Home Kdrama/Kmovie 6 Drama dan Filem Korea Ini Ceritakan Tentang Jenayah Terhadap Wanita di...

6 Drama dan Filem Korea Ini Ceritakan Tentang Jenayah Terhadap Wanita di Korea Selatan

0

Jenayah sextortion (ugutan konten seksual mangsa), pedofilia (jenayah seksual dengan mangsa kanak-kanak di bawah umur), hingga sexually explicit deep fakes (konten seksual yang dibuat dengan bantuan kecerdasan buatan dan meniru wajah orang tertentu tanpa persetujuan).

Kebanyakan mangsa dari jenayah-jenayah ini di Korea adalah wanita. Sesuai dengan budaya patriarki mereka yang masih kuat, dengan keyakinan dan tradisi bahawa lelaki memegang perananan utama dalam sistem keluarga dan masyarakat mereka, ramai wanita yang menjadi mangsa.

Jenayah berasaskan jantina hingga jangkaan standard kecantikan yang tidak masuk akal menjadi perkara biasa di Korea Selatan.

Buat anda yang belum sedar, isu-isu diskriminasi terhadap wanita sebenarnya sudah kerap diketengahkan dalam produk-produk budaya mereka. Termasuk juga dalam drama dan filem Korea yang mungkin sudah anda tonton sebelum ini ini.

Berikut ini adalah drama dan filem Korea yang berjaya menggambarkan kisah peritnya hidup seorang wanita di negara tersebut dengan baik!

1. A Killer Paradox (2024)

Filem korea

A Killer Paradox sebenarnya ialah drama jenayah yang didominasi oleh watak protagonis lelaki, tetapi kes-kes yang diangkat banyak membahaskan tentang wanita. Bermula dari keganasan domestik hingga jenayah seksual di alam nyata dan digital.

Jenayah terhadap wanita yang terjadi di Korea Selatan memang bukan kes utama dalam drama ini. Namun, 8 episod drama ini boleh memberi pengetahuan untuk memahami fenomena kejam yang perlu dihadapi wanita di sana.

2. Mask Girl (2023)

1f7c8b10 229f 4beb b226 bb7cc8b07a0b

Mengikuti watak seorang wanita yang secara jelas menjadi mangsa standard kecantikan yang tidak masuk akal dan amalan patriarki di Korea Selatan, Mask Girl cuba menggambarkan betapa misoginisnya masyarakat di sana.

Drama Korea 7 episod ini mengikuti Kim Mo Mi yang mahu menjadi bintang idola tetapi terhalang oleh penampilan fizikalnya yang dianggap tidak menarik untuk selera masyarakat Korea. Dia akhirnya menemui cara alternatif untuk menunjukkan bakat terpendamnya. Namun, tanpa disedari keputusannya itu membawa bencana.

3. Save Me (2017—2019)

a9244136 f2b0 485e 9b66 fa6b0fa2497a

Save Me mengikuti kisah sekumpulan pelajar sekolah menengah yang tiba-tiba didekati oleh seorang pelajar yang meminta bantuan. Pelajar perempuan itu adalah mangsa kezaliman kumpulan agamis menyimpang yang suka memanipulasi dan mengugut anggotanya. Sebagai seorang gadis dan anak kedua dalam keluarganya, mangsa tersebut perlu menghadapi pelbagai cabaran dan kekangan.

4. House of Hummingbird (2018)

19273a82 4f03 4d74 b46c dbdb421bb284

Situasi serupa dihadapi watak utama filem Korea, House of Hummingbird. Eun Hee (Park Ji Hu) adalah remaja perempuan yang membesar pada tahun 1990-an. Hidupnya meman sukar, tetapi dari kisahnya kita boleh mengamati tekanan patriarki di Korea Selatan. Salah satunya adalah favoritisme ibu bapa terhadap anak lelaki. Bahkan semasa abang Eun Hee melakukan kekerasan, ibu bapa mereka tidak melakukan apa-apa pun untuk menghukumnya.

5. Taxi Driver (2021—2023)

c5fdbe0d c3f1 4b12 9322 1196a9927daa

Seperti A Killer Paradox, drama aksi Taxi Driver sebenarnya tidak fokus pada diskriminasi terhadap wanita sahaja. Namun, dengan mengangkat kes-kes jenayah yang pernah dan sedang terjadi di Korea Selatan sebagai rujukan, anda boleh melihat sendiri pelbagai jenayah kejam dan ketidakadilan terhadap wanita di negara itu.

6. Sympathy for Lady Vengeance (2005)

8e9ab5d5 170e 4023 b376 471e7464bddc

Disebut sebagai salah sebuah filem Korea balas dendam terbaik dari Asia, juga berjaya menggambarkan liku-liku seorang wanita di Korea. Sympathy for Lady Vengeance dibuka dengan memperkenalkan penonton kepada Lee Geum Ja (Lee Young Ae), wanita berwajah manis yang disahkan bersalah atas kes penculikan dan pembunuhan seorang kanak-kanak lelaki.

Selepas menjalani hukumannya, dia dibebaskan dan pada waktu itu flashback kes tersebut diungkap. Geum Ja ternyata bukan pesalah yang sebenarnya. Bukan hanya salah tangkap, dia sendiri adalah mangsa sextortion penjenayah sebenar yang masih berkeliaran bebas.

Kejahatan dan jenayah terhadap wanita memang bukan masalah eksklusif Korea Selatan, kita juga perlu akui jenayah sebegini juga memang ada di negara kita dan serata dunia. Jangan lupa untuk menonton drama dan filem Korea di atas ya!

Baca lagi: New Normal, Filem Korea Antologi Thriller Seram dan Komedi Hitam Yang Unik
Baca juga: 7 Filem Korea Tentang Kisah Tikam Belakang, Uji Kesabaran Penonton