Home Entertainment 6 Filem Dengan Plot Twist Pecah Kepala

6 Filem Dengan Plot Twist Pecah Kepala

0

Menonton filem menjadi salah satu bentuk hiburan buat para penonton setelah menjalankan rutin yang padat seharian. Semasa meluangkan waktu, acap kali kita merasa bingung untuk memilih bahan tontonan.

Filem dengan kejutan plot twist menjadi pilihan tepat bagi anda para penggemar teka-teki dan kejutan. Filem ini menyajikan premis cerita yang luar biasa. Lebih-lebih lagi jika filem genre psikologikal yang menampilkan psikopat sebagai villain utama memang menjadi salah satu genre yang sangat diminati kerana kerap mengangkat jalan cerita berunsurkan jenayah, psikopat, menegangkan, dan memberikan rasa ingin tahu berlebihan tentang bagaimana pengakhirannya.

6 Filem ini wajib ditonton bagi anda penggemar filem psikopat dengan kejutan plot twist.

Berikut ini adalah senarai 6 filem wajib anda masukkan ke dalam senarai tontonan anda! Anda boleh menonton filem-filem ini di Netflix atau laman streaming yang lain.

ARTIKEL INI MENGANDUNGI SPOILER!

1. The Call (2020)

The Call mengisahkan tentang Seo Yeon (Park Shin-hye) yang hidup di masa sekarang. Bermula ketika dia kembali ke rumahnya yang didiami masa kecilnya dan menemui perkara-perkara aneh di sana. Seo Yeon juga menemui telefon lama yang ternyata menjadi penyebab nasib malangnya.

Suatu hari dia menerima panggilan misteri dari wanita melalui panggilan telefon. Panggilan tersebut sangat mengganggu. Perkara itulah yang membawa Seo Yeon kembali ke masa kecilnya.

Filem ini memberikan teka-teki dimana Seo Yeon dan Young Sook menjadi akrab dan segalanya berubah apabila Seo Yeon menerima arahan untuk mengubah masa lalu. Masa lalu berjaya diubah sehingga masa depan menjadi kacau bilau. Panggilan telefon yang pada awalnya mendekatkan mereka kini menjadi gangguan psikologi dan penuh ancaman. Plot twist yang sungguh mengejutkan!!

The Call merupakan debut filem panjang pengarah Lee Choong Hyun memenangi berbagai anugerah.

IMG 8851


2. Parasite (2019)

Parasite mengisahkan tentang keluarga Kim yang memiliki mempunyai masalah kewangan dan harus bertahan hidup dengan segala cara di tengah-tengah kekerasan hidup di Seoul. Mereka rela melakukan apa-apa sahaja agar boleh meneruskan hidup. Ki Woo mendapat pekerjaan dengan bantuan kawannya Minhyuk. Pekerjaan tersebut memberikannya pendapatan lumayan.

Hasil idea liciknya, dia mampu mengajak keluarganya masuk ke dalam kehidupan mewah keluarga Park dengan pekerjaan berbeza tanpa sepengetahuan majikan. Seterusnya, ekonomi keluarga Kim mula membaik, namun mereka semakin lupa diri dan melakukan perkara diluar jangkaan.

Plot twist disini membuahkan banyak teka-teki dan penuh dengan berbagai konspirasi membuat penonton dan peminat filem selalu membicarakan tentang filem Parasite. Parasite diarahkan oleh Bong Joon Hoo dan berjaya mendapatkan berbagai anugerah, termasuk Anugerah Oscar.

IMG 8852


3. Memoir of Murderer (2017)

Menceritakan tentang pertemuan bekas pembunuh bersiri dan pembunuh bersiri yang kini sedang aktif melakukan jenayah. Byung Su hidup hanya dengan anak perempuannya dan dia cuba untuk melupakan masa lalunya dan meneruskan kehidupan seperti orang normal. Namun seiring berjalannya waktu, anak perempuan Byung Su menjalin hubungan dengan seorang lelaki. Siapa sangka teman lelakinya itu adalah seorang psikopat. Filem ini mengandungi banyak teka-teki di dalamnya.

Plot twist


4. Gone Girl (2014)

Menceritakan tentang kehilangan wanita yang bernama Amy Dunne. Nick Dunne adalah suami Amy disyaki menjadi dalang disebalik kehilangan isterinya. Khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa Nick telah membunuh isterinya. Gosip buruk itu muncul kerana diketahui hubungan rumah tangganya retak dan menuju penceraian. Namun, sebenarnya terdapat banyak keanehan muncul membuatkan kes ini semakin menarik untuk diikuti. Plot twist yang tidak dijangka!

IMG 8854


5. Se7en (1995)

Menceritakan tentang seorang pembunuh bersiri yang menggunakan tujuh dosa yang dilakukan manusia iaitu, nafsu gelojoh, rakus, malas, sombong, nafsu, kemarahan dan iri hati sebagai modus untuk membunuh mangsanya. Perkara itulah yang membawa pihak polis untuk memburu John Doe.
Namun, tepat sebelum dua pembunuhan terakhir (kemarahan dan iri hati) berlaku, pembunuh itu menyerahkan diri. Mengapa? Banyak teka-teki yang sangat rumit untuk diikuti. Plot twist yang sungguh mengagumkan!

IMG 8855


6. Psycho (1960)

Filem hitam putih psikopat pertama di tahun 60-an. Psycho menceritakan tentang seorang psikopat dengan dua personaliti, iaitu Norman Bates, seorang pemuda tampan membuka yang mempunyai sebuah motel.
Suatu ketika seorang wanita menginap di motelnya telah ditemukan mati di motel tersebut dengan keadaan yang mengerikan. Dipendekkan cerita, Marion dibunuh oleh seseorang ketika sedang mandi dengan tubuhnya ditikam berkali-kali dengan pisau tajam. Lalu, adik Marion dan kekasihnya berusaha untuk mencari dan mengungkap kematiannya. Bagaimanakah kisah mereka berdua? Siapa sangka filem tahun 60an pun sudah menyajikan jalan cerita yang begitu hebat dgn plot twist yang mengejutkan!

IMG 8856

Menonton filem dengan kejutan plot twist memang dapat memberi kepuasan. Antara semua filem-filem yang tersenarai di atas, filem manakah yang anda paling suka?

Baca lagi: 5 Filem Seram Dengan Plot Menyedihkan
Baca juga: 8 Filem Seram Tentang Kejahatan Seorang Ibu