Home Artis Korea 6 Drama Korea ini Tampilkan watak Wanita yang Bijak Malangkaui Zaman Mereka

6 Drama Korea ini Tampilkan watak Wanita yang Bijak Malangkaui Zaman Mereka

0

Drama Korea konvensional kerap menampilkan watak-watak wanita sebagai pemanis suasana atau watak yang perlu dilindungi atau diselamatkan oleh watak-watak lelaki.

Namun kebelakangan ini, watak-watak wanita dalam drama Korea ditonjolkan dengan lebih baik. Mereka mempunyai perwatakan yang lebih kompleks, dengan cara berfikir yang luar biasa.

Berikut ini adalah enam drama Korea yang menonjolkan watak-watak wanita yang bijak, berfikiran jauh ke depan, berwawasan dan lebih maju dibandingkan orang-orang pada zamannya.

 

1. Rookie Historian Goo Hae-Ryung (2019)

52baf6c7 9f0c 4e1f a588 32bda39bf061Drama Korea ini berlatarkan era Dinasti Joseon, sewaktu zaman diskriminasi terhadap wanita masih sangat menebal. Pada zaman itu, hidup sejarawan wanita Goo Hae-ryung (Shin Se-kyung) selalu diremeh-remehkan.
Tidak menyerah kalah dengan lingkungan masyarakat yang kolot, Hae-ryung tetap berani memberontak melawan norma masyarakat yang dianggap tidak adil.

Pada zamannya, tidak ramai wanita yang berani mengeluarkan pendapat dan bijak pandai sebagai penulis seperti Hae-ryung. Apabila dia terlibat dengan kisah cinta dengan Putera Yi-rim (Cha Eun-woo), Hae-ryung tetap kelihatan hebat. Putera raja itu pula yang kelihatan lebih manja berbanding dirinya.

 

2. Mr. Sunshine (2018)

2c807570 65c0 412c 9871 5c458e68c948Drama sageuk ini berlatarkan zaman penjajahan Jepun di Korea. Watak utama wanita adalah seorang wanita aristokrat yang bernama Go Ae-shin (Kim Tae-ri).
Walau lahir dalam keluarga bangsawan, Ae-shin berani dan tidak gentar untuk turut serta menjadi pejuang kemerdekaan.

Bukan hanya dengan kemahiran berfikirnya, wanita ini juga sama-sama bertarung mengangkat senjata. Padahal pada zaman tersebut, wanita-wanita pada umumnya hanya tinggal di rumah sahaja dan mereka tidak pernah didedahkan untuk sama-sama bertarung di medan perang.

 

3. Under The Queen’s  Umbrella (2022)

d8dd09e5 6834 4c81 abb8 c7c4dba9cdb6Ratu Im Hwa-ryeong (Kim Hye-soo) adalah pakar strategi yang luar biasa, dia lebih pintar jika dibandingkan suaminya, Raja Yi Ho (Choi Won-young). Ratu Im Hwa-ryeong adalah definisi yang tepat untuk menggambarkan wanita yang serba boleh.

Dia perlu menguruskan putera mahkota yang sakit dan juga empat orang anaknya yang lain yang berbeza-beza perwatakan. Dia juga pintar dalam mengekalkan hubungan sosial dengan para gundik diraja yang kebanyakannya mempunyai niat yang tidak baik.

Semua cabaran dan politik kotor istana ini mampu diatasi oleh Ratu Hwa-ryeong dengan strategi yang matang. Walau kelihatan sangat tegas, tetapi wanita ini juga sangat lembut dan kasih pada anak-anaknya.

 

4. The King’s Affection (2021)

de1fcdf5 bd17 4091 a2d1 127aab85fb76Drama Korea sageuk ini berlatarkan era Dinasti Joseon, keluarga diraja dikurniakan sepasang anak kembar berbeza jantina. Pada zaman itu, kelahiran seperti ini bukanlah berita yang menggembirakan.

Akibat kepercayaan karut, Dam-yi (Park Eun-bin), bayi perempuan lahir itu diasingkan dari istana. Namun setelah menginjak dewasa, dia kembali lagi ke istana selepas kembar lelakinya meninggal dunia. Dia datang dan mengambil identiti saudaranya itu, dan bertindak sebagai raja.

Dam-yi menunjukkan bahawa sebagai wanita, dia juga boleh memimpin. Dia juga handal bertarung, dan berusaha melindungi orang-orang yang dikasihinya.

 

5. Mr. Queen (2020)

KdramaMr. Queen memang melibatkan kisah tentang pertukaran roh, tetapi jalan ceritanya tetap berjaya menonjolkan tentang watak wanita yang mempunyai fikiran yang lebih maju dari zamannya. Ratu Cheorin (Shin Hye-sun) yang tubuhnya dimasuki seorang chef lelaki dari masa depan berjaya mengharungi segala kesukaran.

Ratu Cheorin melakukan banyak perkara yang mengundang kontroversi setiap hari. Dia berani melawan orang-orang jahat yang berusaha merebut kuasa istana.

 

6. Moonshine (2021)

Drama korea

Moonshine menggambarkan watak peniaga wanita yang membuat minuman keras pada era Dinasti Joseon. Pada zaman itu, minuman keras masih haram dan sesiapa yang mengambil minuman keras akan dihukum oleh kerajaan.

Salah seorang pembuat minuman keras adalah seorang wanita yang bernama Kang Ro-seo (Hyeri), yang membuat dan menjual minuman tersebut untuk membayar hutang keluarganya. Dia dan wanita-wanita lain mampu menjalankan perniagaan yang besar dan berjaya mengalahkan perniagaan yang dijalankan oleh kaum lelaki.

Demikian sahaja 6 pilihan drama Korea yang berjaya menonjolkan watak utama wanita yang bijak dan lebih maju mendahului zaman mereka. Penuh inspirasi bukan?

Baca lagi: Marry My Husband dan 6 Drama Korea Lain yang Bertemakan Kecurangan, Penuh Konflik
Baca juga: 6 Pilihan Drama Korea Khas Buat Peminat Kisah Penjelajahan Masa