Para peminat drama Korea pastinya tidak asing lagi dengan nama Kim Sae Ron. Pelakon wanita ini memulakan kariernya sejak berusia 9 tahun lagi. Kim Sae Ron mula membintangi sebuah filem yang berjudul A Brand New Life (2009) sebagai watak utama dan berlakon dengan sangat baik.
Kejayaannya berlakon filem ini membuahkan hasil. Kim Sae Ron telah diundang ke Cannes Film Festival dan menjadi artis termuda yang hadir dalam tayangan khas di sana. Namun, pada tahun 2022 lalu, netizen digemparkan dengan insiden Kim Sae Ron yang memandu semasa sedang mabuk.
Nama baiknya yang telah dibina sejak kecil terus tercalar. Insiden tersebut boleh dikatakan membuka semula luka lama, terdedah pula skandal Kim Sae Ron pada masa lalu. Berikut adalah senarai skandal yang melibatkan Kim Sae Ron:
1. Khabar angin mengatakan Kim Sae Ron minum minuman keras dan merokok sewaktu masih di bawah umur
Sewaktu berumur 13 tahun, khabar angin tidak enak mengenai pelakon ini pernah heboh. Ketika itu, dia berkongsi gambar ketika berkumpul bersama rakan-rakannya.
Dalam gambar tersebut, kelihatan Kim Sae Ron dan rakan-rakannya duduk di sofa sambil tertawa.
Apa yang menjadi perhatian adalah terdapat botol wine dan rokok di atas meja yang tersebut. Akibatnya, Kim Sae Ron dituduh berpesta, mabuk, dan merokok bersama rakan-rakannya sewaktu dia masih di bawah umur.
Kim Sae Ron membantah khabar angin tersebut dan meminta permohonan maaf daripada orang-orang yang menyebarkan khabar angin tersebut. Dia menjelaskan bahawa gambar yang beredar di forum online itu diambil daripada malis keluarga yang dia hadiri dan menekankan bahawa dia tidak mengambil sebarang alkohol atau merokok.
2. Didakwa menarik diri dari Dear. M kerana namanya tidak tersenarai sebagai pelakon utama
Pada 14 Oktober 2020, agensi Kim Sae Ron mengumumkan bahawa artisnya memutuskan untuk undur diri daripada senarai pelakon drama Dear. M. Netizen lantas bertanya mengenai alasan di sebalik keputusan tersebut.
Khabar angin yang tersebar mengatakan bahawa Kim Sae Ron didakwa keberatan untuk menerima tawaran tersebut kerana namanya dikreditkan di bawah pasangan gandingannya, iaitu Park Hye Soo dan Jaehyun NCT yang merupakan juniornya.
Namun, khabar angin tersebut telah dibantah melalui kenyataan pihak agensi. Agensinya mengumumkan bahawa Kim Sae Ron menarik diri setelah berbincang dengan pihak penerbitan. Sebab musabab lengkap dan lebih terperinci tidak dikongsi dikatakan urusan internal yang tidak boleh dibocorkan.
Oleh sebab itu, khabar angin tentang pengunduran Kim Sae Ron daripada Dear. M adalah kerana tidak puas hati dengan urutan pelakon itu masih tetap dipercayai oleh netizen hingga ke hari ini.
Baca Lagi: Pelakon Kim Sae Ron Didenda 20 Juta Won Untuk DUI
3. Kemalangan yang disebabkan oleh pemanduan dibawah pengaruh alkohol
Pada 18 Mei 2022, netizen sekali lagi dikejutkan dengan berita Kim Sae Ron sedang disiasat polis kerana kes memandu di bawah pengaruh alkohol (DUI). Pada hari itu juga, polis mengesahkan berita tersebut.
Pelakon tersebut memang memandu dalam keadaan mabuk. Dia melanggar beberapa batang tiang elektrik dan mengakibatkan bangunan di kawasan itu mengalami gangguan elektrik selama beberapa jam hingga menimbulkan kerugian kewangan yang besar.
Akibat insiden ini, Kim Sae Ron kehilangan kontrak untuk beberapa drama dan filem, salah satunya adalah Trolley (2022). Dalam sidang media yang dilaksanakan baru-baru ini, iaitu pada 5 April lalu,dia telah didenda sebanyak 15 ribu dolar. Perkara yang paling teruk akibat insiden ini adalah Kim Sae Ron telah kehilangan kepercayaan netizen dan kariernya yang cemerlang jatuh merudum.
4. Didakwa mengumpat sewaktu program variety show
Pada tahun 2020 lalu, Kim Sae Ron menjadi bintang tamu dalam sebuah variety show memancing. Dalam acara tersebut, ia mengalami kesulitan saat mencoba memancing ikan. Ia terlihat kesal kemudian geram dan mengumpat.
Pengisi acara lain yang berada bersama Kim Sae Ron saat itu terkejut, tapi membalas dengan tertawa seolah itu adalah candaan.
Tanggapan netizen pada awalnya juga sama seperti pengisi acara lain dan tidak menganggap ia serius.
Namun, seketika berubah dan menyoroti kebiasaan buruk Kim Sae Ron setelah skandalnya mengemudi dalam keadaan mabuk tersebar. Mereka menganggap dia adalah artis yang kasar dan tidak sopan.
5. Tertangkap bermain poker sedangkan dia dilaporkan sedang mengalami masalah kewangan
Pada bulan Mac lalu, seorang pengunjung di sebuah pub di Gangnam mengaku melihat Kim Sae Ron. Pengunjung tersebut tidak percaya dengan apa yang dilihat kerana Kim Sae Ron adalah pelakon terkenal.
Namun, kemudian dia mula berspekulasi bahawa pelakon wanita tersebut mungkin bekerja sambilan untuk menanggung kos tuntutan pampasan dan denda yang perlu dibayar. Agensinya, Gold Medalist, mengesahkan bahawa Kim Sae Ron memang sedang bekerja sambilan di sebuah kafe kerana mengalami masalah kewangan.
Bercanggah dengan kenyataan agensi dan apa yang dilihat oleh netizen tersebut, pada 4 April 2023, Dispatch melaporkan bahawa Kim Sae Ron dilihat bermain poker bersama rakan-rakannya. Di tengah-tengah kes DUI-nya dan keluhan kesulitan kewangan, netizen mendapati Kim Sae Ron nampaknya masih boleh berfoya-foya. Dia tidak kelihatan seperti sedang mengalami masalah kewangan dan seolah-olah tidak menyesali perbuatannya.
Seseorang selebriti atau public figure sering dituntut untuk memberikan contoh yang baik kepada para peminat dan masyarakat. Melalui skandal-skandal Kim Sae Ron di atas, kita dapat belajar bahawa segala tindakan dan perbuatan yang kita lakukan sudah pasti mempunyai kesan dan natijah tersendiri. Kita wajib bertanggung jawab diatas tindakan buruk yang dilakukan.
Baca Juga: Kim Sae Ron Mohon Ringankan Hukuman Kes Memandu Mabuk