Home Entertainment 5 Siri Netflix – Dunia Distopia Penuh Konflik

5 Siri Netflix – Dunia Distopia Penuh Konflik

0

Anda pengguna OTT Netflix dan peminat genre distopia?

Genre ini biasanya menggambarkan dunia masa depan yang kelam, penuh dengan ketidakadilan, penindasan, dan juga bahaya. Watak-watak dalam siri distopia selalunya perlu berjuang untuk bertahan hidup atau melawan sistem yang jahat.

Genre ini boleh membuatkan anda merasa takjub dengan imaginasi dan kreativiti penggiat seni, sekaligus tenggelam dalam tanda tanya dengan kemungkinan-kemungkinan yang mengerikan.

Jika anda suka dan minat dengan genre ini, jom cuba tonton lima siri Netflix tentang dunia distopia berikut ini:

1. Black Mirror (2011-2023)

f0f811c2 0f02 495e 8a4d c9b645c737e9

Black Mirror adalah siri antologi Netflix yang mana setiap episod memiliki cerita, latar, dan karakter yang berbeza-beza. Yang menjadi asas utama adalah kesan teknologi terhadap masyarakat modem. Siri ini menunjukkan bagaimana teknologi boleh menjadi satu anugerah dan mungkin juga menjadi malapetaka bagi manusia. Beberapa episod yang paling popular adalah The Entire History of You, Nosedive, San Junipero, USS Callister, dan Bandersnatch.

2. The 100 (2014-2020)

Netflix

The 100 adalah siri Netflix yang mengisahkan tentang 100 orang remaja yang dikirim ke bumi untuk mengetahui adakah planet ini masih sesuai untuk dihuni setelah perang nuklear menghancurkan peradaban manusia. Di bumi, mereka perlu menghadapi berbagai rintangan, seperti binatang buas, suku kaum primitif, dan konflik dalaman. Siri ini juga menampilkan drama, kisah romantik, dan aksi yang menarik.

3. Snowpiercer (2020-2022)

1f0f0cb8 d344 4fde 92b1 6660efda9f6a

Snowpiercer adalah siri yang diadaptasi dari filem dan novel grafik dengan judul yang sama. Bercerita tentang kehidupan para penumpang kereta api raksasa, mereka mengembara mengelilingi bumi yang membeku akibat perubahan iklim. Kereta api tersebut terbahagi menjadi kelas-kelas sosial yang berbeza, dari kelas elit yang hidup mewah di depan gerabak, hingga kelas bawah yang hidup miskin dan tertindas di belakang gerabak. Siri ini menggambarkan ketegangan, politik kotor, dan pemberontakan yang terjadi di dalam kereta api.

4. 3% (2016-2020)

2f280ee7 4964 40b3 a0b0 a81303b05092

3% adalah siri dari Brazil yang mengambil latar dunia di mana sebahagian besar penduduk hidup dalam kemiskinan dan kesengsaraan di sebuah tempat bernama Inland. Hanya ada satu cara untuk keluar dari Inland, iaitu dengan mengikuti sebuah proses pemilihan brutal dan kompetitif yang disebut The Process. Hanya 3% dari peserta yang berjaya lolos The Process akan diterima masuk ke sebuah tempat yang bernama Offshore, di mana mereka akan menikmati kehidupan yang sejahtera dan harmoni. Siri 3% menyoroti perbezaan kelas, moraliti, dan kesetiaan dari setiap watak.

5. Alice in Borderland (2020-2022)

fbc813b9 0de1 4dad 9af0 fcbaaae9082c

Alice in Borderland adalah siri dari Jepun yang diadaptasi dari manga dengan judul yang sama. Siri ini menceritakan tentang tiga orang sahabat yang tiba-tiba terjebak dalam sebuah versi alternatif dari Tokyo yang sepi dan kosong. Di sana, mereka perlu menyertai permainan hidup dan mati yang dipimpin oleh figura misteri bernama The Game Master. Jika mereka berjaya menyelesaikan permainan tersebut, mereka akan mendapat visa untuk terus hidup di Borderland. Jika tidak, mereka akan mati. Penuh dengan adegan mencemaskan, misteri, dan kejutan!

Lima siri Netflix tentang dunia distopia yang kami senaraikan ini dijamin akan membuat anda terpukau dengan ekosisistem masa depan yang unik dan menakjubkan. Selain itu, terdapat banyak adegan cemas dan mengerikan yang bakal muncul di tengah-tengah cerita.

Cepat-cepat pilih salah satu siri Netflix tentang dunia distopia di atas dan nikmati sensasi ceritanya. Selamat menonton!

Baca lagi: Kanna Hashimoto – 6 Filem dan Siri Misteri Lakonannya
Baca juga: 8 Filem Tentang Influencer dan Obsesi Viral