Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 6 Drama Korea Paling Diingati dengan Ending yang Berbekas Di Hati, Pelbagai...

6 Drama Korea Paling Diingati dengan Ending yang Berbekas Di Hati, Pelbagai Genre

0

Drama Korea biasanya menyajikan topik dan tema yang berbeza. Para penonton seperti terbawa-bawa dengan kisah yang ditampilkan.

Sebagai contoh, jalan cerita yang menunjukkan kesukaran yang sering dialami untuk mencapai cita-cita mereka, para penonton juga turut merasakan kesedihan, ketegangan, dan kegelisahan semasa mengikuti cerita dalam drama Korea.

Namun, seperti kebanyakan cerita, drama Korea yang kita ikuti juga pasti akan berakhir. Kadang kala, episod akhir yang dihidangkan berakhir dengan manis, bahagia, dan juga tragis.

Berdasarkan Collider, berikut ini adalah pilihan drama Korea yang boleh anda tonton yang pastinya episod akhir drama-drama ini akak membuatkan anda tersenyum atau mungkin juga menitiskan air mata.

1. Healer (2014)

Drama korea

Healer dibintangi oleh Ji Chang Wook bersama dengan Park Min Young dan juga Yoo Ji T ae. Drama ini menceritakan tentang selok belok dunia media yang melibatkan wartawan, hacker, dan healer.

Healer memiliki 3 penghantar pesanan rahsia. Ketiga-tiga mereka tersebut berusaha untuk mengungkap kes siaran haram di masa lalu. Walau banyak adegan menegangkan, drama ini juga dihiasi dengan adegan romantik.

Episod akhir untuk Healer dianggap sempurna. Jalan cerita utamanya berakhir dengan baik, dengan terungkainya segala misteri dan pasangan utama hidup bahagia bersama, sesuatu yang layak mereka kecapi kerana kesukaran yang mereka hadapi sepanjang siri berjalan, sebuah penutup yang disukai oleh para penonton.

2. Uncontrollably Fond (2016)

9029d414 2a4b 4363 8e8b 2b2327618997

Disebabkan jalan cerita yang penuh emosi, Uncontrollably Fond dianggap secara sebagai salah sebuah K-drama yang paling menyedihkan. Drama itu menggambarkan pertemuan semula dua bekas kekasih yang kini telah menjadi pelakon terkenal dan penerbit dokumentari.

Ketika mereka bertemu antara satu sama lain sekali lagi, kenangan masa lalu mereka kembali melayang-layang menerjah benak otak, bertahun-tahun selepas perpisahan yang menyakitkan mereka.

Walaupun drama ini dikategorikan sebagai drama komedi, siri ini tetap membuatkan penonton menangis teresak-esak. Dibintangi oleh penyanyi K-pop Suzy Bae dan menampilkan banyak kepincangan emosi dan lakonan yang luar biasa.

Episod akhir cerita ini cukup tragis kerana cinta tidak selalunya adil dan kita tidak semestinya akan memiliki sesuatu yang kita inginkan. Episod akhir drama ini yang sangat menyayat hati masih dikenang hingga ke hari ini.

3. Boys Over Flowers (2009)

e8a0171b 3dca 4e40 bb08 f6bb834801d6

Boys Over Flowers merupakan adaptasi Kdrama dari manga dengan judul yang sama. Drama ini mengisahkan tentang Jan-di (Ku Hye-sun) yang bersekolah di sekolah berprestij yang dikhususkan untuk orang kaya.

Seperti kebanyakan pengakhiran cerita drama Korea, Boys Over Flowers berakhir dengan time skip. Jun-pyo (Lee Min-ho) pergi ke Amerika untuk mengembangkan perniagaannya, dan Jan-di tetap tinggal di sana untuk meraih impiannya sendiri untuk menjadi seorang doktor. Empat tahun kemudian, Jun-pyo kembali dan melamar Jan-di.

Boys Over Flowers mempunyai pengakhiran yang sempurna untuk sebuah Kdrama. Drama ini menyelesaikan setiap konflik dan membuatkan semua kesukaran dan sakit hati menjadi lebih bermakna apabila penonton dapat melihat Jan-di dan Jun-pyo menjalani kehidupan m bahagia mereka selamanya.

