Drama Korea untuk bulan Februari 2024 menampilkan banyak kisah menarik bagi setiap watak yang sangat pelbagai. Menariknya, terdapat beberapa watak yang dilabelkan sebagai wanita berdikari kerana latarbelakang mereka yang luar biasa.
Tambahan pula, watak-watak tersebut telah membawa inspirasi positif bagi para penonton yang menonton. Siapakah watak-watak tersebut?
1. Kang Ji Won dalam Marry My Husband
Kang Ji Won (Park Min Young) mempunyai kisah percintaan yang sangat malang. Hidupnya dihancurkan oleh suaminya yang ternyata sangat jahat sejak dari zaman mereka bercinta lagi. Dia juga mati di tangan suaminya sendiri yang dalam diam telah berlaku curang.
Kang Ji Won diberi peluang untuk pergi ke masa lalu untuk memperbaiki takdirnya. Dia mula berusaha bersungguh-sungguh untuk menghindari perkara-perkara yang menyakitinya. Termasuk suami yang masih menjadi kekasihnya waktu itu.
Beberapa perubahan besar mula dirasakan. Kang Ji Won menjadi lebih berani, yakin diri, dan lebih menawan. Tambahan pula, dia juga memiliki kerjaya yang cemerlang kerana bekerja di syarikat terkemuka.
Baca juga: 9 Watak Menarik yang Pernah Dibawa Choi Woo Shik dalam Filem dan Drama Korea
2. Son Jang Mi dalam Queen of Divorce
Son Jang Mi (Kim Sun Young) merupakan suri rumah tangga yang berjuang bersungguh-sungguh dalam perceraiannya. Semuanya akibat suaminya yang kejam dan curang. Dia tidak menyerah begitu sahaja, walau peluang untuk dia memenangi kes penceraian tersebut sangat kecil.
Nasibnya baik, dia mendapat bantuan dari Kim Sa Ra (Lee Ji Ah) yang merupakan peguam bela bekas suaminya. Situasi tersebut membuatkan Son Jang Mi memenangi kes penceraian dan mendapat harta serta juga hak penjagaan anak-anaknya.
Seterusnya, dia berubah menjadi seorang wanita berdikari yang begitu hebat. Dia fokus mendirikan pelbagai jenis perniagaan dari harta peninggalan bekas suaminya. Anak-anaknya juga tidak pernah kekurangan perhatian dan kasih sayang darinya.
Baca lagi: Watak Kang Bom dalam Queen of Divorce Mencuri Perhatian, Ini 9 Perkara Menarik Tentangnya
3. Kim Sa Ra dalam Queen of Divorce
Sama seperti Son Jang Mi, Kim Sa Ra (Lee Ji Ah) juga melalui beberapa ujian yang membuatkan dirinya semakin hebat. Dia diperangkap oleh keluarga suaminya hingga tercampak dalam penjara. Tambahan pula, Kim Sa Ra yang diceraikan itu juga kehilangan hak jagaan satu-satunya anak kesayangan.
Walau demikian, dia tidak mahu menyerah kalah begitu sahaja. Kim Sa Ra hanya melakukan dan memikirkan perkara-perkara positif sahaja. Dia menjalani hari-harinya dengan baik hingga bebas dari penjara.
Kini, Kim Sa Ra menjadi peguam yang khas untuk kes penceraian, dia sangat handal membela para pelanggannya. Dia juga menjadi ketua pasukan yang sangat disegani oleh para pekerjanya. Di sisi lain, Kim Sa Ra juga tidak pernah lupa untuk memperjuangkan kembali hak jagaan ke atas anak lelakinya.
Baca juga: 7 Watak ini Jadi Mangsa Buli dan Aniaya dalam Kdrama Awal Bulan 2024
4. Seo Jae Won dalam My Happy Ending
Seo Jae Won (Jang Na Ra) merupakan pengasas dan juga CEO Dereve. Dia juga yang bertanggung jawab atas rancangan smart furniture di syarikatnya. Kerjayanya juga semakin cemerlang.
Namun siapa sangka, hidupnya hancur dalam semalaman. Semuanya akibat campur tangan pemilik syarikat Dereve itu sendiri. Dia diperangkap hingga menghamilkan bayi lelaki lain. Lebih teruk lagi, suaminya juga curang dengan anak kepada pemilik Dereve.
Walau demikian, Seo Jae Won yang memang menghidap gangguan bipolar memutuskan untuk berehat sementara dengan mengambil rawatan intensif di hospital psikiatri. Selepas itu, dia lebih cekal menyelesaikan segala-gala masalah yang perlu dihadapinya.
5. Kang Na Eon dalam Branding in Seongsu
Kang Na Eon (Kim Ji Eun) merupakan seorang CEO di salah sebuah agensi pengiklanan. Dia juga dikenali sebagai seorang wanita yang komited dan bercita-cita tinggi dalam bekerja. Hasilnya, Kang Na Eon berjaya mendapat projek-projek besar dari pelangggan kenamaan pula.
Walau memiliki kerjaya yang sangat cemerlang, terdapat banyak watak yang berniat menjatuhkannya. Tentu sahaja, perkara ini tidak boleh dipandang remeh oleh Kang Na Eon. Dia merupakan jenis wanita yang tetap pendirian dan tidak mudah mengalah!
Dari senarai tersebut, watak manakah yang anda sukai? Kelima-lima watak ini merupakan watak yang mempunyai perwatakan yang cukup kuat. Mereka juga berjaya menunjukkan gambaran wanita berdikari yang hebat dan memberi inspirasi.