Baru-baru ini kita melihat banyak post yang viral berkenaan pelancong Malaysia yang berjaya bercuti di Korea dengan hanya RM1,500 dan kos itu termasuk tiket penerbangan. Kali ini, DaebaKing pula akan berkongsi tips berjimat yang korang boleh gunakan sekiranya korang berniat nak pergi travel ke Korea dengan budget yang terhad.
Sekiranya ada yang tak tau lagi, admin DaebaKing merupakan bekas pelajar Malaysia di Korea dan telah menetap di Korea selama 5 tahun. Dan tips yang DaebaKing kongsikan kali ini adalah tips yang pelajar Malaysia di Korea selalu kongsikan kepada pelancong di Malaysia.
1. Gunakan Kad T-Money Dengan Bijak
Kad T-Money merupakan sejenis kad yang sama seperti kad Touch and Go kita di Malaysia, digunakan sekiranya korang nak travel menggunakan public transport. Kad T-Money ini boleh dibeli di mana-mana convenience store di Korea seperti 7-Eleven, Family Mart, GS25 dengan harga 2,500 won (RM 9.25). Adalah digalakkan korang beli terus kad T-Money ni di Incheon Airport sejurus sahaja korang sampai di Korea. T-Money ini boleh digunakan untuk bas, subway, teksi dan juga untuk korang beli barang di convenience store di Korea.
Apa yang korang perlu tau pasal penggunaan T-Money ini adalah, T-Money ini mempunyai 30 minit “transfer window” setiap kali korang bertukar stesen bas/subway ataupun bertukar dari menggunakan bas, kepada subway. Contohnya setiap kali korang naik subway, korang akan dikenakan caj 1,250 won (RM 4.50). Sekiranya korang transfer dari subway ke bas dalam masa 30 minit korang keluar dari, korang tidak akan dikenakan caj 1,250 won (RM 4.50) lagi dan caj korang akan dikira mengikut jarak travel korang. So korang kena ingat setiap kali korang nak transfer, jangan nak singgah lama-lama tengok keychain atau CD Kpop kat tepi jalan tu. Dari sini korang dah boleh jimat duit dari transportation korang.
Ramai juga yang tidak tahu bahawa korang sebenarnya boleh refund balik baki dalam T-Money korang. Sekiranya baki T-Money korang adalah kurang dari 20,000 won (RM73), korang boleh refund duit T-Money korang dekat any convenience store yang jual T-Money. Sekiranya baki korang lebih dari 20,000 won pulak, korang hanya boleh pergi refund di T-Money Town dan prosesnya memakan masa beberapa hari. Jadi adalah digalakkan untuk korang refund je dekat convenience store di Incheon Airport dan sekiranya baki korang lebih dari 20,000 won, korang shopping je kat convenience store tu dan swipe T-Money korang like a boss.. hahahaha….
2. Borong Souvernir Murah di Namdaemun Market
Benda yang paling wajib korang patut beli setiap kali keluar melancong adalah sourvenir ataupun buah tangan dari Korea. Dan tempat untuk membeli sourvenir murah di Korea semestinya adalah di Namdaemun Market. Tetapi korang jangan tertipu pulak beli sourvenir dekat Namdaemun Market tu sebab tempat murah untuk membeli sourvenir di sana adalah kedai-kedai di dalam bangunan warna oren (Building D) ni.
Tempat membeli sourvenir yang kami student selalu reccomend dekat pelancong Malaysia adalah kedai akak Korea ni yang pandai cakap Melayu. Kalau korang beli banyak pulak dia akan bagi diskaun dekat korang siap tambah keychain lagi hahaha.. Harga dia memang 2 atau 3 kali ganda lebih murah dari korang beli dekat Myeongdong atau dekat luar bangunan oren di Namdaemun Market ni. Kat sini pun korang dah boleh jimat duit untuk souvernir.
3. Beli Tiket Murah Everland/Lotte World di Klook.com
Sekiranya korang dah sampai di Korea, semestinya korang tak nak melepaskan peluang untuk pergi ke taman tema yang terkenal di Korea iaitu Everland dan Lotte World. Harga tiket kemasukan untuk Everland dan Lotte World sudah semestinya mahal tapi korang boleh beli tiket ni dengan harga jauh lebih murah dari harga asal dengan Klook.com.
Harga asal untuk tiket on-day pass Everland adalah 54,000 won (RM 197) tetapi sekiranya korang book dengan Klook.com, korang boleh beli dengan harga RM 106. Tiket Lotte World pula dijual dengan harga RM 116 berbanding dengan harga asal RM 190 (52,000 won) dan korang dah boleh jimat banyak duit dengan cara ini.
Cara untuk menggunakan Klook.com ni senang je sebenarnya. Korang beli tiket online dan dorang akan hantar QR Code tiket korang selepas pembelian. Lepas tu korang hanya perlu scan QR Code tu dekat kaunter tiket di Everland/Lotte World dan korang dah boleh enjoy main dalam tu sampai lebam hahaha….
4. Teroka Muzium Free di Korea
Muzium sememangnya salah satu tempat yang korang patut pergi sekiranya korang keluar melancong. Korang boleh mengetahui sejarah Korea dan asal usul peristiwa yang berlaku di Korea dengan melawat muzium-muzium percuma yang ada di Korea. Terdapat puluhan muzium di Korea, terutamnya di bandar Seoul dan hampir 80% daripada muzium tersebut menawarkan kemasukan percuma.
Antara muzium percuma yang korang boleh masuk adalah seperti National Museum of Korea, National Museum of Contemporary History, National Folk Museum, Argricultural Museum dan banyak lagi. Korang dah boleh habiskan sehari itinerary travel korang dengan hanya melawat museum free di Korea dan korang dah boleh jimat banyak dekat perbelanjaan travel korang.
5. Jimat Duit Hotel Dengan Menginap di Jimjilbang Korea
Jimjilbang atau juga dikenali sebagai Korean Sauna adalah merupakan sauna besar yang terkenal di Korea. Dengan hanya bayaran 10,000 won – 15,000 won (RM36 – RM 54) korang boleh menginap di Jimjilbang ni semalam dengan tak perlu belanja beratus-ratus ringgit tido di Hotel.
Apa yang menarik tentang Jimjilbang ini adalah mereka juga menawarkan servis selain sauna seperti ruangan tidur, bilik mandi, restoren, bilik cc dan ada juga yang menawarkan movie theater dalam Jimjilbang korang. Tapi korang bersedia dengan mental korang sebab korang akan berkongsi dengan semua penginap di sana dari segi bilik mandi, bilik tidur dan lain-lain lagi. Tetapi korang tak perlu risau sebab mereka juga menyediakan ruangan untuk berlainan jantina so korang ready mental korang jelah hahaa….
Setakat ini sahaja tips berjimat yang DaebaKing boleh kongsikan. Sekiranya korang nak admin share lagi pengalaman atau tips di Korea, jangan lupa untuk komen cadangan korang.