Dibuang oleh kekasih hati merupakan pengalaman menyakitkan bagi sesiapa sahaja, termasuk juga selebriti dan bintang terkenal. Walaupun peristiwa pahit ditinggalkan kekasih sudah lama terjadi, mereka masih mengingati kejadian itu hingga menimbulkan penyesalan tersendiri ketika berpisah dengan bekas kekasih mereka.
Bintang idol Kpop berikut ini mendedahkan bahawa mereka pernah merasakan pedihnya ditinggalkan oleh kekasih di masa lalu. Sedangkan sebenarnya mereka masih ingin menjalinkan hubungan asmara itu.
Siapakah mereka yang ditinggalkan kekasih?
1. Narsha Brown Eyed Girls
Dalam program Happy Together pada 2018, bintang idol Narsha mengaku ditinggalkan pasangannya sebelum dia tampil di Inkigayo. Dia merasa gugup sebelum naik ke pentas, sedangkan waktu itu mikrofonnya sudah menyala dan segalanya sudah siap. Narsha mendapat panggilan telefon dari teman lelakinya yang tiba-tiba meminta hubungan mereka diputuskan.
Sedihnya kerana kekasihnya itu tahu dia bakal tampil membuat kemunculan waktu itu dan lebih menyakitkan kerana hari itu juga merupakan hari lahir Narsha. Narsha merasakan fikirannya kosong sewaktu naik ke pentas sambil menyanyikan lagu ballad. Dia bahkan salah lirik lagu kerana terlalu sedih.
Selepas selesai, dia terus ke bilik mandi dan menangis sendirian. Dia tidak pernah tahu sebab utama bekas teman lelakkinya itu ingin berpisah dengannya kerana dia terlalu sakit hati untuk bertanya lagi.
2. Jeon Somi
Melalui program Unnie’s Slam Dunk pada 2017, bintang idol Somi mengatakan bahawa dia pernah ditinggalkan kekasih selepas seminggu menjalin hubungan cinta. Bekas kekasihnya itu merupakan kawannya dan mereka menjalin hubungan sewaktu di bangku sekolah. Somi merasa dia sangat teruk dalam menunjukkan perasaannya, sehingga merasa itu merupakan penyebab mereka putus. Dia juga belum pernah menghubungi bekas kekasihnya sejak debut sebagai artis.
3. Lizzy bekas anggota kumpulan After School
Dalam program Happy Together pada 2011, bintang idol Lizzy mengaku dia menyukai seorang pelajar lelaki yang baginya tampan sewaktu masih bersekolah. Pelajar lelaki itu sangat mirip dengan seorang pelakon ternama. Selepas menunjukkan rasa minatnya, pelajar lelaki itu mengajaknya bercinta melalui sebuah pesanan ringkas.
Pelajar lelaki itu berasal dari sekolah lain, jadi mereka baru bertemu pada waktu rehat untuk janji temu percintaan yang singkat. Tetapi, selepas pulang dari sekolah, dia menerima panggilan dari pelajar lelaki tersebut yang mengaku perlu putus dengannya. Dia dibuang hanya selepas sehari bercinta. Kejam kan?
4. HA:TFELT bekas anggota kumpulan Wonder Girls
HA:TFELT mengaku patah hati dalam rancangan Strong Heart pada 2012. Pada tahun 2011, dia memberanikan diri bercinta dengan seorang lelaki yang bukan selebriti tepat selepas 6 bulan larangan bercinta dari agensi tamat. Dia dan jejaka itu sudah bercinta selama 2 bulan.
Mereka putus kerana bekas teman lelakinya itu tidak memahami kariernya sebagai bintang idol yang perlu berulang-alik antara Korea dan Amerika. Bekas kekasihnya minta putus dan dipersetujui oleh HA:TFELT. Namun, dia yang gagal move on kembali membuat panggilan telefon kepada bekas kekasihnya itu di tengah malam. Dia menyatakan keinginannya untuk berbaik semula.
Sayangnya, jejaka itu mengaku sudah mempunyai teman wanita baru dan menolaknya. Kejadian menyakitkan inilah yang menjadi sumber inspirasinya dalam membuat lagu “Girlfriend”. HA:TFELT tidak lagi berminat untuk menjalin hubungan cinta selepas kejadian itu.
5. Gyuri KARA
Gyuri mengatakan dia pernah bersekolah di sekolah yang sama dengan cucu bekas presiden Korea Selatan, Kim Young Sam. Kekasihnya itu sangat menyukainya, jadi mereka bercinta dan hubungan mereka baik pada waktu itu. Sayangnya, Gyuri akhirnya dibuang kerana bekas kekasihnya beralih menyukai gadis dari kelas lain yang baginya lebih cantik. Perkara ini didedahkan melalui program Star Golden Bell pada 2009.
6. Sandara Park
Melalui program No Back Tak Hae Joon pada Julai lalu, bintang idol ternama Sandara mengaku pernah bercinta dengan seseorang secara online dan hanya pernah bertemu dengannya secara langsung sebanyak dua kali. Dia menyesali masa di mana mereka hanya boleh berkomunikasi melalui pesanan ringkas waktu itu.
Suatu hari, lelaki itu merancang untuk pergi bercuti dengannya. Sandara terlalu takut kerana dia belum pernah keluar dengannya. Dia tidak mengangkat panggilan telefon dari lelaki itu sepanjang malam, hingga dia akhirnya dibuang oleh lelaki itu.
Menjadi figura kesayangan ramai yang dikagumi tidak menjadi jaminan bahawa hubungan asmara mereka akan berjalan dengan baik. Buktinya, bintang idol KPop di atas juga pernah merasa patah hati yang mendalam kerana dibuang bekas kekasih mereka. Semoga bertemu pasangan yang serasi suatu hari nanti!