Watak villain, antihero, atau penjahat memang sangat popular dan diangkat dalam industri filem selepas kejayaan “Joker” (2019), filem yang menceritakan kisah di sebalik watak jahat musuh Batman. Industri filem mula mengungkap sudut pandangan dari karakter-karakter dalam filem komersial, yang pada awalnya muncul sebagai watak sampingan dan antagonis.
Contohnya seperti filem “Venom” yang merupakan antihero dalam Spiderman, “Cruella” watak jahat dalam “101 Dalmatians”, “Loki”, dan lain-lain watak villain. Nampaknya beberapa buah drama Korea juga mengangkat watak villain sebagai watak utama.
Peringatan, artikel ini mengandungi spoiler!
Bagi para peminat drama Korea yang tertarik dengan genre ini, berikut dibawah ini adalah 6 drama Korea dengan watak villain sebagai watak utama.
1. Mouse (2021)
Mouse merupakan drama siri yang hangat dibincangkan di sosial media selama penayangannya. Drama ini menceritakan tentang watak utama yang merupakan seorang psikopat.
Jung Ba Reum, watak utama yang menjalani kehidupannya dengan bekerja sebagai polis. Dia dikenali sebagai seorang pemuda yang ramah dan baik budi pekerti. Menariknya, tidak seperti drama-drama lain, Mouse menampilkan episod istimewa yang bertajuk Mouse: The Predator yang mana dalam episod ini diceritakan dari sudut pandangan yang berbeza.
Sepanjang episod Mouse, cerita mengalir berdasarkan sudut pandangan Go Mu Chi, pegawai atasan Jung Ba Reum yang sedang menyiasat kes pembunuhan dan berusaha menangkap pembunuh sebenar. Sedangkan dalam Mouse : The Predator, sudut pandangan diambil dari cerita Jung Ba Reum sebagai seorang psikopat. Dalam episod ini, penonton akan melihat tentang proses Jung Ba Reum membunuh setiap mangsanya. Seorang psikopat biasanya akan menjadi watak antagonis.
Namun dalam drama Mouse, psikopat menjadi watak protagonis dan anda akan melihat mengapa dan bagaimana seorang manusia hidup tanpa mempunyai emosi dalam diri, serta faktor-faktor yang menjadikan Jung Ba Reum seorang pembunuh.
2. Extracurricular (2020)
Drama ini merupakan siri original Netflix yang ditayangkan pada tahun 2021. Extracurricular mengambil tema tentang kenakalan remaja. Bukan biasa-biasa, kenakalan yang diangkat dalam drama ini cukup ekstrem. Watak utama, Oh Ji Soo, digambarkan sebagai seorang pelajar contoh yang tidak pernah memiliki reputasi buruk di sekolah. Dia juga seorang pelajar dengan markah dan keputusan terbaik.
Namun, siapa sangka, selain rutin biasanya sebagai seorang pelajar, Ji Soo bekerja dalam bidang pelacuran demi menanggung perbelanjaan sekolah dan kehidupannya. Perbuatan jenayah yang dilakukan Oh Ji Soo merupakan sebuah jenayah jahat yang menyimpang dari kehidupan manusia normal.
3. Strangers From Hell (2019)
Strangers from Hell atau Hell Is Other People mengisahkan tentang Yoon Jong Woo (Im Si Wan) yang berusia 20an, baru berpindah ke Seoul dan kini menjadi pekerja pelatih di sebuah syarikat. Semasa mencari tempat tinggal, die menjumpai Eden Studio, sebuah asrama murah yang boleh disewa olehnya kerana dia kekurangan wang.
Jong Woo berusaha menahan diri untuk tinggal di sana hingga dia betul-betul mempunyai cukup duit untuk berpindah. Walau jiran tetangganya sangat mengganggu dan aneh, dia gagahkan jua. Tiba-tiba terjadi sebuah kejadian misteri yang membuatkan Jong Woo mula ketakutan berada di antara orang-orang di studio itu.
