Hopper HQ yang merupakan sebuah syarikat pemasaran dari England pada 16 Ogos 2023 mengumumkan senarai 100 bintang dunia dengan bayaran termahal hasil dari hantaran yang diiklankan di Instagram.
Senarai ini menampilkan selebriti dari seluruh dunia, termasuk Korea Selatan dan negara-negara Asia yang lain.
Siapa sangka, selebriti dari negara Indonesia dan Thailand juga tersenarai dalam senarai artis dengan bayaran termahal dari Instagram.
Walaupun Song Hye Kyo dilabelkan sebagai pelakon wanita termahal di Korea Selatan, perkara itu rupa-rupanya tidak memberi kesan kepada senarai pendapatan Instagram untuk Hopper HQ.
Berikut 6 merupakan bayaran termahal untuk artis Asia yang diiklankan di Instagram versi Hopper HQ, dipetik dari KBizoom, jom sama-sama kita lihat!
1. Lisa BLACKPINK
Bukan Song Hye Kyo yang mendahului carta tetapi Lisa yang dikenali sebagai anggota kumpulan Blackpink menjadi artis Asia dengan bayaran termahal di Instagram. Dia berada di tangga ke 26 dengan pendapatan 575 ribu dolar AS untuk setiap hantaran iklan di laman Instagram.
2. Priyanka Chopra
Selepas Lisa BLACKPINK, nama Priyanka Chopra muncul dengan pendapatan mencapai 532 ribu dolar AS, yang berada di tangga ke-28. Selepas memenangi Miss World 2000, pelakon jelita ini menjadi salah seorang pelakon wanita dengan bayaran termahal dalam industri filem India.
3. Lee Min Ho
Pelakon lelaki terkenal Korea Selatan iaitu Lee Min Ho berada di tempat ketiga artis Asia dengan bayaran termahal di Instagram. Pelakon ini mendapat pendapatan 200 ribu dolar AS untuk aktiviti iklan di Instagram yang menempatkannya pada kedudukan ke-55 dalam senarai Hopper HQ.
4. Raditya Dika
Bukan hanya selebriti Korea Selatan, Raditya Dika yang merupakan pelakon, penulis, dan juga pengarah dari negara seberang Indonesia, berada di tangga ke-73 Hopper HQ dengan pendapatan 132 ribu dolar AS. Nampaknya tidak jauh beza dari Lee Min Ho bukan?
5. Mai Davika
Selain itu artis terkenal dari negara gajah putih Thailand iaitu Mai Davika juga berada di tangga kelima artis Asia dengan bayaran termahal di Instagram. Dia memperoleh 107 ribu dolar AS dan berada di kedudukan ke-80 menurut Hopper HQ.
6. Song Hye Kyo
Terakhir, Hopper HQ melaporkan bahawa Song Hye Kyo memperolehi lebih kurang 100 ribu dolar AS, 6 kali ganda lebih rendah dari Lisa BLACKPINK. Bintang utama untuk drama The Glory itu berada pada kedudukan ke-93 dalam senarai Hopper HQ.
Demikian sahaja senarai beberapa orang artis Asia dengan bayaran termahal untuk setiap hantaran iklan mereka di laman Instagram. Mengejutkan kerana bukan Song Hye Kyo yang mengungguli carta tetapi Lisa BLACKPINK yang berada di kedudukan tertinggi!
Setiap hantaran iklan berjaya menjana pendapatan yang lumayan buat setiap artis popular dan berpengaruh!
Nampaknya Cristiano Ronaldo mendahului semua selebriti di seluruh dunia apabila bintang bola sepak itu meraih 3 juta dolar AS untuk hantaran Instagram miliknya!
Baca lagi: 16 Sedutan Rakaman Arthdal Chronicles Musim 2, Tayang 9 September
Baca juga: 9 Artis Korea Ini Menambah Berat Badan Demi Projek Lakonan Mereka
Baca lagi: 10 Pelakon Terkaya di India yang telah Membina Empayar