Home Cdrama 6 Drama Siri Pendek Sesuai Untuk Ditonton Pada Waktu Lapang, Episod Singkat...

6 Drama Siri Pendek Sesuai Untuk Ditonton Pada Waktu Lapang, Episod Singkat dan Padat

0

Drama siri Korea dan Cina biasanya sangat identikal dengan episod-episod yang panjang. Tetapi ada juga beberapa buah siri drama yang hanya menampilkan episod yang cukup pendek.

Ceritanya ringkas, ringan, dan ceritanya juga tidak kurang hebatnya dengan drama siri yang memiliki banyak episod. Berikut beberapa ini adalah beberapa cadangan drama siri Korea dan Cina yang memiliki episod yang pendek, sesuai untuk anda yang tidak sukakan drama yang ringan dan yang tidak panjang.

 

1. The Best Day of My Life

The Best Day of My Life mempunyai jumlah 14 episod dan setiap episod hanya berdurasi 30-40 minit. Drama siri ini menceritakan tentang Xu Mu (Jiang Zhi Nan), seorang perancang di syarikat pengiklanan Shangxin yang bertemu kembali dengan kawan sebangku sekolahnya, Xie Shi (Zhang Jiong Min).

Xie Shi adalah pengarah di syarikat pelanggan yang bekerja sama dengan syarikat Xu Mu. Semuanya berubah ketika Xu Mu mabuk dan mengumumkan bahwa Xie Shi adalah kekasihnya.

Mereka akhirnya menjadi pasangan kontrak dan mula tinggal bersama. Seiring berjalannya waktu, mereka semakin rapat antara satu sama lain dan perasaan di antara mereka mulai tumbuh. Tetapi, Xu Mu tidak yakin adakah itu benar-benar perasaan suka atau hanyalah ilusi kerana mereka sering bersama.

Drama ini sangat ringan, bahkan konfliknya juga ringan. Tidak ada salah faham yang panjang yang akan membuatkan anda pening kepala sepanjang menonton. Anda hanya akan tersenyum sepanjang menonton drama ini.

 

2. Serendipity’s Embrace

Serendipity Embrace hanya berjumlah 8 episod. Drama siri ini menceritakan tentang Lee Hong Ju (Kim So Hyun), seorang penerbit animasi.

Dia mengalami kisah cinta pertamanya semasa berada di bangku sekolah. Masa sukarnya selepas putus cinta membuatnya menjadi skeptikal terhadap cinta.

Kang Hoo Young (Chae Jong Hyeop) merupakan seorang perancang kewangan yang genius dan tampan yang kembali ke Korea selepas 10 tahun. Kang Hoo Young bertemu dengan Lee Hong Ju yang merupakan cinta pertamanya secara kebetulan.

Drama ini mengangkat tema kisah cinta pertama yang akan membuat anda tersenyum sepanjang menonton drama ini. Walau memiliki episod yang pendek, rasa ingin tahu yang muncul semasa menonton setiap episod tidak akan berkurang.

 

3. Reset

Reset berjumlah 15 episod sahaja. Drama siri ini mengangkat genre misteri, thriller dan sci-fi. Drama ini mengisahkan tentang kisah perjalanan waktu yang berulang-ulang.

Li Shi Qing (Zhao Jin Mai) menaiki bas nombor 45 untuk membeli buku dan bas ini merupakan bas yang biasa dia naiki. Dalam perjalanan Li Shi Qing tertidur, namun semasa terbangun dari tidur, dia merasakan sesuatu yang aneh telah terjadi.

Bas yang dinaiki meletup, tetapi semasa kemalangan itu terjadi dia terlempar ke masa semasa bas itu belum kemalangan. Peristiwa itu dialami berulang kali, dan dia juga telah berusaha berulang kali untuk menyelamatkan dirinya.

Namun, dalam usahanya itu, dia tanpa sengaja membawa Xiao He Yun (Bai Jin Ting) ke dalam lingkaran waktu bersamanya. Akhirnya, Li Shi Qing dan Xiao He Yun berusaha untuk keluar dari lingkaran waktu dengan mencari siapakah dalang yang membuat bas tersebut meletup dan berusaha menyelamatkan orang-orang yang berada di dalam bas bersama mereka.

