Home Disney+ 6 Drama Korea Menampilkan Watak Wanita Hebat dan Berdikari

6 Drama Korea Menampilkan Watak Wanita Hebat dan Berdikari

0

Pada umumnya, drama Korea banyak mengisahkan tentang watak lelaki hebat yang menjadi dambaan para gadis. Namun, di samping itu ada juga banyak drama Korea yang menampilkan watak wanita hebat yang memimpin jalan cerita dengan epik.

Bukan hanya itu, cerita yang diusung memang menarik dan tidak kurang hebatnya dengan drama-drama Korea lain. Ada yang menjadi permaisuri, pahlawan, atlet dan pelbagai watak lain dan semuanya pasti menjadi kisah penuh inspirasi bagi para wanita khususnya.

Ditambah lagi dengan watak-watak utama wanita yang dilakonkan oleh para pelakon berbakat dan terkenal, menambah lagi suasana drama menjadi lebih penuh makna dan diingati.

 

1. Under the Queen’s Umbrella (2022)

DramaPermaisuri Hwaryeong (Kim Hye Soo) adalah seorang isteri raja yang penuh dengan keanggunan dan harga diri. Namun, dia memiliki putera-putera yang suka membuat onar dan membuatnya terpaksa mengabaikan protokol istana. Dia berusaha mendidik anak-anak raja tersebut supaya menjadi putera raja yang berdisiplin.

● Rating Mydramalist: 9.0/10
● Genre: sageuk, komedi, drama, politik
● Jumlah episod: 16 episod
● Pelakon utama: Kim Hye Soo, Kim Hae Sook, Choi Won Young, Kim Eui
Sung, Moon Sang Min, Ok Ja Yeon
● Tonton di Netflix

Baca juga: 5 Drama Korea dengan Kisah Ringan dan Kurang Konflik, Tontonan Santai

2. The Glory (2022 & 2023)

Drama koreaMoon Dong Eun (Song Hye Kyo) pernah mengalami penindasan dan dibuli semasa berada di bangku sekolah. Dia yang pada mulanya bercita-cita menjadi arkitek terpaksa melepaskan impian tersebut kerana luka menyakitkan yang membekas pada dirinya. Dong Eun yang kini dewasa merancang balas dendam terhadap kawan-kawan sekelas yang dahulu menyeksanya.

● Rating Mydramalist: 9.0/10
● Genre: drama, misteri, balas dendam
● Jumlah episod: Part 1 (8 episod) & Part 2 (8 episod)
● Pelakon utama: Song Hye Kyo, Lee Do Hyun, Lim Ji Yeon, Yum Hye Ran, Park Sung Hoon
● Tonton di Netflix

Baca lagi: 5 Drama Korea Romantik Ini Tiada Babak Ciuman, Paling Sweet

3. Extraordinary Attorney Woo (2022)

baf76123 7238 4ee3 82c3 30e646e7a265Woo Young Woo (Park Eun Bin) lahir sebagai anak yang menghidap autisme. Walau begitu, ayahnya menyedari bahawa sejak kecil Young Woo gemar membaca terutamanya buku undang-undang dan pandai menghafal. Oleh sebab itu, Young Woo dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Seoul dalam jurusan undang-undang dan kini dia bekerja di salah sebuah firma guaman terbesar di Korea. Young Woo juga memiliki otak yang sangat cerdas dalam menyelesaikan kes yang diterima.

● Rating Mydramalist: 8.9/10
● Genre: drama, komedi, undang-undang
● Jumlah episod: 16 episod
● Pelakin utama: Park Eun Bin, Kang Tae Oh, Kang Ki Young, Ha Yoon Kyung
● Tonton di Netflix

Baca juga: 4 Drama Korea Romantik tentang Ibu Tunggal yang Menemui Cinta Kembali

4. Twenty-Five Twenty-One (2022)

d8c02750 4408 4225 a317 4944b335a14eDrama ini berlatarkan tahun 1998 di mana waktu itu terjadi krisis kewangan. Na Hee Do (Kim Tae Ri) adalah pelajar sekolah yang merupakan atlet lawan pedang. Kemampuannya kian menurun setelah ayahnya meninggal dunia beberapa tahun lalu. Kini Hee Do pindah ke sekolah baru dimana terdapat jurulatih main pedang terbaik di Korea waktu itu. Manakala Baek Yi Jin (Nam Joo Hyuk) adalah seorang pelajar yang kini perlu berhenti belajar dan hidup miskin kerana perniagaan ayahnya yang muflis. Di beberapa kesempatan, Hee Do dan Yi Jin terus bertemu dan menjadi akrab.

● Rating Mydramalist: 8.8/10
● Genre: drama, komedi, sukan, romantik
● Jumlah episod: 16 episod
● Pelakon utama: Kim Tae Ri, Nam Joo Hyuk, Bona WJSN, Choi Hyun Wook,
Lee Joo Myoung
● Tonton di Netflix

Baca juga: 5 Drama Korea Thriller Menarik Perlu Anda Tonton, Penuh Debaran

5. Revenant (2023)

b1688c13 28f2 4099 8842 a066b8a3734bIblis yang berjaya melalui pintu dari dunia lain merasuk tubuh Gu San Yeong (Kim Tae Ri). Selepas itu, San Yeong mula melakukan perkara-perkara yang dia tidak sedari iaitu membunuh orang. Yeom Hae Sang (Oh Jung Se) dapat melihat iblis tersebut dan berusaha membantu San Yeong untuk melepaskan diri darinya. Mereka mula bekerja sama dibantu dengan detektif Lee Hong Sae (Hong Kyung) dan menemui kebenaran tersembunyi tentang benda-benda puaka yang menjadi kunci dari mana iblis tersebut datang.

● Rating Mydramalist: 8.7/10
● Genre: seram, thriller, misteri, drama
● Jumlah episod: 12 episod
● Pelakon utama: Kim Tae Ri, Oh Jung Se, Hong Kyung, Kim Hae Sook, Kim
Won Hae

Baca lagi: 7 Pilihan Drama Korea dengan Jalan Cerita Ringan, Sesuai Tonton Bersama Keluarga

6. My Name (2021)

12c01770 2e3f 4cce b9c6 e51007315429Yoon Ji Woo (Han So Hee) nekad untuk membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh. Ji Woo kemudian bekerja dalam sebuah geng penjenayah yang menjual dadah terlarang yang diketuai oleh Choi Mu Jin (Park Hee Soon). Dengan bantuan Mu Jin, Ji Woo menyusup di kalangan polis dan bertugas di unit siasatan dadah.

● Rating Mydramalist: 8.7/10
● Genre: Aksi, Thriller
● Jumlah episod: 8 episod
● Pelakon utama: Han So Hee, Park Hee Soon, Ahn Bo Hyun
● Tonton di Netflix

Jangan lupa menonton ya, dijamin puas hati!

Baca lagi: “Crash” Kdrama Tayang 6 Mei, Tentang Jenayah Trafik dan Kejahatan di Jalan Raya
Baca juga: Misteri dan Mencengkam, 5 Cadangan Kdrama Psikopat, Tayang pada Akhir 2023 hingga Awal 2024