Pada akhir episod, polis berjaya menangkap para penghuni Eden Gosiwon yang terlibat dalam pembunuhan, kanibalisme, dan penyeksaan. Sementara itu, Jong Woo berakhir di hospital mental. Jong Woo sebenarnya terlibat dengan pembunuhan tersebut. Dia mengalami gangguan psikologi selama ini dia mengejar dirinya sendiri.
Baca lagi: 5 Fakta Kdrama High School Return of a Gangster, Kisah Samseng Yang Terperangkap Dalam Tubuh Seorang Pelajar
4. The Smile Has Left Your Eyes (2018)
Drama Korea ini diinspirasikan dari siri televisyen Jepun yang berjudul “Hundred Million Stars from the Sky”. Drama ini mengisahkan tentang Kim Moo Young (Seo In-guk), seorang lelaki misteri dengan masa lalu yang kompleks dan Yoo Jin Kang (Jung So-min), seorang wanita yang memiliki luka hati yang sangat dalam. Kisah cinta mereka terhalang oleh Yoo Jin Gook (Park Sung Woong), seorang detektif yang sedang melakukan penyiasatan kes pembunuhan.
Moo Young terpaksa berurusan dengan polis kerana tuduhan pembunuhan. Min Young memang pernah mengesyaki bahawa Jin Kang adalah adiknya yang hilang, selepas ada seseorang yang sengaja menyebarkan berita bohong itu. Dia hingga membunuh orang tersebut untuk menutup kebenaran di sebalik kes rumit ini. Namun, kenyataannya mereka bukan adik beradik.
Min Young yang terlanjur telah menjadi pembunuh, menyesali perbuatannya. Selepas melakukan penyiasatan, akhirnya terungkap bahawa Jin Kook membunuh ayah Moo Young. Sementara itu, pembunuh ibu Jin Kang adalah ayahnya sendiri. Ibu bapa Jin Kang adalah anggota ajaran sesat, ibunya terlibat dalam ajaran sesat tersebut dan mencuri wang. Ayah Jin Kang membunuh isterinya sendiri. Kedua-dua watak utama ini berusaha untuk menutup kes pembunuhan tersebut.
5. Kill It (2018)
Drama Korea ini mengisahkan tentang kehidupan Kim Soo Hyun (Jang Ki Yong), seorang pembunuh upahan professional yang merupakan seorang doktor haiwan. Dia hilang ingatan tentang masa kecilnya dan kemudian dijaga oleh seorang pembunuh upahan. Soo Hyun membesar sebagai pembunuh upahan yang selalu dibayar oleh individu dan juga organisasi yang bersedia memberinya wang dalam jumlah yang besar.
Suatu hari, seorang pelanggan memintanya untuk membunuh seseorang. Sebagai imbuhan, pelanggan tersebut akan memberi maklumat tentang masa lalu Soo Hyun yang penuh dengan konspirasi. Di tengah-tengah misinya, dia bertemu dengan detektif Do Hyun Jin (Nana) yang merupakan seorang bekas balerina. Hyun Jin mengesyaki Soo Hyun sebagai pembunuh, dia kemudian menyiasat identiti serta masa lalu Soo Hyun. Tanpa disangka, dia menemui kebenaran yang mengejutkan yang berkaitan dengan masa lalunya sendiri.
6. Your Honor (2018)
Drama Korea ini menceritakan tentang saudara kembar seiras iaitu Han Soo Ho dan Han Kang Ho. Kang Ho (Yoon Si Yoon) merupakan seorang penjenayah dengan pelbagai tuduhan jenayah kejahatan. Dia asyik keluar masuk penjara sebanyak lima kali.
Suatu hari, saudara kembarnya yang merupakan seorang hakim, Soo Ho, tiba-tiba menghilang dalam sebuah kes penculikan. Kang Ho secara diam-diam mengambil alih kedudukan saudara kembarnya sebagai hakim. Namun, semasa menjalankan tugasnya sebagai hakim dia tergoda dengan duit suap yang ditawarkan oleh seorang ahli perniagaan terkenal. Dia tertarik dengan wang suapan itu dan dia boleh merosakkan kerjaya saudara kembarnya sendiri.
Demikian sahaja 6 buah drama Korea yang menampilkan villain sebagai watak utama. Pernahkan anda menonton drama-drama di atas?