelum drama Korea ini tayang, telah banyak perbincangan hangat tentang drama ini di berbagai komuniti online, di mana para peminat berkongsi betapa sangat mereka menantikan adaptasi drama Not Others. Apatah lagi drama ini bakal menyajikan cerita yang menghibur dan menyegarkan.

2. Hubungan ibu dan anak perempuan yang unik

IMG 9724

Penonton dapat menantikan penggambaran realisti tentang keluarga modern. Berbeza dengan karakter ibu dalam drama-drama lain yang menunjukkan cinta kasih ibu yang mendalam, ibu Kim Jin Hee, iaitu Kim Eun Mi, hanya hidup dengan memikirkan dirinya sendiri. Hal ini menyebabkan Kim Jin Hee, yang telah hidup sebagai penjaga, pelayan, dan sahabat bagi ibunya yang kurang matang, ingin menjaga jarak yang wajar darinya.

Meskipun hubungan antara Eun Mi dan anaknya tidak begitu penuh dengan cinta dan kasih sayang, kisah mereka diharapkan dapat menyentuh hati penonton.

3. Debut “comeback” Jeon Hye Jin dalam layar TV

IMG 9711

Setelah setahun lebih hiatus dari layar tv, Jeon Hye Jin kembali menampakkan dirinya dalam drama Not Others. Pelakon kelahiran tahun 1976 ini terakhir kali membintangi drama Korea Uncle pada 2021 lalu. Dia telah membuktikan bakatnya dalam bidang lakonan dengan penampilan yang mengesankan dalam berbagai drama dan filem.

Jeon Hye Jin dikenal kerana kemampuannya untuk menghidupkan karakter dengan ketegangan emosi yang mendalam, dia pun mampu memainkan peranan dari berbagai genre. Kualiti lakonanannya yang menonjol telah meraih pujian dari pengkritik dan penonton, menjadikannya salah seorang artis tangga atas di industri hiburan Korea Selatan.


4. Melihat kembali pesona Park Sung Hoon setelah penampilannya dalam “The Glory”

Not others

Pelakon Park Sung Hoon telah menunjukkan kualiti lakonan yang luar biasa dalam sejumlah drama Korea. Dengan kemampuannya yang mengesankan dalam menyampaikan emosi dan menghidupkan karakter dengan karisma yang unik, dia berhasil mencuri perhatian para penonton dan pengkritik. Salah satu penampilannya yang mencuri perhatian adalah dalam drama The Glory. Lakonannya sebagai Jeon Jae Jun pun begitu solid dan menegangkan.

Penampilan gemilangnya dalam drama The Glory pun telah memicu antusiasme penggemar drama Korea untuk kembali menantikan lakonannya yang mengagumkan di layar Tv. Tidak hairan jika saat mengetahui sang pelakon ini akan tampil dalam drama ini, ramai penggemarnya yang susah tidak sabar menantikan drama Not Others. Dalam drama ini, Park Sung Hoon berperanan sebagai Ketua Polis bernama Eun Jae Won yang memiliki sifat dingin, namun sebenarnya lembut dan juga penuh perhatian.


5. Gandingan yang luar biasa antara para pelakon

IMG 9714

Terakhir, sebab lain Not Others menarik untuk ditonton adalah gandingan hebat antara para pelakonnya, termasuk empat pelakon utamanya iaitu Jeon Hye Jin, Sooyoung, Ahn Jae Wook, dan Park Sung Hoon. Jeon Hye Jin diharapkan dapat menggambarkan karakter Kim Eun Mi dengan sempurna melalui penampilan penuh semangat dan karisma uniknya, sementara Sooyoung akan sepenuhnya terbenam dalam peranan Kim Jin Hee dengan tenaga yang lebih berani dan segar.

Ahn Jae Wook yang membawa peranan sebagai doktor Park Jin Hong, akan menambahkan kehangatan dalam drama ini dengan menggambarkan kisah percintaan yang mendebarkan dengan Jeon Hye Jin. Sementara Park Sung Hoon, yang membawa peranan ketua polis Eun Jae Won akan sempurna menggambarkan kisah cinta antara karakternya dan Kim Jin Hee (Choi Soo Young).

IMG 9718

Dengan gandingan mantap antara para pelakon yang menakjubkan, kisah hubungan ibu dan anak yang realisti, serta sokongan dari penggemar webtoon yang kuat, Not Others pasti menjadi drama Korea yang layak untuk kamu tonton.

Baca lagi: 8 Kdrama “Cinta Segitiga” Dengan “Second Lead Syndrome”
Baca juga: Kdrama 2023 – 7 Watak Ibu Paling Toksik