Festival dan taman hiburan seperti fun fair, pasar malam, teman tema sepatutnya menjadi tempat yang penuh dengan tawa dan kegembiraan.
Namun, apabila lampu terpadam, suasana berubah menjadi kesunyian yang mencengkam jiwa. Tawa berubah menjadi jeritan dan kebahagiaan bertukar menjadi ketakutan.
Terdapat beberapa buah filem seram yang berlatarkan festival dan taman hiburan yang menarik. Kisah dalam filem-filem seram ini akan membuat anda berfikir dua kali sebelum mengunjungi taman hiburan seterusnya.
1. House of 1000 Corpses (2003)
Tayang secara perdana pada 11 April 2003, House of 1000 Corpses (2003) diarahkan dan ditulis oleh Rob Zombie. Filem ini juga diinspirasikan dari filem seram 1970-an, seperti The Texas Chain Saw Massacre (1974) dan The Hills Have Eyes (1977).
Filem ini menceritakan tentang sekumpulan remaja yang mencari bahan untuk buku tentang legenda karnival (taman hiburan) setempat yang mereka tulis. Di tengah-tengah perjalanan, mereka bertemu dengan pemilik The Museum of Monsters & Madmen yang menjadi permulaan segala malapetaka.
2. The Funhouse Massacre (2015)
Diarahkan oleh pengarah ternama, Andy Palmer, filem seram slasher ini berdurasi 1 jam 30 minit. Ditayangkan pada 13 November 2015, The Funhouse Massacre (2015) dibintangi oleh Robert Englund, Scottie Thompson, dan Clint Howard.
Menceritakan tentang pembunuhan beramai-ramai yang terjadi di Land of Illusions Haunted Scream Park, sebuah taman hiburan lokal di Iowa. Di akhir filem, terungkap bahawa enam orang pesakit dari hospital mental yang sebelum ini melarikan diri adalah dalang pembunuhan kejam tersebut.
3. Hell Fest (2018)
Boleh ditonton di Netflix, Hell Fest (2018) ditayangkan pada 12 Januari 2019. Filem yang diarahkan oleh Gregory Plotkin ini berdurasi 1 jam 30 minit. Dibintangi oleh pelakon-pelakon ternama seperti Christian James, Amy Forsyth dan Roby Attal.
Kisah filem ini bermula dari gadis bernama Natalie (Amy Forsyth) bersama kawan-kawannya yang mengunjungi pasar malam. Siapa sangka, di sana mereka berdepan dengan pembunuh bersiri bertopeng yang mengganggu mereka sepanjang malam.
4. Haunt (2019)
Merupakan salah sebuah filem seram garapan Scott Beck dan Bryan Woods, Haunt (2019) adalah filem Amerika Syarikat yang ditayangkan secara perdana pada 13 September 2019. Bergenre seram slasher, filem ini berdurasi selama 1 jam 32 minit.
Haunt (2019) mengangkat kisah sekumpulan remaja yang berkunjung ke sebuah rumah hantu. Di sana, mereka terpisah semasa melalui lorong yang membingungkan. Secara tiba-tiba, pembunuh bersiri bertopeng muncul dan membunuh mereka seorang demi seorang.
5. Us (2019)
Tayang secara perdana pada 20 September 2019, Us diarahkan oleh Jordan Peele. Dengan durasi sepanjang 2 jam 1 minit, Us (2019) adalah filem yang berasal dari Amerika bergenre psikologi seram yang dibintangi oleh Lupita Nyong’o, Winston Duke, Dan Evan Alex.
Bermula dari keluarga Adelaide yang mengalami gangguan mengerikan dari makhluk yang menyerupai mereka. Gangguan tersebut bermula dari masa lalu Adelaide Wilson (Lupita Nyong’o) yang berjumpa dengan sosok makhluk tersebut di laluan kaca sebuah taman hiburan.
6. Willy’s Wonderland (2021)
Diarahkan oleh Kevin Lewis, Willy’s Wonderland (2021) ditayangkan pada 19 Mac 2021. Bergenre seram komedi, filem ini berdurasi 1 jam 29 minit. Menampilkan pelakon popular, filem ini dibintangi oleh Nicolas Cage, Emily Tosta, Beth Grant, dan Ric Reitz.
Willy’s Wonderland (2021) menceritakan tentang pemuda yang terdampar di bandar kecil kerana keretanya rosak. Kehabisan wang, dia bersetuju bermalam untuk membersihkan sebuah pusat hiburan keluarga. Tanpa diketahui, satu tragedi dahsyat menantinya.
Taman hiburan yang sepatutnya menjadi tempat yang menyeronokkan juga boleh menjadi sebuah tempat menyeramkan bagi anda. Pastinya filem-filem seram di atas bakal membuatkan anda merasa ngeri.