Home Anime 6 Anime Menarik tentang Pemburu Syaitan dan Raksasa, Pengembaraan Mendebarkan

6 Anime Menarik tentang Pemburu Syaitan dan Raksasa, Pengembaraan Mendebarkan

0

Dengan kejayaan anime Kimetsu no Yaiba, populariti anime tentang pemburu raksasa dan syaitan semakin meningkat. Terdapat banyak anime lain yang tidak kurang menariknya dan boleh ditonton oleh para peminat genre ini.

Berikut dibawah ini adalah 6 anime tentang pemburu raksasa dan syaitan yang menarik perhatian dan mungkin boleh menjadi alternatif bagi anda yang mencari tontonan menarik selain Kimetsu no Yaiba.

 

1. Dororo (2019)

f3fbc0df 8d42 4b0f 90c1 9118961b5894Dororo adalah anime tahun 2019 yang diadaptasi dari manga karya Osamu Tezuka. Anime ini menceritakan kisah seorang pemuda bernama Hyakkimaru yang lahir tanpa beberapa anggota badan dan organ lain yang telah dicuri oleh syaitan. Bapanya, seorang daimyo, telah menjual jiwa Hyakkimaru kepada syaitan demi kuasa.

Selepas dewasa, Hyakkimaru memulakan misi untuk mengambil kembali anggota tubuhnya yang hilang dengan mengalahkan syaitan-syaitan tersebut. Dalam perjalanan itu, dia bertemu dengan seorang anak pengemis bernama Dororo yang menjadi kawannya dan turut menyertai pengembaraannya.

Baca juga: Pencarian Pelakon Watak Villain Bagi Siri “Live Action” One Piece Musim 2 Telah Bermula, Siapa Pelakon Yang Paling Sesuai?

2. Hellsing Ultimate (2006)

445cd2c7 50eb 40bf 8e37 a2f9652c6dcfHellsing Ultimate adalah anime tahun 2006 yang diadaptasi dari manga karya Kouta Hirano. Anime ini mengikuti perjalanan organisasi rahsia England yang dikenali sebagai Hellsing yang bertugas melindungi England dari serangan vampire dan makhluk supernatural yang lain.

Organisasi ini diketuai oleh Integra Hellsing, seorang wanita yang kuat dan berani. Dia memiliki senjata hebat berupa vampire yang dikendalikan, Alucard. Bersama dengan rakan-rakannya, Seras Victoria dan Walter C. Dornez, Hellsing melawan pelbagai jenis musuh termasuk vampire yang kuat, kumpulan kultus yang berbahaya, serta organisasi rahsia yang lain.

 

3. Garo: The Animation (2014)

4aa431fc 1c66 47d3 87cb 81505f99be21Garo: The Animation adalah anime tahun 2014 yang mengambil latar masa pada era abad pertengahan. Anime ini mengisahkan tentang seorang Makai Knight bernama Leon Luis, yang juga dikenali dengan dengan nama Garo yang yang bertugas untuk memburu raksasa yang digelar dengan panggilan horrors.

Leon adalah seorang anak dari golongan Makai Knight yang bernama German Luis, bersama dengan ayahnya, Leon memulakan perjalanannya untuk menghapuskan horrors dan mencari kebenaran di sebalik kematian ibunya. Namun, mereka perlu menghadapi berbagai-bagai rintangan dan bahaya, termasuk menghadapi kekuatan horrors yang semakin hebat dan kebencian Leon sendiri yang menjadi penghalang bagi misinya.

Baca juga: Fakta Menarik tentang Mina Ashiro, Askar Pertahanan Terkuat dalam Kaiju No. 8

4. Chainsaw Man (2022)

2a6fcb71 08c9 4b61 96a0 30f87ecfecbaDenji hilang kehidupan remaja yang normal dan ditinggalkan dengan hutang yang banyak oleh ayahnya yang tidak bertanggung jawab. Satu-satu kawannya adalah seekor syaitan gergaji mesin peliharaannya iaitu Pochita yang membantunya membunuh syaitan-syaitan untuk mendapat wang yang akhirnya jatuh ke tangan yakuza.

