Home Artis Korea 6 Artis Korea Ini Minum Susu Untuk Tambah Ketinggian Badan, Adakah Berkesan?

6 Artis Korea Ini Minum Susu Untuk Tambah Ketinggian Badan, Adakah Berkesan?

0

Susu memang dikenali sebagai sejenis minuman bergizi dan mengandungi banyak nutrisi penting yang dapat menambah ketinggian badan.

Ramai juga artis Korea Selatan yang menjadikan minum susu sebagai rutin dengan harapan supaya mereka dapat menambah ketinggian badan. Minum susu dianggap sebagai salah satu cara yang baik oleh masyarakat Korea.

Persoalannya, bolehkah susu membantu menambah ketinggian badan selepas pertumbuhan ketinggian manusia berhenti sepenuhnya menjelang usia 18 hingga 20 tahun?

Bagi artis Korea Selatan berikut ini, minum susu begitu penting untuk menambah ketinggian badan mereka. Mereka begitu konsisten dengan pengambilan susu, dengan harapan bahawa susu dapat membantu pertumbuhan ketinggian dengan baik. Jom lihat senarai di bawah ini!

 

1. Boeun CLASS:y

SusuCLASS:y dikritik oleh orang ramai menerusi program The Manager pada tahun 2022. Dalam program itu, pengurus mereka kelihatan menyiapkan makanan untuk menjaga berat badan setiap anggota kumpulan menjelang debut mereka. Setiap anggota kumpulan kelihatan sedang menjalani rutin diet yang ketat.

Perkara yang menjadi kontroversi adalah mereka mengambil multivitamin kanak-kanak. Salah seorang anggota kumpulan iaitu Boeun juga minum susu untuk menambahkan ketinggian badan. Orang ramai menganggap konsep tersebut membuatkan ahli kumpulan itu tidak selesa kerana mereka perlu menjalani diet ketat begitu dan agensi memperlakukan mereka seperti anak kecil.

 

2. Hwang Minhyun bekas anggota NU’EST

Artis koreaMinhyun menceritakan pengalamannya sewaktu masih bergelar trainee melalui program Suchwita pada bulan Ogos lalu. Dia mengaku, dia dan trainee lain wajib minum susu sebanyak 1.2 liter setiap hari. Menurutnya, agensi menerapkan langkah ini supaya mereka menjadi lebih tinggi.
Minhyun merasa rutin minum susu itu lebih sukar berbanding latihan tarian dan vokal. Dia sendiri sebenarnya benci minum susu. Walaupun begitu, dia tetap perlu minum susu supaya misinya sebagai trainee berjaya dan dia boleh pulang untuk berehat. Pihak agensi melarang para trainee pulang sebelum mencukupkan kewajipan minum susu tersebut.

 

3. Joo Won

52d88d68 3eef 4b99 81ef 7a655d2e49b9

Dalam Knowing Brother pada tahun 2021, Joo Won mengaku dia merupakan salah seorang pelajar tertinggi di kelasnya sewaktu dia masih baru menduduki sekolah rendah. Namun, pertumbuhan ketinggian badannya seolah-olah berhenti berkembang sewaktu dia menduduki tahun 6 di sekolah rendah. Sewaktu memasuki tahun kedua di sekolah menengah, dia adalah salah seorang pelajar yang paling pendek di kelasnya. Joo Won mendengar sebuah khabar angin bahawa seseorang akan bertambah tinggi apabila mengambil susu tepung tanpa dilarutkan dengan air.

Dia cuba mempercayai khabar angin itu dan baginya tidak salah jika mencuba. Jadi, dia terus makan susu tepung dari tin setiap hari. Kerana tidak ada bukti saintifik yang boleh menyokong kepercayaan itu, Joo Won membuat spekulasi bahawa dia hanya secara kebetulan mengambil susu formula tepat sebelum pertumbuhan ketinggiannya muncul kembali. Dia merasa tingginya bertambah sekitar 20 sentimeter di tahun kedua berada di sekolah menengah tinggi.

 

4. Jisoo BLACKPINK

2aedf999 4cef 4494 8063 209614067e2eRose memilih Jisoo sebagai anggota kumpulan yang paling banyak makan snek atau kudapan dalam sehari di sebuah wawancara dengan The Swoon pada tahun 2020. Dia mengatakan bahawa Jisoo selalu minum susu. Bahkan sewaktu mereka berbual, Jisoo kadang-kadang bangkit untuk mengambil susunya.

Menurut Rose, Jisoo menyukai susu dengan rasa pisang dan coklat. Jisoo mendedahkan bahawa dia minum susu kerana ingin menambah ketinggian badan. Lisa cepat-cepat memberi respon dan mengatakan bahawa Jisoo sudah tidak boleh menambah ketinggian badannya lagi. Namun, Jisoo dengan cepat mengelak dengan mengatakan bahawa pertumbuhan tinggi badannya belum berhenti.

 

5. Inseong KNK dan Heejun dengan Seoham bekas anggota KNK

e9c23a17 6e1b 4eb5 8bc9 63e16efa058dDalam wawancara pada tahun 2016, beberapa orang anggota kumpulan KNK mengatakan bahawa mereka mempunyai kebiasaan untuk minum susu sehingga mempunyai tinggi badan yang ideal. Seoham mendedahkan bahawa dia selalu makan ikan bilis dan kacang ginkgo sebagai kudapan sewaktu remaja. Dia juga sering minum susu dan selalu tidur tepat pada waktunya.

Seoham merasa ibu bapanya memiliki ketinggian badan yang boleh dikatakan pendek, tetapi dia boleh mendapat ketinggian dengan cepat sewaktu di sekolah rendah hasil rutinnya minum susu dan mengambil kudapan. Sementara itu, Inseong mengatakan dia minum susu sepanjang waktu kerana rasa susu sangat sedap. Dia bahkan menjadikan susu sebagai pengganti air minuman lain.

Heejun juga menyatakan, keluarganya mewajibkannya minum susu sewaktu makan. Apabila sudah terbiasa, air minum mula terasa tidak sedap lagi untuknya. Dia merasa dia agak pendek dulu, tetapi tinggi badannya bertambah dengan laju di tahun kedua sekolah menengah.

 

6. Lee Jong Suk

64f8cd20 7e2c 4736 b71b 5f285d401b60Lee Jong-suk mendedahkan rahsia di sebalik ketinggian badannya yang ideal melalui hantaran me2day pada tahun 2012. Dia mengatakan bahawa dia mempunyai kebiasaan mencari susu tepat seleas bangun tidur kerana ibunya. Kebiasaan itu terbentuk kerana ibunya selalu menyuruh Lee Jong Suk banyak minum susu untuk membesar lebih tinggi sejak dia masih muda. Lee Jong Suk mengaku dia sangat menyayangi ibunya yang telah membantu perkembangannya hingga menjadi seorang anak yang sihat.

Artis-artis Korea Selatan yang tersenarai di atas sangat rajin melakukan rutin minum susu, tidak kiralah kerana keinginan sendiri, atau mengikut arahan ibu bapa dan juga agensi mereka. Mereka memang berharap dapat menambah ketinggian badan mereka dengan menjadikan minum susu sebagai rutin. Anda pula bagaimana?

Baca lagi: 8 Kdrama Terbaik Lee Min Ki Selain Behind Your Touch, Wajib Tonton
Baca juga: 10 Kdrama Yang Sangat Dinantikan Pada Oktober 2023