4. Goblin (2016)

7dab0706 8d50 4c59 a71b 1973bd7a0152

Goblin adalah drama fantasi romantik tentang seorang goblin berumur 900 tahun yang bernama Kim Shin (Gong Yoo). Dia sedang mencari cara untuk mengakhiri hidup abadinya.

Kim Shin bertemu dengan seorang gadis bernama Ji Eun T ak (Kim Go Eun) yang memiliki kebolehan untuk melihat hantu. Dia juga merupakan orang yang dapat mengeluarkan pedang yang tertanam pada tubuh Kim Shin.

Hubungan mereka semakin rapat ketika mereka saling membantu mengatasi
masalah masing-masing. Di samping itu, terdapat juga kisah asmara antara grim reaper (Lee Dong Wook) dengan seorang wanita bernama Sunny (Yoo In Na).

Goblin adalah drama Korea dengan pengakhiran yang penuh pahit dan manis. Penonton dapat menyaksikan kebahagiaan pasangan utama, yang tentunya diraih setelah patah hati dan rasa bersalah Kim Shin selama 900 tahun.

Walau Eun Tak akhirnya meninggal dunia, Kim Shin akan selalu menunggunya, dan dia melakukannya dengan sabar, mencipta kisah cinta yang indah bagi dua orang yang memang ditakdirkan untuk bersama.

5. All of Us Are Dead (2022)

790f55c4 33d4 467c b2a6 64862e61798f

Selepas pihak berwajib dan kerajaan gagal menyelamatkan mereka daripada wabak virus, pelajar sekolah menengah berjuang sendiri dalam drama ngeri zombie ini.

Dalam kebanyakan drama, wanita selalu kelihatan lemah dan perlu diselamatkan oleh lelaki. Tetapi dalam All of Us Are Dead, Ha-ri (lakonan Ha Seung-ri) ialah salah seorang heroin yang paling tenang dan pintar dalam bertahan hidup.

Jurulatihnya telah memusnahkan harapan pemanah remaja itu untuk muncul sebagai seorang Olympian. Tetapi dia membuktikan keberaniannya, membunuh zombie dengan busur dan anak panahnya dan benar-benar menyelamatkan nyawa rakan-rakannya yang lain.

All of Us Are Dead berakhir dengan tema yang penuh harapan. Kisahnya berakhir agak tragis, membuatkan penonton merasa agak putus asa, tetapi All of Us Are Dead membuktikan bahawa mereka yang digigit zombie juga mempunyai peluang untuk menjalani kehidupan normal dan bahawa ada lebih ramai orang seperti Nam Ra yang malang yang dianggap menjalani kehidupan menyendiri kerana virus yang telah menguasai tubuh badan mereka.

6. Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo (2016)

fe3d7b00 8f41 4bd1 9e0f 63c8dd5a717b

Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo merupakan drama Korea yang diadaptasi dari sebuah novel popular. Drama Korea ini menceritakan tentang seorang pewaris takhta bernama Wong Soo yang dibawa oleh Lee Joon-gi. Keajaiban berlaku, dia tanpa sengaja bertemu dengan Hae Aeo (IU) terlempar dari era moden ke era Goryeo. Sebenarnya Hae Seo adalah kelahiran semula kehidupannya sebelum ini.

Ketika berada di kehidupan lama Hae Aeo jatuh cinta dengan putera keempat Wang Soo. T mapi kisah cintanya tidak bahagia kerana putera itu perlu pergi meninggalkannya. Kisah cinta tanpa balasan dalam drama ini sangat menyayat hati.

Tidak semua pengakhiran yang sempurna perlu menjadi pengakhiran yang bahagia. Kesempurnaan dalam pengakhiran Scarlet Heart adalah kenyataan bahawa kadang kala pasangan tidak akan dapat bersama, tidak kiralah walau seberapa besar cinta mereka antara satu sama lain.

Senarai drama Korea di atas memang menampilkan jalan cerita menarik dengan episod akhir yang masih diingati hingga kini. Sudahkah anda menonton drama-drama di atas?

Baca lagi: No Gain No Love Bakal Tamat, Masih Ada Persoalan Belum Terjawab
Baca juga: 8 Drama Korea Ini Merobek Hati, Kisah tentang Merelakan Pemergian Orang Tersayang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here