Home Filem/Drama Barat 6 Filem Komedi Barat Mencuit Hati yang Berpeluang Masuk Pencalonan Oscar 2024

6 Filem Komedi Barat Mencuit Hati yang Berpeluang Masuk Pencalonan Oscar 2024

0

Pencalonan Oscar 2024 merupakan salah satu pengumuman yang paling ditunggu-tunggu ketika ini. Filem-filem berkualiti yang ditayangkan pada tahun 2023 menunggu giliran untuk peluang meraih anugerah. Para pengarah filem komedi juga berharap karya mereka boleh masuk ke dalam senarai pencalonan.

Anugerah Oscar sejak dari dulu tidak pernah membezakan pencalonan berdasarkan genre. Filem komedi juga mempunyai peluang sama besar dengan genre drama dna genre-genre lain untuk mendapat pencalonan. Enam filem komedi ini juga mungkin berpeluang untuk masuk ke penalonan Oscar 2024.

 

1. American Fiction

FilemAmerican Fiction menjentik industri hiburan yang kerap menampilkan watak minoriti dari warga kulit hitam dengan stereotip yang sangat mengganggu perasaan. Seorang penulis bernama Monk (Jeffrey Monk) berusaha mengubah keadaan dengan menulis novel untuk melawan pandangan majoriti orang dalam industri. Usaha Monk terbukti sangat sukar kerana dia terjebak dengan stereotip buatannya sendiri. American Fiction sudah tercalon dalam Golden Globes dan Critics Choice yang membuatkan peluang untuk menembusi pencalonan anugerah Oscar sesuatu yang tidak mustahil.

 

2. Barbie

c2320802 4dc1 47ba 949e bbd0ad67dbd9Barbie bukan sekadar menyajikan hiburan tentang liku-liku kehidupan Ken dan Barbie yang melakukan pengembaraan ke dunia nyata. Di sebalik hiburan yang disajikan, Barbie turut mempersoalkan tentang kesan patriarki dan kesukaran wanita dalam memenuhi kehendak sosial. Karya pengarah yang pernah mendapat pencalonan anugerah Oscar biasanya mudah diterima untuk pencalonan anugerah berprestij itu sekali lagi. Greta Gerwig yang sebelum ini sudah mendapat pencalonan diyakini akan membawa Barbie masuk ke pilihan juri anugerah Oscar tahun ini.

 

3. Poor Things

0510f434 b9ae 4403 8b76 5b315aaad705Yorgos Lanthimos bekerja sama dengan pelakon terkenal seperti Emma Stone, Mark Ruffalo, dan Willem Dafoe semasa menggarap Poor Things. Nama-nama besar pelakon yang terlibat ini sudah menjanjikan tempat di pencalonan anugerah Oscar pada tahun depan. Cerita Poor Things juga mempunyai keunikannya yang tersendiri. Bella (Emma Stone) adalah wanita dari masa lalu yang dibangkitkan oleh seorang saintis. Kesempatan hidup kembali digunakan oleh Bella untuk menikmati kebebasan yang sebelum ini tidak pernah dirasakan di kehidupan masa lalu.

 

4. The Holdovers

1a1cba6f 7204 4612 aad0 0535ac353110Paul Hunham (Paul Giamatti) adalah guru sejarah yang terkenal dan sangat menjengkelkan. Sewaktu musim percitian tiba, dia tetap berada di sekolah dan menguruskan empat orang pelajar yang bermasalah. Kesempatan tersebut menghasilkan ikatan yang luar biasa di antara kelima-lima mereka dengan gelagat gila-gila dalam The Holdovers ini. Filem menarik ini dijangkakan mempunyai peluang untuk masuk ke pencalonan anugerah Oscar.

Baca juga: 11 Filem Korea Paling Menarik Untuk Tahun 2023, Jalan Cerita Luar Biasa

5. Are You There God? It’s Me, Margaret.

adac6450 1725 4362 992e c5ad6f1e5ebeUntuk masuk ke pencalonan dalam kategori penulisan skrip atau filem, Are You There God? It’s Me, Margaret. mungkin mempunyai peluang yang agak tipis. Namun, filem ini mungkin mempunyai peluang untuk menghantar Rachel McAdams untuk mendapat pencalonan anugerah dari lakonannya yang luar biasa. Are You There God? It’s Me, Margaret. menawarkan cerita tentang kehidupan seorang gadis yang sedang mengalami akil baligh. Margaret Simon (Abby Ryder Fortson) suka merenung kehidupannya selepas berpindah ke luar bandar dan menjalani kehidupan baru. Pengalaman tersebut mengeratkan hubungan di antara anggota keluarga Margaret yang membantu proses pembesarannya sebagai remaja.

 

6. Next Goal Wins

c937ac4e 8277 4745 8d4d 86a9fdd735fbSelain sibuk menggarap filem-filem Marvel, Taika Waititi masih bekerja dalam genre komedi yang kerap menarik perhatian juri anugerah Oscar. Tahun ini, Taika Waititi mempersembahkan biopik luar biasa melalui Next Goal Wins. Biopik ini diangkat dari kisah Thomas Rongen yang berusaha membawa pasukan seperti Samoa sampai ke kelayakan Piala Dunia 2014. Sangat menarik!

Pengarah berkualiti pasti dapat menghasilkan filem komedi yang genius dan dipenuhi gelak tawa juga pengajaran dalam kehidupan. Bukan hanya penonton biasa, juri anugerah Oscar juga mampu terpukau dengan karya-karya hebat begini. Kita tunggu sahaja pengumuman pencalonan Oscar 2024 yang akan diadakan pada 23 Januari 2024 akan datang ya!

Baca lagi: 10 Siri Komedi Barat Terbaik 2023 yang Menghiburkan
Baca juga: 10 Drama Korea Adaptasi dari Siri Barat Terbaik yang Wajib Ditonton