Anda akan dibawa bersama dalam lingkaran waktu semasa menonton drama ini. Rasa ingin tahu akan membuat anda terus menonton drama ini.

 

4. Love to Hate You

Love to Hate You berjumlah 10 episod sahaja. Drama siri ini menceritakan tentang Yeo Mi Ran (yang diperankan oleh Kim Ok Vin), seorang peguam muda tidak percaya pada lelaki atau cinta.

Dia pernah dikecewakan hingga dia berpegang pada prinsip wanita tidak perlu dilindungi oleh lelaki. Dia menguasai seni bela diri dan sering memberi pengajaran kepada lelaki-lelaki yang curang.

Suatu hari Yeo Mi bertemu Nam Kang Ho (Yoo Teo) merupakan seorang pelakon yang sangat terkenal, terutamanya dalam filem romantik. Tetapi Nam Kang Ho tidak mempercayai wanita kerana dia memiliki trauma masa kecil.

Pertemuan antara Yeo Mi Ran dan Nam Kang Ho memerlukan mereka bercinta secara kontrak selama tiga bulan. Hubungan mereka perlahan-lahan membuahkan perasaan cinta antara satu sama lain. Mereka yang pada awalnya tidak percaya dengan cinta, perlahan-lahan menemui cinta dalam hubungan kontrak mereka.

Drama ini sesuai untuk anda yang menyukai watak wanita yang kuat dan berdikari. Anda akan melihat bagaimana manisnya hubungan kontrak mereka yang juga akan membuatkan anda emosi semasa menontonnya.

 

5. Back to Seventeen

Back to Seventeen merupakan drama pendek 25 episod dengan setiap episod mempunyai durasi selama 4 minit sahaja. Drama siri ini menceritakan tentang Zhong Xiao Xiao (diperankan oleh Zhang Miao Yi) berumur 27 tahun menghadiri majlis perjumpaan semula kawan-kawan zaman sekolahnya,

Dia ingin mengembalikan digital video yang merakam masa muda mereka kepada Xu Yang (Fang Xiao Dong), crush masa sekolahnya. Semasa digital video itu diputar, dia kembali ke masa dia berumur 17 tahun.

IMG 5482

Pada masa itu, Zhong Xiao Xiao hanya boleh berada dekat dengan Xu Yang dan memiliki waktu yang berjalan secara normal. Drama singkat ini akan mengisi waktu terluang anda.

 

6. Imitation

Imitation berjumlah 12 episod. Drama siri ini diadaptasi dari manhwa yang berjudul sama. Menceritakan tentang kehidupan bintang idola, drama ini fokus pada Lee Ma Ha (Jung Ji So) yang memasang impian untuk menjadi seorang bintang idola.

Banyak kesusahan dialami selama masa latihannya. Lee Ma Ha sebelum ini merupakan ahli kumpulan Omega III namun kumpulan itu dibubarkan kerana sebuah insiden. Lee Ma Ha cuba menarik perhatian dengan meniru La Li Ma (Park Ji Yeon) yang merupakan penyanyi terkenal.

Drama siri

Lee Ma Ha akhirnya memulakan kariernya sebagai ahli kumpulan Tea Party dan sering bertemu dengan Kwon Ryok (Lee Jun Young) yang merupakan anngota Shax yang terkenal. Mereka mula tertarik antara satu sama lain dan memulakan hubungan rahsia yang boleh merosakkan kerjaya mereka.

Drama siri ini memperlihatkan bagaimana kehidupan belakang tabir bintang idola. Banyak juga lagu yang ditampilkan dalam drama ini.

Demikian sahaja 6 cadangan drama siri pendek yang boleh anda tonton di waktu terluang. Cerita yang ringan akan membuatkan anda tidak perlu berfikir dengan mendalam semasa menonton drama-drama ini. Selamat menonton!

Baca lagi: 12 Kdrama 2024 Penuh Kisah Misteri Jenayah, Banyak Plot Twist
Baca juga: 9 Drama Cina dengan Genre Jenayah dan Misteri Tahun 2024 Ini, Penuh Konflik

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here