Sector 36 adalah filem thriller India yang telah ditayangkan di Netflix pada 13 September 2024 baru-baru ini.
Filem India ini diangkat dari kisah benar pembunuhan kanak-kanak di daerah Noida, Uttar Pradesh, pada tahun 2006. Kes ini pernah menggegerkan India kerana di rumah pembunuh itu iaitu Moninder Singh, dijumpai banyak potongan tubuh badan manusia.
Selain Sector 36, ada beberapa buah filem India lain pada tahun ini yang diadaptasi dari kisah benar. Ada kisah pembunuhan hingga kisah perjuangan mencari keadilan, berikut ini adalah enam filem India 2024 adaptasi kisah benar yang mengejutkan.
1. Bastar: The Naxal Story
Filem India bergenre thriller politik ini dibintangi oleh pelakon muda yang sedang meningkat naik iaitu Adah Sharma. Bastar: The Naxal Story diadaptasi dari pemberontakan kumpulan radikal Naxalite yang terjadi pada tahun 1967. Kumpulan Naxalite ingin menguasai India dan membubarkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan.
Kejadian lain yang menjadi sorotan dalam filem Ini ialah serangan ke atas polis oleh kumpulan Naxalite pada 6 April 2010. Serangan terjadi ketika lebih dari 85 anggota polis sedang melakukan latihan di negara bahagian Chhattisgarh, India. Kejadian ini meragut nyawa 76 anggota polis dan 8 anggota Naxalite.
2. Bhakshak
Filem India bergenre thriller ini dibintangi oleh Bhumi Pednekar sebagai pelakon utama. Bhumi membawa watak sebagai wartawan yang bernama Vaishali yang ingin mengungkap sisi gelap politik di India. Filem ini diangkat dari kes jenayah berat dan pembunuhan kanak-kanak di rumah perlindungan pada tahun 2018. Penjenayah sebenar adalah Brajesh Thakur, pemilik rumah perlindungan yang terletak di daerah Muzaffarpur, India.
Brajesh melakukan jenayah dan serangan seksual pada 34 kanak-kanak perempuan yang salah seorang dari mereka juga telah dibunuh selepas cuba melarikan diri. Oleh kerana Brajesh mempunyai hubungan rapat dengan ahli politik atasan India, siasatan kesnya pernah tertunda. Perkara ini membuatkan Mahkamah Agung dan kerajaan India pada tahun 2018 mendapat kritikan dari rakyat jelata. Selepas siasatan berakhir, Brajesh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
3. Article 370
Pada tahun 1948, kerajaan India memberikan status automomi khas pada wilayah Kashmir dan Jammu yang tertulis dalam frasa 370. Status autonomi khas Kashmir dan Jammu rasmi dilucutkan oleh Mahkamah Agung India pada tahun 2019 dengan tujuan menggabungkan kedua-dua wilayah tersebut ke dalam kerajaan India. Kerajaan India menganggap keputusan mereka akan menyelesaikan konflik di Kashmir dan Jammu yang berlangsung selama bertahun-tahun.
Namun, keputusan mereka membuatkan penduduk Kashmir dan Jammu merasa rugi dari segi ekonomi dan sosial. Perlucutan frasa 370 membuatkan konflik antara kerajaan India dan Kashmir makin memburuk. Rusuhan yang terjadi antara India dan Kashmir menjadi sorotan dalam filem Article 370.
4. Operation Valentine
Operation Valentine diadaptasi dari serangan udara pertama India pada kumpulan pengganas di Pulwama pada bulan Februari 2019. Serangan ini adalah serangan balas atas kematian 40 anggota polis yang dibunuh oleh pengganas. Filem ini fokus pada tentera angkatan udara India yang perlu mempertahankan negara mereka dari musuh.
5. Vedaa
Vedaa diangkat dari kisah benar seorang gadis kasta Dalit yang bernama Vedaa (Sharvari Wagh) yang mendapat layanan buruk dari dari kasta lain. Kasta Dalit merupakan kasta terendah di India yang selalu mendapat layanan buruk dari kasta lain. Kasta Dalit tidak pernah mendapat keadilan atas jenayah dan segala ketidakadilan yang mereka alami kerana polis beranggapan mereka memang layak diseksa.
Vedaa ingin melindungi dirinya dengan belajar tinju bersama Abhimanyu (John Abraham). Kehidupan Vedaa semakin berantakan apabila kedua-dua saudaranya dibunuh oleh kasta lain. Vedaa mendatangi Abhimanyu untuk mencari perlindungan. Abhimanyu berusaha untuk melindungi Vedaa dan mencari keadilan untuknya.
6. Sector 36
Pada tahun 2006, India digemparkan dengan kes kehilangan kanak-kanak yang tinggal di daerah Noida. Selepas siasatan berlangsung, polis menemui banyak potongan badan manusia di rumah Moninder Singh yang dihuni bersama Surinder Koli. Mereka ditetapkan sebagai suspek pembunuhan dan serangan seksual 6 kanak-kanak dan seorang dewasa.
Moninder dan Surinder dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas jenayah yang mereka lakukan. Kes ini membuatkan rakyat India marah kerana keluarga mangsa mengaku diabaikan oleh polis semasa mereka melaporkan kehilangan anak mereka. Filem Sector 36 yang diangkat dari kes pembunuhan di Noida dibintangi oleh Vikrant Massey.
Walau tidak sepopular genre lain, filem India adaptasi kisah benar ini memang hangat dibicarakan oleh warga India. Oleh sebab itu, para pencipta filem India aktif menerbitkan lebih dari lima filem adaptasi kisah benar pada setiap tahun.
Baca lagi: 8 Filem India Ini Membawa Tema Jenayah Rogol di India, Realiti Ngeri Bagi Kaum Wanita
Baca juga: indiaSuka Filem Yang Memerah Otak? Tonton 6 Filem Misteri Pembunuhan India Ini di Netflix