Home Anime 5 Watak Ninja Popular dalam Naruto, Hebat Bertarung Tapi Sangat Kelakar

5 Watak Ninja Popular dalam Naruto, Hebat Bertarung Tapi Sangat Kelakar

0

Walau siri anime Naruto lebih fokus pada aksi dan pengembaraan, namun siri ini juga mengandungi unsur komedi.

Sepanjang siri anime Naruto ditayangkan, banyak momen lucu yang mengundang hiburan dan tawa. Watak protagonis Naruto Uzumaki adalah watak yang bodoh-bodoh alang dan tindakannya kadang kala tidak masuk akal.

Berikut dibawah ini adalah ulasan selengkapnya mengenai 5 watak Ninja dengan kekuatan dan teknik yang hebat namun terkenal sangat lucu dalam anime ini.

 

1. Might Guy

NarutoSaat Might Guy melawan Madara di Perang Ninja Keempat, Guy mungkin kelihatan tidak menawan, namun di hari-hari biasa, Guy adalah orang yang selalu menceriakan suasana. Semua orang mengetahui kemampuan fizikalnya, Guy juga adalah watak yang aneh dan lucu.

Guy selalu mengaku sebagai saingan Kakashi, padahal Kakashi mungkin tidak pernah merasa seperti itu. Guy juga sering melakukan perkara-perkara yang memalukan dirinya sendiri. Seperti berjalan keliling kampung dengan tangannya semasa kalah dalam pertarungan dengan Kakashi. Bukan hanya itu, obsesinya terhadap rambut membuatkan karakternya semakin lucu.

 

2. Rock Lee

00b72780 1aa2 4142 8605 8614d13ee413Walaupun Guy bukanlah ayah Lee, Guy dan Lee benar-benar mempunyai hubungan yang erat seperti ayah dan anak. Dari penampilan, gaya bertarung hingga sifatnya, Rock Lee sangat mirip dengan Guy.

Seperti gurunya, tindakan Rock Lee kadang kala tidak masuk akal. Pera peminat mungkin tidak akan pernah melupakan momen ketika Lee menyatakan cintanya kepada Sakura semasa pertemuan pertama mereka. Melihat Lee cuba memenangi cinta Sakura juga merupakan momen lucu dalam siri ini.

 

3. Naruto Uzumaki

707dbedd 52d4 4bb7 8e94 345395687166Kini Naruto dikenali sebagai ninja paling kuat di dunia, walau begitu, dia hanyalah seorang kanak-kanak yang bodoh-bodoh alang dan sering dipinggirkan sebelum ini. Naruto adalah watak yang kelakar, keras kepala, dan bodoh, namun, itulah yang membuatkan watak ini menarik.

Wataknya yang ceria dan penuh jenaka juga menjadi sebahagian dari persembahan yang tidak dapat dilupakan dalam anime ini. Obsesinya terhadap Ichiraku Ramen juga menambah banyak momen menarik dalam keseluruhan cerita. Bukan hanya itu, sifat cemburunya terhadap Sasuke Uchiha membuatkan siri ini semakin menarik.

 

4. Killer Bee

9ae2ccb1 45d2 4131 9c85 75185deffde2Killer Bee dikenali sebagai Jinchuriki pertama yang berjaya hidup damai dengan Bijuu di dalam tubuhnya. Killer Bee juga dikenali sebagai salah satu watak yang paling kuat dalam siri tersebut. Namun, disebalik kekuatannya yang luar biasa, Killer Bee merupakan watak yang sangat lucu. Killer Bee sangat obses dengan muzik hip-hop dan selalu berbicara dengan nada rap.

Yang membuatkan Killer Bee begitu menarik adalah Killer Bee selalu berjaya mengejek musuhnya dengan muziknya. Contohnya semasa Killer Bee menghadapi pasukan Taka, Killer Bee mengatakan bahawa sel otak mereka sangat sedikit.

 

5. Jiraiya

9709044b 5a60 4311 8422 006e837d591fJiraiya, tanpa diragukan lagi, adalah salah satu watak yang paling disukai dalam siri ini. Selain merupakan sosok yang lagenda, Jiraiya juga merupakan watak yang sangat kelakar. Para peminat suka kerana Jiraiya lebih mementingkan wanita yang baru dia temui daripada melatih Naruto.

Selain itu Jiraiya juga mudah dilumpuhkan dengan teknik seksi Naruto. Kerana kelucuannya, tidak hairanlah jika kematian Jiraiya menjadi momen yang paling menyedihkan dalam siri tersebut.

Adakah anda menyukai watak-watak Ninja dalam anime di atas? Siapakah yang paling kelakar?

Baca lagi: Filler Boruto: Naruto Next Generations Yang Mungkin Anda Ingin Langkau
Baca juga: Panduan Menonton Naruto Tanpa Filler Bagi Pemula atau Jika Anda Ingin Tonton Semula

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here