Nampaknya pendaftaran untuk Best International Feature Film di Academy Awards ke-97 telah rasmi ditutup pada 2 Oktober 2024 yang lalu.
Puluhan negara sudah mendaftarkan filem terbaik dari negara mereka untuk merebut pencalonan Anugerah Oscar 2025. Tidak terkecuali negara Malaysia yang mewakilkan filem Abang Adik.
Thailand dan Malaysia merupakan negara terakhir yang mendaftar filem untuk kategori Best International Feature Film Oscar 2025. Jumlah semuanya ada enam filem yang mewakili Asia Tenggara dalam kategori ini. Beberapa filem sudah boleh ditonton secara streaming di Netflix.
1. Abang Adik (2023)
Abang Adik menjadi wakil Malaysia dalam Best International Feature Film Oscar. Filem genre drama jenayah ini adalah karya debut Jin Ong sebagai pengarah filem layar perak. Dengan durasi 1 jam 55 minit, anda boleh menonton filem Abang Adik di Netflix.
Filem Abang Adik mengikuti kehidupan abang dan adik yang yatim piatu. Abang (Wu Kang-ren) lahir dengan keadaan cacat pendengaran, manakala adiknya (Jack Tan) adalah orang yang pemarah. Metrka berdua tidak memiliki dokumen sah semasa tinggal di Malaysia.
Abang dan adik hanya mempunyai satu sama lain dan berjuang hidup di tengah-tengah kemiskinan. Mereka hidup di kejiranan yang penuh kejahatan. Hingga akhirnya, terjadi kemalangan yang mengancam hubungan Abang dan adik ini. Apakah yang terjadi?
2. Women from Rote Island (2023)
Indonesia mewakilkan Women from Rote Island sebagai wakil untuk kategori Best International Feature Film Oscar. Women from Rote Island merupakan filem Indonesia ke-25 yang dihantar ke Academy Award. Filem genre thriller ini diarahkan oleh Jeremias Nyangoen.
Women from Rote Island mengangkat tema berat tentang gangguan seksual. Plot filem ini mengikuti seorang pekerja migran haram, Martha (Irma Novita Rihi) yang pulang ke pulau asalnya untuk menghadiri pengebumian ayahnya. Namun, Martha kembali dalam keadaan berbeza.
Martha mengalami gangguan seksual semasa bekerja di luar negara. Bukan fokus pada peristiwa gangguan seksual, Women from Rote Island lebih menyoroti kesan psikologikal yang menimpa Martha dan keluarganya. Termasuk menunjukkan stigma kesihatan mental dan sistem undang-undang yang masih teruk di Indonesia.
3. Peach Blossom, Pho and Piano (2023)
Peach Blossom, Pho and Piano adalah filem yang mewakili Vietnam di Academy Award 2025. Filem drama perang romantik ini diarahkan oleh Phi Tien Son. Menariknya, filem ini ditanggung seratus peratus oleh negara kerana bentuk pesanan dari Jabatan Perfileman Vietnam.
Peach Blossom, Pho and Piano mengikuti kisah cinta sepasang kekasih, Thuc Huong (Cao Thi Thuy Linh) dan Van Dan (Doan Quoc Dam) di tengah-tengah perang. Mereka nekad menghadapi bahaya demi bersatu kembali pada 17 Februari 1947. Pada tarikh itu, tentera Vietnam sedang mengundurkan diri dari pertempuran di Hanoi selama 60 hari.
4. How to Make Millions Before Grandma Dies (2024)
How to Make Millions Before Grandma Dies menjadi wakil Thailand untuk kategori Best International Feature Film Oscar 2025. Filem drama keluarga ini berjaya menjadi filem terlaris Thailand pada tahun 2024. Filem ini juga berjaya di Asia Tenggara, seperti Malaysia, Singapura, Filipina, dan Myanmar. How to Make Millions Before Grandma Dies juga berjaya menjadi filem Asia terlaris sepanjang zaman di Indonesia.
How to Make Millions Before Grandma Dies mengisahkan tentang seorang pemuda iaitu M (Putthipong Assaratanakul atau Billkin) yang berhenti bekerja demi menjaga neneknya (Usa Semkhum) yang terkena penyakit kronik. Uniknya, M melakukan ini demi mendapatkan harta warisan neneknya. Sepanjang cerita, penonton akan diajak melihat perjuangan M berusaha memenangi hati neneknya iti.
5. Meeting with Pol Pot (2024)
Meeting with Pol Pot mewakili Kamboja di Oscar 2025. Filem ini adalah karya pengarah berdarah campuran Kamboja dan Perancis, Rithy Panh. Sebelum ini, Rithy Panh berjaya membawa filem Kamboja untuk masuk ke pencalonan Oscar 2013 melalui filem The Missing Picture.
Meeting with Pol Pot mengisahkan tentang tiga orang wartawan Perancis yang diundang untuk menemu bual pemimpin Khmer Merah Pol Pot pada tahun 1978. Mereka adalah Irene Jacob (Lise Delbo), Gregoire Colin (Alain Cariou), dan Cyril Guel (Paul Thomas). Filem ini diinspirasikan dari buku berjudul When The War Was Over karya wartawan Elizabeth Becker.
6. And So It Begins (2024)
And So It Begins menjadi wakil Filipina untuk kategori Best International Feature Film Oscar 2025. Filem dokumentari ini diarahkan oleh Ramona S. Diaz. Dia menerbitkan filem ini melalui syarikatnya sendiri iaitu Solar Pictures.
Filem And So It Begins berpusat pada situasi pemilihan presiden 2022 di Filipina. Dalam Pilpres 2022, Leni Robredo bersaing dengan pemimpin sayap kanan populis, Ferdinand ‘Bongbong’ Marcos, Jr yang suka berjoget. Tentu penonton sudah tahu siapakah pemenangnya yang sekarang masih menjawat jawatan sebagai Presiden Filipina bukan?
Semoga filem Abang Adik mampu mencatat sejarah sebagai filem Malaysia yang berjaya masuk ke pencalonan Oscar. Jangan lupa untuk menonton filem ini di Netflix ya!
Baca lagi: Masihkah Anda Ingat? 8 Filem India dengan Ending Paling Sedih yang Meruntun Jiwa
Baca juga: Siti Saleha Kini Popular Di Korea, Binge-Watch 3 Drama Viu Original Lakonannya