Home Kdrama/Kmovie 6 Drama Korea dengan Tema Doktor dan Perubatan, Menarik dan Pelbagai Cerita

6 Drama Korea dengan Tema Doktor dan Perubatan, Menarik dan Pelbagai Cerita

0

Drama korea bertemakan doktor merupakan pilihan tontonan terbaik untuk mengisi masa lapang dan selalunya drama-drama seperti ini berjaya memenangi hati para penonton dengan jalan cerita menarik yang ditampilkan.

Drama-drama korea dengan genre perubatan ini biasanya menceritakan tentang kehidupan para doktor dan petugas kesihatan lain di hospital. Selain itu drama-drama ini tentunya diwarnai dengan bumbu-bumbu romantis dan pelbagai kisah menarik yang lain.

Berikut dibawah ini adalah senarai beberapa drama Korea bertemakan perubatan dan doktor yang sangat menarik dan perlu anda tonton.

 

1. Dr. Romantic 2 (2020)

78c33c8f 24eb 42bb 8d8b 04e15353beeeJika anda pernah mengikuti drama Korea ‘Romantic Doctor Teacher Kim (Dr. Romantic)’, maka anda perlu menonton Dr. Romantic 2 kerana drama ini merupakan sambungan untuk drama pertama. Drama korea ini mengangkat cerita tentang kehidupan para petugas kesihatan yang bekerja di sebuah hospital kecil yang dikenali sebagai Dol Dam Hospital. Dengan jumlah 32 episod semuanya, drama ini pasti sangat sesuai untuk memenuhi waktu terluang anda di rumah.

 

2. Doctor John (2019)

44f6fb0c c153 4d78 a7ee a0dff07e9443Drama korea ini dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal korea seperti Ji-sung, Lee Se-young, Lee Kyu-hyung, dan Hwang Hee. Sama dengan Dr. Romantic 2, drama yang diadaptasi dari novel Jepun berjudul ‘On Hand of God’ karya Yo Kusakabe ini juga memiliki 32 episod.

Drama Korea ini menceritakan tentang doktor pakar bius yang bernama Cha Yo-han (Ji-sung) yang pintar tetapi sangat sombong dan doktor pelatih muda (Lee Se-young) yang sangat pintar. Mereka sering selisih faham, namun mereka pada suatu hari mereka dihadapkan dengan sebuah kes perubatan yang misteri.

 

3. Doctor Stranger (2014)

e9063497 f027 436b 92e5 eb37c6fe1da9Siri drama Korea ini menggabungkan konflik antara Korea Utara dan Korea Selatan dengan dunia perubatan. Menampilkan Lee Jong Suk yang membawa watak sebagai Park Hoon. Sewaktu kecil, Park Hoon dan ayahnya yang merupakan doktor terkenal diperangkap untuk pergi ke Korea Utara dan tidak boleh kembali ke Korea Selatan.

Di Korea Utara, Park Hoon berlatih untuk menjadi seorang doktor di bawah bimbingan ayahnya dan dia merupakan pelajar perubatan terbaik di sebuah sekolah perubatan di Korea Utara. Dia jatuh cinta dengan seorang wanita yang bernama Song Jae-hee (Jin Se-yeon) dan merancang untuk lari ke Korea Selatan selepas ayahnya meninggal dunia.

Park Hoon berjaya masuk ke Korea Selatan dan mula meniti kerjaya sebagai doktor di sebuah hospital terkenal dan bertemu dengan seorang wanita yang sangat mirip dengan Jae-hee dan wanita itu mengaku tidak mengenali Park Hoon.

 

4. The Doctors (2016)

Drama koreaDrama korea ini menceritakan tentang kehidupan doktor-doktor di sebuah hospital. Seorang doktor wanita Yoo Hye Jeong (Park Shin Hye) merupakan doktor yang berusaha menyembuhkan pesakitnya walau dia melanggar peraturan hospital. Kehidupan masa lalunya yang keras dan penuh luka membuatnya membesar menjadi seorang individu yang kuat semangat. Drama ini dibaluti kisah percintaan dan komedi yang pasti membuatkan anda tidak akan bosan.

 

5. Hospital Ship (2017)

1c66042c e90f 48dd 8b03 4c4478038310Drama Korea ini menceritakan tentang Song Eun Jae (Han Ji Won) yang merupakan seorang doktor bedah memberikan rawatan dengan menggunakan sebuah kapal hospital. Drama ini menampilkan usaha dan perjuangan doktor menolong masyarakat yang tinggal di sebuah pulau terpencil dengan menggunakan kapal sebagai hospital. Selain itu, anda juga akan melihat nilai kekeluargaan yang ditunjukkan oleh pasukan medik dalam drama ini.

 

6. Life (2018)

KdramaDrama korea ini menceritakan tentang konflik perebutan kuasa yang terjadi di sebuah hospital dan ternama besar di Korea Selatan. Drama korea ini menampilkan babak-babak tegang yang terjadi antara Ye Jin Woo (Lee Dong Wook) yang merupakan seorang doktor yang hanya fokus tentang kebajikan pesakit dan Koo Seung Hyo (Cho Seung Woo) yang memegang jawatan sebagai presiden di hospital yang lebih memikirkan keuntungan perniagaan berbanding kebajikan para pesakit.

Demikian sahaja beberapa cadangan tentang drama Korea yang membawa tema perubatan dan doktor. Dalam drama-drama ini, para penonton akan mendapat banyak pengajaran dan juga ilmu tentang dunia perubatan. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: Drama Korea Thriller Remaja, ‘Hierarchy’, Mendedahkan Watak Kompleks Pelajar Elit 7 Jun Ini
Baca juga: 10 Cadangan Kdrama Jenayah Thriller Penuh Plot Twist, Kisah Pelbagai Misteri Pembunuhan