Song Ji Hyo sedang mencuri perhatian lantaran kenyataannya di Running Man yang ditayangkan pada 16 Julai 2023.
Dalam episod tersebut, Song Ji Hyo berkata bahawa orang tuanya menjalankan perniagaan feri di Tongyeong. Kerana kenyataan itu, ramai yang menyebut Song Ji Hyo adalah dari keluarga chaebol.
Selain dari perniagaan keluarganya, Song Ji Hyo juga dikenali sebagai seorang pelakon yang berjaya. Jom sama-sama kita lihat sumber kekayaan artis ini seperti di bawah:
1. Pelakon drama dan filem
Song Ji-hyo dikenali sebagai salah seorang pelakon Korea Selatan yang serba boleh. Dia sudah membintangi cukup banyak filem layar perak dan drama Korea. Debut Song Ji-hyo dalam filem layar perak adalah melalui Wishing Stairs (2003), sedangkan drama debutnya pula adalah melalui Princess Hours (2006).
Hasil lakonannya sebagai Min Hyo Rin, Song Ji-hyo terus mendapat perhatian. Drama-drama terkenalnya adalah seperti Emergency Couple (2014), Ex-Girlfriends’ Club (2015), Was It Love (2020), hingga The Witch’s Diner (2021). Filem lakonannya, A Frozen Flower (2008) masih kerap dibicarakan oleh para peminat.
2. Ahli tetap Running Man
Sejak Running Man (2010) episod 6, Song Ji-hyo sudah menjadi anggota tetap variety show itu. Program ini turut mengembangkan namanya dalam industri hiburan. Dulu dia dikenal sebagai salah seorang ACE atau pakar di antara para anggota Running Man.
Pada 2023, gaji Song Ji-hyo yang berjumlah sekitar 10 billion won dikhabarkan tidak dibayar oleh UZUROCKS, agensinya. Walaupun tanpa gaji itu, Song Ji-hyo mengaku masih boleh menanggung dirinya kerana bayarannya untuk Running Man yang cukup besar.
3. Model video klip
Sejak tahun 2001, Song Ji-hyo kerap menjadi model video klip untuk lagu penyanyi Korea. Di antaranya adalah “In Heaven” (2011) dari JYJ hingga “Lonely Night” (2016) dari Gary feat. Gaeko. Walaupun begitu, saat ini Song Ji-hyo belum menjadi bintang video klip lagi.
4. Penyanyi
Song Ji Hyo juga beberapa kali telah melancarkan single duet hingga kolaborasi. Dua di antaranya adalah bersama dengan anggota Running Man, iaitu “Bonjour, Hi” (2019) dan “I Like It” (2019). Namun, penyanyi bukanlah pekerjaan utama Song Ji Hyo.
5. Duta jenama dan bintang iklan
Song Ji Hyo saat ini menjadi duta jenama untuk GLUTANEX. Baru-baru ini dia menjadi ‘pekerja sehari’ di GLUTANEX untuk mempromosikan jenama tersebut. Selain itu, Song Ji Hyo juga beberapa kali menerima tawaran iklan dari jenama alat solek hingga set penjagaan wajah sejak awal kariernya.
Namun, Song Ji-hyo tidak menjelaskan secara terperinci adakah sumber kekayaannya juga berasal dari perniagaan keluarganya. Moga terus berjaya untuk Song Ji Hyo eonnie!