Home Entertainment 5 Selebriti Lelaki Ini Curang Dengan Pengasuh Anak Mereka Sendiri

5 Selebriti Lelaki Ini Curang Dengan Pengasuh Anak Mereka Sendiri

0
Selebriti

Inilah mimpi buruk yang tidak mahu dirasai oleh semua wanita, iaitu mengetahui suami mereka curang dengan pengasuh anak mereka sendiri.

Seperti yang dilakukan oleh beberapa orang selebriti lelaki di bawah ini. Mereka ini adalah pelakon lelaki yang merupakan suami curang dengan pengasuh anak sendiri.

Berikut adalah beberapa selebriti yang jatuh cinta dengan pengasuh anak mereka, ada juga diantara mereka yang berkahwin dengan pengasuh tersebut

 

1. Ben Affleck

9e846149 abba 4a38 bffe b5b82e8ad092Pelakon yang membintangi filem Batman ini rupa-rupanya jatuh cinta pada pengasuh anaknya, Christine Ouzounian. Dia secara sembunyi berlaku curang kepada isterinya, Jennifer Garner.

Namun, ketika banyak pihak media yang menggembar gemburkan berita ini, dia membantah kisah kecurangan tersebut. Tapi khabar kecurangan ini dianggap sebagai salah satu punca penceraian pasangan artis yang telah mempunyai dua orang anak ini.

 

2. Jude Law

5de42dc4 ce0e 4111 a4ad fafed90f803dPerkahwinan Jude Law dengan Sadie Frost gagal selepas mereka bahagia hidup dengan 3 orang anak. Dia akhirnya memulakan hubungan dengan Sienna Miller. Namun sayangnya, setelah bertunang Jude Law telah berlaku curang dengan pengasuh anaknya, Daisy Wright.

Yang menyedihkan, gosip tersebar bahawa salah seorang anaknya pernah menyaksikan Jude Law dan Daisy Wright sedang bermesra dan intim.

 

3. Ethan Hawke

b7bbfcb4 887e 4434 999d 04bab85dc900Suami kepada selebriti ternama Uma Thurman, Ethan Hawke yang juga merupakan selebriti ternama juga telah berlaku curang dengan Ryan Shawhughes, pengasuh anaknya. Shawhughes akhirnya dikahwini pada tahun 2008, tidak lama selepas berita curang ini terkuak pada tahun 2005.

Walaupun begitu, Hawke berdalih dengan mengatakan bahawa Shawhughes bukan penyebab utama penceraiannya.

 

 

4. Arnold Schwarzenegger

0a147031 fd88 4142 ad66 05168ed63695Perkawinan Arnold Schwarzenegger akhirnya telah berakhir pada tahun 2011 selepas dia mengaku telah mempunyai anak dari hasil kecurangannya dengan Mildred Patricia Baena. Ironinya lagi, anak hasil hubungan gelap tersebut lahir tidak lama seleas dia mendapat anak ke-4 dari hasil perkahwinan sahnya.

Perkahwinan yang sudah dibina selama 25 tahun dengan isterinya, Maria Shiver akhirnya kandas akibat orang ketiga.

 

5. Gavin Rossdale

SelebritiPada tahun 2015, berita kecurangan Gavin Rossdale, suami kepada selebriti diva pop Gwen Stefani sangat menggemparkan dunia hiburan. Gavin disahkan curang dengan Mindy Mann, pengasuh kepada tiga anak mereka.

Setelah melihat secara langsung kecurangan yang dilakukan oleh suaminya, Gwen telah memutuskan untuk mengakhiri perkahwinannya.

Sudah mempunyai isteri yang cantik dan terkenal, mengapakah suami-suami ini boleh curang? Lebih teruk lagi, mereka curang dengan pengasuh anak mereka sendiri.

Baca lagi: Dunia Hollywood, 7 Artis Ini Pernah Jadi Penyondol
Baca juga: 9 Filem Zombie Bukan Hollywood Yang Boleh Ditonton Di Netflix