Anime telah menjadi budaya pop yang dikenali meluas oleh masyarakat dan sudah mempunyai banyak pengaruh dalam bidang hiburan lain. Tidak terkecuali filem-filem blockbuster dari Hollywood.
Ternyata ada filem-filem Hollywood dengan bajet besar digarap oleh para pencipta filem dengan menggunakan pengaruh budaya anime dalam industri hiburan, pengaruh anime sangat besar.
Bermula dari filem drama hingga filem fiksyen ilmiah, ada beberapa filem Hollywood yang mengambil inspirasi dari siri anime. Berikut beberapa buah filem muncul yang lebih popular dari anime.
1. The Matrix (1999) diinspirasikan dari anime Sci-Fi Popular Ghost in the Shell
The Matrix (1999) merupakan filem fiksyen ilmiah memperkenalkan tema virtual reality kedalam genre filem. Filem Hollywood ini digarap oleh dua bersaudara Lana dan Lily Wachowski ini menceritakan tentang Hacker bernama “Neo” yang perlu berjuang membebaskan umat manusia setelah mengetahui kenyataan bahawa manusia sebenarnya terjebak dalam dunia virtual yang dikenali sebagai The Matrix.
Rupa-rupanya filem hebat ini diinspirasikan dari anime bertajuk Ghost in The Shell (1995). Anime ini boleh dikatakan sebagai salah sebuah anime bergenre Sci-Fi terbaik yang pernah dibuat hingga waktu ini.
Wochowski bersaudara mengaku menonton setiap siri anime karya Mamoru Oshii ini sebagai acuan dan inspirasi sebelum mula menulis skrip The Matrix.
2. Clash of the Titans (2010) mengambil ciptaan kostum dari anime Saint Seiya
Clash of the Titans adalah filem fantasi berlatarkan Yunani kuno yang mengadaptasi kisah pengembaraan Perseus untuk menyelamatkan puteri Andromeda dan dewa-dewi Olympus dari rampasan kuasa dewa alam kematian, Hades.
Dalam salah satu sesi wawancara, Louis Leterrier selaku pengarah filem mendedahkan bahawa dia merupakan peminat fanatik anime dan manga karya Masami Kuramada iaitu Saint Seiya. Louis juga mengatakan, baju perang yang dipakai setiap watak dalam filemnya ini direka menyerupai baju perang para Saint dalam anime Saint Seiya disebut “Cloth”.
Perkara tersebut dilakukan semata-mata sebagai bentuk penghormatan dan menzahirkan rasa cintanya terhadap Saint Seiya. Masami Kuramada juga diminta untuk berkolaborasi bersama pasukan produksi dalam pembuatan poster filem Clash of the Titans.
3. Pacific Rim (2013), filem robot dengan mekanisme sensor diinspirasikan Neon Genesis Evangelion
Filem ini pada awal tayangannya benar-benar menjadi jawapan untuk para peminat yang mengidamkan live-action anime bergenre Mecha. Genre Mecha adalah genre anime yang mengusung tema robot tempur. Contoh paling popular adalah siri Gundam, Zoids dan Evangelion.
Filem Pacific Rim (2013) seolah-olah membawa mereka ke layar Hollywood. Sebuah anime mempunyai tema identikal dengan filem ini iaitu Neon Genesis Evangelion (1997) karya Hideaki Anno.
Robot dikendalikan dengan sensor gerak hingga tema tentang makhluk asing yang datang ke bumi, semuanya sasa seperti Evangelion.
Walaupun pengarah Guillermo del Toro tidak spesifik menyatakan Evangelion sebagai inspirasi filemnya, namun sangat jelas filem ini diinspirasikan dari genre Mecha.
4. Adegan aksi Hollywood dalam Man of Steel (2012) mengambil inspirasi dari anime action Birdy the Mighty
Filem pasti sudah tidak asing lagi buat anda, Man of Steel (2012) menceritakan tentang asal usul Superman. Filem ini disajikan dengan adegan aksi hebat dan memuaskan. Paling ditonjolkan adalah adegan pertempuran antara Superman dan General Zod di kota Metropolis pada babak klimaks filem.
Kesan kehancuran ditimbulkan oleh kedua-dua manusia luar biasa itu sekilas mengingatkan kita dengan adegan aksi dalam anime shonen seperti Dragon Ball dan One Punch Man bukan?
Zack Synder mengatakan, dia memang selalu menonton anime, dan mendedahkan tentang anime yang menjadi inspirasi buat filemnya ini iaitu Birdy the Mighty (1996). Sebuah anime fiksyen ilmiah yang memuatkan pertarungan dahsyat dan ternyata memiliki persamaan dengan Man of Steel.
5. Adegan dalam filem Inception (2010) banyak inspirasi dari anime Paprika
Incepetion (2010) adalah filem fiksyen ilmiah yang sangat popular. Menceritakan tentang sekumpulan pasukan yang mempunyai teknologi untuk masuk ke dunia mimpi dan memanipulasi mimpi untuk mencuri berbagai-bagai maklumat rahsia dari target mereka. Filem ini dikenali keraba adegan-adegan yang indah dan memukau.
Jika anda pernah menonton filem anime Paprika (2006) karya Satoshi Kon maka pasti anda merasa beberapa adegan mempunyai kesamaan antara dua karya ini. Kedua-dua filem ini memang sama-sama menceritakan tentang alat untuk memanipulasi mimpi. Christopher Nolan penggarap filem Hollywood ini sering disebut mengambil inspirasi dari anime ini.
6. Black Swan (2010) sangat identikal dengan anime Perfect Blue
Filem drama psikologi ditayangkan pada tahun 2010 ini menceritakan tentang beban berat yang perlu dipikul seorang penari yang sedang berada di puncak populariti.
Ramai penonton menganggap filem ini mempunyai sangat banyak persamaan dengan filem animasi Jepun karya Satoshi Kon yang berjudul Pefect Blue (1997).
Produser Darren Aronofsky memang tidak secara terang menyebut tentang inspirasinya ini, namun langkah Darren untuk membeli lesen anime Perfect Blue sebelum membuat filem ini seolah-olah memberikan jawapan sebenar dan untuk menghindari tuduhan kegiatan plagiat dari masyarakat dunia.
Dari artikel ini kita boleh menyimpulkan bahawa kualiti anime tidak boleh dipandang sebelah mata, bermula dari konsep jalan cerita, gimik yang sukar dilupakan hingga watak-watak menarik, semuanya dapat menarik hati para penggiat filem Hollywood.
Filem-filem di atas juga hanya mengambil sedikit inspirasi dan mengembangkan ceritanya sendiri dan hasilnya sangat memuaskan.