Home Artis Korea 5 Sebab Utama Selebriti Korea Selatan Putus Cinta, Dilema antara Cinta dan...

5 Sebab Utama Selebriti Korea Selatan Putus Cinta, Dilema antara Cinta dan Kerjaya

0

Dunia hiburan Korea Selatan digemparkan dengan munculnya berita hubungan cinta dua pasangan artis Korea yang popular. Pertama, datang dari pasangan Lee Jae Wook dan bintang idola Kpop Karina aespa yang mana gambar mereka berdua dibocorkan oleh Dispatch pada 27 Februari 2024. Tidak lama kemudian, menyusul pula kisah tentang pasangan baru Ryu Jun Yeol dan Han So Hee yang baru terungkap pada 16 Mac 2024 melalui kenyataan pelakon wanita itu sendiri.

Namun, secara mengejut kedua-dua hubungan itu putus begitu sahaja di tengah jalan. Perkara ini tentu memicu rasa hairan orang ramai, terutamanya para peminat global. Perkara seperti ini bukanlah sesuatu yang baru dalam kisah romantik artis Korea.

Sebab utama kandasnya hubungan asmara tersebut pada umumnya disebabkan oleh beberapa alasan berikut ini.

 

1. Tuntutan pihak agensi

KoreaAgensi hiburan di Korea Selatan meletakkan peraturan yang sangat ketat bagi setiap artis mereka. Segala peraturan tersebut termaktub dalam kontrak perjanjian antara kedua-dua belah pihak, dimana terdapat larangan untuk bercinta. Dengan ini, setiap artis perlu mematuhi peraturan tersebut demi melindungi kerjaya dan mempertahankan imej positif yang telah dibina.

Maka tidak hairanlah kebanyakan dari mereka, terutamanya bintang idola, memilih hubungan backstreet. Jika hubungan mereka didedahkan, mereka perlu mengambil langkah bijaksana yang tidak merugikan diri sendiri dan syarikat agensi. Ada yang memilih tetap meneruskan hubungan tersebut, tetapi ramai juga yang putus selepas hubungan mereka diketahui.

 

2. Jadual padat membuatkan pasangan artis sukar bertemu

a400eb12 9ee6 4ce1 92a4 52917c48912eBukan sebuah rahsia lagi bahawa artis Korea mempunyai jadual yang sibuk. Jadual padat membuatkan mereka tidak memiliki cukup masa hanya untuk bertemu dan mempunyai quality time bersama pasangan. Kedua-dua pihak lama-kelamaan akan merasa asing hingga memutuskan untuk berpisah.

Berdasarkan data Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), Korea Selatan berada di tangga kelima negara dengan jam kerja terpanjang di dunia seleas Columbia, Mexico, Costa Rica, dan Chile. Fakta tersebut selaras dengan kenyataan Lee Dong Wook dalam sebuah wawancara bersama majalah Arena bahawa para pelakon hanya mempunyai waktu bercuti satu hari seminggu dan berehat selama sekitar enam hingga tujuh jam semalam.

 

3. Kesan restu peminat dan terima kritikan negatif

ddd7b599 19aa 4634 99ce 3fadf73a7e3cPara peminat artis Korea dikenali memiliki kesetiaan yang tinggi terhadap bintang idola kesayangan mereka. Para peminat selalu menunjukkan cinta dan sokongan mereka yang luar biasa. Namun, jika artis kesayangan mereka membuat sesuatu yang mereka tidak sukai, maka ramai juga yang akan mula membenci artis-artis tersebut dengan memberikan kritikan dan komen-komen jahat.

Terdapat anggapan bahawa bintang idola dan artis-artis Korea telah berkongsi cinta kepada orang lain dan mengkhianati para peminat yang telah memberikan sokongan sejak awal lagi. Sebagai contoh, pasangan artis Lee Jae Wook-Karina aespa dan Ryu Jun Yeol-Han So Hee yang baru putus. Kedua-dua pasangan selebriti ini banyak menerima komen jahat di media sosial masing-masing dan buli siber dari para peminat yang tidak suka hubungan percintaan mereka.

 

4. Rimas dengan sorotan media

6917a001 1cb1 4548 af5f f4ff2fdd9e0cKehidupan selebriti seolah-olah tiada penghujung untuk terus diceritakan hingga setiap gerak-geri mereka menjadi sorotan orang ramai. Bukan hanya berkisar tentang kerjaya sahaja, kehidupan peribadi seperti hubungan asmara juga tidak dapat mereka sembunyikan. Bahkan, di Korea terdapat paparazi dari media terkenal yang selalu mengikuti dan mengabadikan gambar-gambar artis yang sedang menjalin hubungan cinta secara diam-diam.

Tindakan tersebut tentu sahaja sudah melampaui batasan kerana artis juga manusia biasa yang memerlukan privasi. Ketenangan yang terganggu inilah yang kemudian membuatkan mereka tidak selesa berada dalam sesebuah hubungan percintaan sehingga memilih untuk tidak meneruskan hubungan dan kekal single.

 

5. Cancel culture yang sangat kuat

83e9a0f3 a013 4172 a6f9 23b740c7ba22Untuk tetap bertahan dalam industri hiburan Korea Selatan, para selebriti perlu mematuhi peraturan bertulis dan juga tidak bertulis yang memang wujud. Jika melanggar peraturan-peraturan tersebut, maka besar kemungkinan artis tersebut akan mendapat kecaman sosial atau boleh disebut sebagai cancel culture.

Namun, terdapat dua kemungkinan jika seseorang artis disahkan sedang menjalin hubungan asmara. Pertama, para peminat akan bersetuju dan menyokong penuh hubungan tersebut, dan kedua para peminat menentang keras dan seterusnya menjadi hater dalam sekelip mata. Tambahan pula jika mereka bercinta dengan orang yang dianggap selalu membawa masalah, serta tidak sesuai dengan shipper pilihan peminat.

Menurut Korea JoongAng Daily, perkara ini terjadi kerana masyarakat Korea masih menjunjung standard moral tinggi dan memandang bahawa selebriti bukan hanya sekadar sosok yang menghiburkan, tetapi juga menjadi contoh baik yang boleh ditiru.

Tambahan pula bagi artis dengan imej yang sudah tercemar sangat susah untuk muncul semula ke dalam industri hiburan dan mendapat kembali populariti mereka. Khasnya pada bintang idola Kpop yang lebih digilai berbanding para pelakon.

Para peminat sepatutnya lebih cerdik! Asalkan mereka bahagia dengan pasangan mereka, tidak ada salahnya kita sebagai peminat turut menyokong dan mendoakan yang terbaik. Walau bagaimanapun, artis-artis ini adalah manusia biasa yang mempunyai hak untuk merasa manisnya jatuh cinta.

Baca lagi: 7 Babak Romantik dalam Lovely Runner yang Membuatkan Para Penonton Cair
Baca juga: Hubungan Kandas Ditengah Jalan Selepas Umumkan Pada Orang Ramai, Nasib Sedih 7 Pasangan Artis Korea