Drama Korea memang selalu tampil dengan pelbagai genre yang menarik, salah satunya ialah tentang tema undang-undang.
Melalui drama Korea undang-undang ini kita dapat mengikuti suka duka dan turun naik dunia undang-undang yang dibaluti dengan pelbagai kisah dan juga tampilkan gaya emosi yang memikat. Berikut ini adalah senarainya.
Joseon Attorney
Drama Korea ini mengisahkan tentang seorang peguam muda yang membara dengan perasaan untuk membalas dendam.
Joseon Attorney: A Morality berlatarkan era Joseon menampilkan Kang Han-soo (Woo Do-hwan) yang menjadi peguam untuk membalas dendam terhadap orang yang bertanggung jawab ke atas kematian kedua-dua ibu bapanya.
Sementara dia mengutip pengalaman sebagai seorang peguam, dia berkembang menjadi seorang peguam yang hebat dan bagus dalam kerjanya. Kang Han-soo terlibat pula dengan Puteri Diraja Lee Yeon Joo (Bona) dan juga hakim Yoo Ji-sun (Cha Hak-yeon).
Tuan Puteri Diraja Lee Yeon Joo sangat prihatin tentang negara dan juga kebajikan rakyatnya. Manakala, hakim Yoo Ji-sun bekerja keras untuk memberi keadilan yang selayaknya kepada sesiapa sahaja yang dijumpai.
Bagaimanakah agaknya jalan cerita perjuangan Kang Han-soo, Puteri Diraja Lee Yeon Joo dan juga hakim Yoo Ji-sun? Mampukah mereka membantu insan-insan teraniaya? Mampukah Kang Han-soo menuntut bela kematian ibu bapanya?
Divorce Attorney Shin
Drama Korea ini merupakan adaptasi dari webtoon bertajuk Shinsunghan Yihon karya penulis Yoo Young A. Cho Seung Woo dipilih sebagai pelakon utama dan membawa watak yang bernama Shin Sung Han yang pada awalnya bekerja sebagai profesor muzik di sebuah universiti di Jerman.
Sesuatu terjadi dan memaksanya untuk kembali ke Korea. Shin Sung Han kemudian melepaskan kerjayanya sebagai profesor dan kembali ke Korea untuk menjadi seorang peguam. Namanya sangat terkenal sebagai peguam dalam bidang penceraian. Hampir semua kes yang ditanganinya telah berjaya dimenangi.
Divorce Attorney Shin akan membawa penonton menyelami liku-liku pelbagai kes penceraian yang berbeza-beza pada setiap episod.
The Law Caf
Drama Korea The Law Cafe adalah kisah tentang seorang peguam muda yang cantik jelita iaitu Kim Yu-ri (Lee Se-young) yang selalu memberikan khidmat guaman secara pro bono (percuma).
Peguam muda yang amat petah berbicara di kamar mahkamah itu berhenti dari pekerjaannya sebagai seorang peguam dan membuka sebuah kafe. Kim Yu-ri juga memberi nasihat guaman secara percuma kepada para pelanggan kafe yang memerlukan khidmatnya.
Bekas teman lelaki Kim Yu-ri iaitu Kim Jeong-ho (Lee Seung-gi) kini menganggur. Dia dahulunya adalah seorang pendakwa raya yang cukup disegani. Malu dengan perbuatan bapanya yang sangat korupsi, Kim Jeong-ho telah meninggalkan kerjayanya. Lelaki itu memiliki sebuah bangunan dan menjana pendapatan hidup melalui hasil kutipan sewa bangunan miliknya.
Jodoh dan takdir menemukan kembali Kim Jeong-ho dan Kim Yu-ri. Kini Kim Yu-ri menyewa kafe milik bekas teman lelakinya itu dan mereka berdua terpaksa saling berjumpa antara satu sama lain. Perjalanan mereka menegakkan keadilan dan berjuang untuk mangsa-mangsa penganiayaan bermula setelah kafe itu rasmi dibuka.
One Dollar Lawyer
Cheon Ji Hun (Nam Goong Min) ialah seorang peguam yang mempunyai bakat luar biasa dan gaya tersendiri. Walaupun dia merupakan antara peguam yang paling mahir dalam mengendalikan kes undang-undang, bayarannya hanya 1000 won. Bayaran ini dianggap sangat kecil untuk membayar perkhidmatan peguam.
Bagaimanapun, Cheon Ji Hun tetap bersungguh-sungguh dalam mengendalikan kes anak guamnya sejak dia menamatkan pengajian dari Institut Penyelidikan dan Latihan Kehakiman, Baek Ma Ri (Kim Ji Eun) telah menjadi Penolong Pendakwa.
Dia seorang tokoh yang berkeyakinan tinggi. Dia juga seorang peguam di Firma Guaman Baek yang terkenal milik datuknya, Baek Hyun Mu (Lee Deok Hwa). Kehidupan Ma Ri berjalan lancar, tetapi hidupnya berubah apabila dia bertemu dengan Cheon Ji Hun.
Law School
Kang Sol adalah seorang pelajar sekolah undang-undang di Universiti Hankuk. Dia memiliki kumpulan belajar bersama kawan-kawannya. Suatu hari, dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Hankuk meninggal dunia secara tiba-tiba di pejabatnya.
Polis mengesyaki Yang Jong Hoon, salah seorang profesor yang mengajar di Fakulti Undang-Undang Universiti Hankuk namun Kang Sol dan kawan-kawannya tidak mempercayai dakwaan polis dan ingin menyiasat siapakah pembunuh yang sebenarnya.
Good Partner
Dibintangi oleh Jang Na Ra dan Nam Ji Hyun, Good Partner menyoroti kisah para peguam penceraian yang mempunyai cara kerja dan sikap yang sangat berbeza.
Tahukah anda? Drama Korea “Good Partner” ini ditulis oleh peguam perceraian sebenar. Siri ini menyelidiki kehidupan dua peguam perceraian dengan pendekatan dan personaliti yang jauh berbeza.
Di tengah-tengah naratif adalah Cha Eun Kyung (Jang Nara) dan Han Yu Ri (Nam Ji Hyun), digambarkan sebagai pesaing dalam arena undang-undang.
Penonton bakal menyaksikan intipati perkongsian mereka dalam gubahan hitam-putih yang menarik ini dan pakatan hebat mereka dalam drama “Good Partner” ini.
Demikian beberapa buah cadangan drama Korea dengan teman undang-undang yang mempunyai jalan cerita yang memikat memikat. Kisah-kisah yang menarik dan penuh ketegangan ini dikemaskan dengan cukup baik. Drama-drama Korea ini mampu membawa penonton untuk menyelami selok belok kehidupan penegak keadilan dan pasukan pengadilan.