Home New Post 5 Tahun Tidak Bertemu, Seorang Ayah Datang Ke Sekolah Membuat Kejutan Untuk...

5 Tahun Tidak Bertemu, Seorang Ayah Datang Ke Sekolah Membuat Kejutan Untuk Anaknya Buat Netizen Sebak

0

Atas tuntutan kerja pastinya terdapat ramai di antara anak yang tidak dapat berjumpa dengan ayah mereka sejak dari kecil. Situasi berjumpa semula pastinya akan membuat sesiapa sahaja yang melihat berasa sebak.

Baru saja tular sebuah video di media sosial di mana rakaman menunjukkan seorang ayah yang dikatakan tidak pernah berjumpa dengan anaknya selama 5 tahun telah datang ke sekolah untuk membuat kejutan pada anaknya. Dapat dilihat anaknya yang terkejut dan terus memeluk ayahnya. Situasi tersebut sangat menyayat hati kerana 5 tahun merupakan tempoh yang agak lama.

“Seorang ayah yang tidak pernah berjumpa anaknya selama 5 tahun telah datang buat surprise bawa maskot dan kek untuk sambutan Harijadi anaknya di sekolah. Semoga kasih sayang anak dan bapa ini berterusan sampai bila2.”

ayah2

Ramai yang terharu melihatkan situasi seperti itu.

“Menitis air mata saya.. Ayah anak saya langsung tak ambik tau pasal anak2 die lepas berpisah”

“Kenapa kita yg lap air mata yer”

“Ya Allah. pagi ni ku dah nangih kerna xleh blik raya berkumpul dgn saudara mara, ni pulak tambah nangis bl tgk ank n Ayah”

Baca juga : 9 Watak Kdrama 2023, Ayah Bernasib Malang

Lihat rakaman tersebut di instagram :

https://www.instagram.com/reel/CuBPMElR4o1/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Lihat juga komen netizen :

@Kayla2501 : Menitis air mata saya.. Ayah anak saya langsung tak ambik tau pasal anak2 die lepas berpisah

@Qayyum & Alya : anak Sy dh darjah 2..last umur 7 bulan jumpa papa dia..klo jmpa pun mgkin dia lari kot..sbb xkenal

@aeninur831 : mcm ni keadaan ank sya..5 thun akn dtg..menunggu pelukkn seorg ayh..windunya. terpaksa berpisah kerana tirai besi..windu sngt suami

@reenarizal88 : Allah rindu kt arwah ayah Sya 21 thun dh pergi ke negara abadi moga syurga tmpt ayah Aamiin2

@acik ika : ganti tisu saya balik..rndu my abah..dh 3thn pulang ke negeri abadi..

@Mawarni : selagi ayah masih amik tahu percayalah dia ayah terbaik buat kamu dik..

@DonatDapoq : hanya yg lalui rasa perit dia. Harap anak² ummi pun terus kuat.

@abuya onah : aunty dh khwin mcm ni pn x jmpa ayh sehari 2 pn dh rindu,ni 5 thun x jmpa mau meroyan…

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram