Jika anda sedang dalam mood untuk menonton filem-filem seram dengan adegan-adegan jump scare yang boleh buat jantung berdebar dan meletup-letup, mungkin juga ingin menonton beberapa filem entiti supernatural, jom sama-sama baca artikel ini.
Kita akan senaraikan beberapa filem paling seram dan menakutkan yang terdapat dalam platform striming Netflix. Senarai-senarai filem seram ini adalah dari filem lama seperti I Know What You Did Last Summer sehingga filem seram kisah-kisah gothic seperti Crimson Peak.
Sememangnya banyak dengan genre seram disajikan di Netflix, tetapi senarai yang akan kita kongsi ini adalah antara filem seram yang pasti memberi kepuasan kepada para penonton.
Berikut merupakan senarai beberapa filem paling seram dan menarik yang terdapat di Netflix untuk tontonan sepanjang tahun 2023:
1) THE CONJURING
Jika menonton The Conjuring mesti rasa sangat terganggu selepas habis sahaja tontonan. The Conjuring adalah filem seram tahun 2013 dari Amerika. Filem ini diarahkan oleh James Wan. Filem ini, yang dibintangi Vera Farmiga dan Patrick Wilson sebagai Ed dan Lorraine Warren, adalah berdasarkan kisah benar. Filem ini mengisahkan tentang penyiasatan paranormal untuk membantu keluarga Perron (Ron Livingston dan Lili Taylor), yang mengalami peristiwa-peristiwa mistik di rumah mereka di Harrisville, Rhode Island, pada tahun 1971. The Conjuring ditayangkan di Amerika Syarikat dan Kanada pada 19 Julai 2013, dan di United Kingdom dan India pada 2 Ogos 2013.
2) THE BOY
The Boy merupakan bergenre seram, misteri dan thriller yang mengisahkan tentang seorang pengasuh wanita yang bekerja sebagai pengasuh sebuah patung porselin yang diberi nama Brahms. Pada setiap kejadian mistik yang dialaminya, wanita ini percaya bahawa Brahms adalah patung bernyawa.
Filem produksi Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada tahun 2016 ini adalah arahan sutradara William Brent Bell dan ditulis oleh Stacey Menear. Filem The Boy dibintangi oleh Lauren Cohan, Rupert Evans, James Russell, Jim Norton, Diana Hardcastle, Ben Robson, dan Jett Klyne.
3) THINGS HEARD AND SEEN
Filem Things Heard and Seen merupakan adaptasi dari sebuah buku karya Elizabeth Brundage yang berjudul All Things Cease to Appear. Filem ini diarahkan oleh Shari Springer
Berman dan Robert Pulcini, yang pernah meraih pencalonan OSCAR untuk filem American Splendor pada tahun 2003.
Filem Things Heard & Seen berlatarkan tahun 1980-an. Filem ini adalah kisah tentang perpindahan pasangan muda George (James Norton) dan Catherine (Amanda Seyfried) bersama anak mereka, Franny, dari Manhattan ke rumah baru mereka di kawasan Chosen, New York. Kehidupan yang awalnya berjalan lancar perlahan-lahan berubah menyeramkan. Catherine mula merasai gangguan di rumah barunya yang menyeramkan.
Semakin hari, gangguan-gangguan ghaib semakin menguasai rumah tersebut. Rupa-rupanya rumah baru mereka menyimpan sejarah tentang sebuah pembunuhan. Catherine menjadi satu-satunya penghuni rumah yang sering melihat dan mendengar perkara-perkara yang seharusnya tidak ada dan penuh mistik.
4) IT
It atau judul kemudiannya It: Chapter One merupakan filem seram Amerika Syarikat 2017 arahan Andy Muschietti, berdasarkan novel berjudul sama karya Stephen King melalui lakon layar nukilan Chase Palmer, Cary Fukunaga dan Gary Dauberman.
Kisah filem ini bermula apabila seorang remaja bernama Bill Denbrough (Jaeden Lieberher) kehilangan adiknya, Georgie (Jackson Robert Scott). Filem ini ternyata seram dengan tarikan utamanya iaitu seorang badut bernama Pennywise yang menganggap dirinya sebagai “Pennywise The Dancing Clown”. Kehilangan kanak-kanak secara misteri membuatkan kita tidak senang duduk sewaktu menonton filem ini.
5) CRIMSON PEAK
Crimson Peak adalah film drama fantasi seram Amerika Syarikat tahun 2017 yang diarahkan oleh Guillermo del Toro dan turut dikeluarkan oleh Guillermo del Toro, Callum Greene, Jon Jashni dan Thomas Tull. Naskah filem ini ditulis oleh Guillermo del Toro dan Matthew Robbins. Filem ini dibintangi oleh Mia Wasikowska, Tom Hiddleston, Jessica Chastain dan Charlie Hunnam.
Crimson Peak adalah kisah mengenai Edith Cushing (Mia Wasikowska) yang berkahwin dengan Sir Thomas Sharpe (Tom Hiddleston) dan berkenalan dengan adik iparnya, Lucille (Jessica Chastain). Mereka berpindah dari New York ke rumah keluarga Sharpe di Crimson Peak. Edith merasa curiga dengan rumah tersebut dan dia mengingat peringatan dari roh ibunya untuk berhati-hati dengan rumah tersebut ketika dia masih kecil. Edith mulai merasa ketakutan di rumah tersebut dan semakin lama, dia mulai menyelidiki tentang misteri hantu di rumah tersebut serta latar belakang keluarga Sharpe.
6) I KNOW WHAT YOU DID LAST SUMMER
Filem I Know What You Did Last Summer merupakan adaptasi dari sebuah novel karya Lois Duncan di tahun 1973 dengan judul yang sama. Selain itu, karakter pembunuh dalam filem ini juga mengambil inspirasi dari figura urban legend yang dikenal dengan nama Hook, filem ini sendiri banyak mengambil idea filem-filem bertemakan slasher klasik di tahun 1980an seperti Prom Night (1980), dan The House on Sorority Row (1982).
I Know What You Did Last Summer menjadi salah satu filem pembunuhan yang cukup popular pada tahun keluarannya iaitu pada 1997. Pada waktu itu, filem ini menerima kutipan sebanyak 125 juta dollar di seluruh dunia, dan menjadi box office nombor 1 dalam carta Amerika Syarikat selama tiga minggu berturut-turut.
Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah terbunuh seseorang. Mereka yang ketakutan telah membuat keputusan untuk menyembunyikan mayat tersebut. Setahun selepas itu mereka mula diganggu oleh mesej-mesej ugutan. Ternyata ada orang sudah mengetahui tentang rahsia mereka dan sejak hari itu hidup mereka terus diburu penyeksaan dan ketakutan.
Baca Lagi: Trial By Fire Di Netflix Berdasarkan Kisah Sebenar Tragedi Kebakaran Pawagam Uphaar
Baca Juga: 34 Rancangan Terbaru Di Netflix Pada Mac 2023