Satu-satunya yang dapat dilakukan oleh Denji adalah impian untuk memiliki kehidupan yang baik dan sederhana, hidangan lazat dan gadis cantik di sisinya. Namun, tindakan pengkhianatan oleh yakuza menghancurkan harapan Denji untuk bahagia dan impian kehidupan yang lebih baik.

Dengan cara yang luar biasa, kontrak lama menyebabkan Pochita bergabung dengan Denji yang sudah meninggal dunia dan memberikan kekuatan syaitan padanya, mengubahnya menjadi makhluk hybrid yang mampu mengubah bahagian tubuhnya menjadi gergaji mesin.

Kerana kebolehan baru Denji menimbulkan risiko yang besar bagi masyarakat, Makima, pemburu syaitan elit dari Biro Keselamatan Awam mengambilnya dan membiarkannya hidup jika dia menurut segala perintahnya. Didorong oleh janji kehidupan yang bahagia bersama seorang wanita yang jelita, Denji berjuang dengan segala usahanya untuk mewujudkan impiannya yang sangat naif.

 

5. Ushio & Tora (2015)

b113299b b029 40a9 8d50 ad493fe4d3a5Ushio & Tora adalah anime tahun 2015 yang diadaptasi dari manga karya Kazuhiro Fujita. Anime ini mengisahkan tentang pengembaraan seorang pelajar sekolah bernama Ushio Aotsuki dan raksasa siluman bernama Tora.

Ushio pada awalnya tidak percaya wujudnya raksasa, hingga suatu hari dia menemui sebuah tombak kuno di ruang bawah tanah kuil keluarganya. Tombak tersebut ternyata menyimpan Tora, raksasa siluman yang terperangkap selama 500 tahun. Ushio berjaya membebaskan Tora dari sumpahan tombak, namun Tora ingin membunuhnya.

Setelah menghadapi berbagai-bagai peristiwa, Ushio dan Tora akhirnya menjadi kawan dan memulakan perjalanan bersama untuk melawan syaitan dan raksasa siluman yang mengancam dunia. Mereka berdua bergabung dalam misi untuk mengumpulkan berbagai-bagai artifak kuno untuk mengalahkan syaitan yang paling iaitu Hakumen no Mono yang akan muncul setelah 500 tahun terperangkap.

 

6. Blue Exorcist (2011)

AnimeBlue Exorcist adalah anime tahun 2011 yang mengisahkan tentang seorang remaja bernama Rin Okumura, yang ternyata adalah putera kepada raja syaitan iaitu Satan. Rin membesar sebagai anak biasa hingga suatu hari dia mengetahui asal-usulnya dan kekuatan syaitannya mula terbuka.

Selepas melihat kuasa Rin yang luar biasa, seorang pengusir syaitan bernama Mephisto Pheles, menawarkan Rin untuk belajar di Akademi True Cross iaitu sebuah sekolah untuk para Exorcist (pengusir syaitan). Di sekolah ini, Rin bertemu dengan berbagai-bagai karakter yang juga mempunyai tujuan dan misi yang berbeza-beza, termasuk saudara kembarnya yang juga menjadi Exorcist.

Rin kemudian bersama dengan kawan-kawannya memulakan latihan untuk melawan para iblis dan makhluk jahat lain yang mengancam keselamatan manusia. Mereka juga perlu menghadapi organisasi rahasia yang ingin mengambil kesempatan atas kuasa Rin untuk kepentingan mereka sendiri.

Walau Kimetsu no Yaiba telah memukau penonton dengan cerita dan karakter yang kuat, namun anime-anime yang tersenarai di atas juga memiliki daya tarikan yang tersendiri dan sangat menarik. Dari aksi yang epik hingga cerita yang kompleks, jangan ragu-ragu untuk cuba menonton anime-anime ini!

Baca lagi: 9 Anime Terbaik tentang Kisah Tikam Belakang, Sedih dan Main Emosi
Baca juga: 10 Anime Genre Romantik hingga Misteri Ini Menyajikan Plot Twist Yang Sangat Menarik