Home Entertainment 6 Filem Seram Asia Netflix, Menarik dan Penuh Misteri

6 Filem Seram Asia Netflix, Menarik dan Penuh Misteri

0

Filem Netflix merangkumi bermacam genre. Terdapat genre drama, jenayah, romantik, komedi, hingga genre seram. Filem-filem ini juga berasal dari berbagai-bagai belahan dunia, termasuk Asia.

Jika anda salah seorang peminat filem mencengkam yang penuh dengan babak gangguan yang menghantui, berikut ini ada lima buah filem seram Asia Netflix. Semuanya sudah tayang, jadi anda kamu tonton secara streaming di Netflix!

1. Incantation (2022)

71ea8e88 d0e0 4af4 9bc3 15d7a5620bd9

Incantation merupakan filem seram Taiwan yang diarahkan dan ditulis oleh Kevin Ko. Filem ini menggunakan teknik found footage dan menggabungkan unsur seram tradisional dengan elemen seran moden. Kisahnya diinspirasikan dari peristiwa sebenar sebuah keluarga penganut ajaran sesat di Kaohsiung, Taiwan.

Incantation menceritakan tentang Li Ronan, seorang ibu yang berusaha melindungi anak perempuannya dari sumpahan. Enam tahun yang lalu, Li Ronan melanggar pantang larang dan adat kepercayaan, dan sejak saat itu dia disumpah. Sumpahan tersebut membuatkan anak perempuannya, Dodo, menderita berbagai macam penyakit. Ronan berusaha mencari cara untuk membebaskan Dodo dari sumpahan, tetapi semakin dia berusaha, sumpahan itu semakin kuat.

 

2. Ghost Stories (2020)

d95a1ebb 2d65 44f9 8666 935fa7b340a3

Seterusnya adalah filem seran Asia yang setersunya datang dari nwgara India. Filem antologi seram India ini terdiri dari empat segmen pendek. Masing-masing diarahkan oleh Anurag Kashyap, Zoya Akhtar, Dibakar Banerjee, dan Karan Johar. Segmen pertama menceritakan seorang juru rawat hospital yang merawat seorang perempuan tua yang sedang nazak. Di tengah malam, dia mula mengalami fenomena aneh dan tida dijangka yang mengarah kepada detik-detik menegangkan.

Segmen kedua mengikuti kehidupan seorang perempuan hamil yang paranoid. Lambat laun dia mula berhalusinasi dan tidak dapat membezakan mana yang nyata dan yang mana hanya mimpi. Sumpahan dari masa lalu datang menghancurkannya. Segmen ketiga mengisahkan tentang seorang lelaki yang baru sahaja tiba di sebuah kota kecil. Tetapi dia mendapati kota itu kosong, kecuali seorang lelaki dan wanita misteri yang ada di situ.

Segmen terakhir menceritakan tentang seorang wanita muda yang memiliki kehidupan bahagia setelah berkahwin, tetapi kemudian dia mengalami kehilangan dan berhadapan dengan kengerian yang mencengkam. Setiap segmen Ghost Stories menampilkan atmosfera yang gelap dan jalinan naratif yang unik untuk mengeksplorasi rasa takut dalam cara yang berbeza. Filem ini mengambil tema seperti kematian, kehilangan, dan obsesi.

 

3. Re/Member (2022)

d4bee4a5 734b 4d8d b198 cb8ee32ddadb

Re/Member merupakan filem seram Jepun garapan pengarah Eiichiro Hasumi. Filem ini menceritakan tentang enam orang pelajar sekolah menengah yang terjebak dalam lingkaran waktu pembunuhan. Setiap kali mereka bangun, mereka dibunuh lagi oleh pembunuh bertopeng.

Untuk keluar dari lingkaran waktu tersebut, mereka perlu mencari potongan-potongan tubuh yang tercicir di tempat tertentu. Tubuh itu milik seorang gadis yang mati dibunuh. Enam pelajar itu lalu bekerja sama secepat mungkin untuk mencari potongan tubuh tersebut atau mereka sendiri yang akan menjadi mangsa.

 

4. Aurora (2018)

f5bd9cb9 14f7 49c8 93ed 641ccbac52a4

Filem thriller seram Filipina ini diarahkan oleh Yam Laranas. Menceritakan tentang pemilik sebuah penginapan di sebuah pulau kecil, Leana dan adiknya. Suatu hari, mereka menemui kapal yang terdampar akibat kemalangan yang dahsyat.

Leana turut sama dalam pencarian orang-orang yang hilang dari kapal tersebut. Seiring berjalannya waktu, Leana mula menyedari bahawa ada sesuatu yang pelik dan mencurigakan dengan kapal tersebut. Rahsia mengerikan tersembunyi dalam gelapnya lautan, dan Leana harus menyiasat kebenaran yang mengerikan di sebalik kecelakaan kapal itu.

 

5. The Whole Truth (2021)

Netflix

Filem seram misteri Thailand ini diarahkan oleh Wisit Sasanatieng. Ceritanya tentang dua saudara, Pim dan Putt yang tinggal bersama ibu mereka, Mai. Suatu hari, Mai mengalami kemalangan jalan raya. Pim dan Putt kemudian dibawa oleh datuk dan nenek mereka, Pong dan Wan.

Di rumah Pong dan Wan, Pim dan Putt menemui lubang misteri di dinding. Lubang itu perlahan-lahan mula mengungkapkan rahsia keluarga mereka yang mengerikan. Ternyata, Pong dan Wan memiliki masa lalu yang kelam. Pim dan Putt kemudian berusaha untuk mengungkap kebenaran tentang masa lalu tersebut.

 

6. Feng Shui (2004)

IMG 8541

Sebuah filem seram misteri mistik dari Filippina. Mengisahkan tentang sebuah Cermin Bagua yang dimiliki oleh roh seorang wanita dari China yang mati kerana terbakar. Dan sesiapa sahaja yang memiliki Cermin Bagua ini akan mendapat keberuntungan dan tuah yang melimpah-ruah namun ia juga mendatangkan malapetaka kepada sesiapa sahaja yang terpandang cermin tersebut.

6 buah filem seram Asia yang tersenarai di atas boleh ditonton eksklusif di Netflix. Dari Taiwan, India, Jepun, Filipina, hingga Thailand, semuanya ada! Cerita juga ada bermacam jenis, ada sumpahan hingga terjebak dalam lingkaran waktu pembunuhan. Jangan lupa menonton semua ini di Netflix ya!

Baca lagi: 4 Filem Original Netflix Pada Ogos Ini, Pelbagai Genre
Baca juga: 4 Filem Baharu Menarik di Netflix pada Ogos 2023