Hollywood sebagai pusat industri filem sering mencari inspirasi dari negara-negara lain untuk membuat filem remake yang menarik bagi penonton. Salah satu negara yang sering menjadi rujukan adalah Jepun, lebih-lebih lagi untuk genre seram.
Hollywood sering kali mengadaptasi filem seram Jepun yang kemudian diubah sesuai dengan selera dan budaya penonton barat.
Walaupun ada antara filem remake yang tidak dapat menandingi filem asalnya, keenam-enam filem seram Hollywood yang merupakan remake dari Jepun berikut ini wajib ditonton.
1. The Ring (2002)
The Ring merupakan remake dari filem Jepun yang berjudul Ringu (1998) yang diarahkan oleh Hideo Nakata. Mengisahkan tentang video sumpahan yang dapat membunuh penontonnya dalam tujuh hari. Seorang jurnalis bernama Rachel (Naomi Watts) berusaha untuk mengungkap misteri di sebalik video tersebut sekaligus menyelamatkan nyawanya.
Walaupun plot cerita pada dasarnya sama, terdapat beberapa perbezaan diantara kedua-dua versi. Perbezaan utama terletak pada pengembangan karakter dan atmosfera yang berbeza. Versi Hollywood lebih fokus pada ketegangan dan kesan visual, sedangkan versi Jepun lebih menekankan ketakutan psikologi dan suasana yang mencengkam.
2. The Grudge (2004)
Ju-on: The Grudge (2002) yang diarahkan oleh Takashi Shimizu dibuat versi Hollywood yang ditayangkan pada tahun 2004. Kedua-duanya memiliki plot yang sama iaitu mengisahkan tentang sumpahan rumah yang menghantui siapa pun yang memasukinya. Penampakan hantu berambut hitam panjang, Kayako, menjadi perkara yang cukup ikonik dari filem ini.
Terdapat beberapa perbezaan antara versi Hollywood dan Jepun. Filem asal cenderung berusaha membangunkam atmosfera menyeramkan, sedangkan versi remake lebih kepada adegan jump scare. Selain itu, terdapat perbezaan dalam pengenalan dan pengembangan karakter. Ju-on dianggap lebih misteri sehingga membuat penonton ketakutan.
3. Dark Water (2005)
Dark Water menceritakan tentang ibu tunggal bersama anak perempuannya yang pindah ke sebuah apartment yang nampak biasa dan normal sahaja. Namun, seiring berjalannya waktu, ibu ini mula mengalami kejadian-kejadian aneh dan gangguan yang berkaitan dengan kewujudan air misteri di apartment itu. Filem psikologi seram ini berusaha menggali emosi dari hubungan antara ibu dan anak.
Ini merupakan remake dari filem Jepun yang berjudul Honogurai Mizu no soko kara (2002). Walaupun jalan cerita dasarnya sama, versi Hollywood lebih mengarah pada aspek psikologi dan drama keluarga. Sementara itu, versi asal lebih menekankan pada misteri air yang muncul di apartment yang ditambah nuansa Jepun yang khas.
4. One Missed Call (2008)
Filem seram ini mengisahkan tentang pesanan suara yang mengerikan yang merakam detik-detik kematian seseorang di masa depan. Orang yang mendapat pesanan suara tersebut akan meninggal dunia secara misteri selepas itu. Setiap watak yang mendapat pesanan suara berusaha mencari cara untuk menghindari nasib tragik tersebut.
One Missed Call merupakan adaptasi dari filem Jepun dengan judul Chakushin Ari yang ditayangkan pada tahun 2003. Tidak banyak perbezaan antara versi asal dan remake Hollywood. Dalam filem ini, penonton akan merasakan atmosfera tegang yang dibangunkam melalui adegan-adegan seram yang mencengkam.
5. Apartment 1303 3D (2012)
Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Janet (Julianne Michelle) yang pindah ke apartment baru di tingkat 13. Namun, dia menyedari bahawa apartment tersebut berhantu dan telah menjadi tempat terjadinya berbagai tragedi mengerikan di masa lalu. Janet cuba menyiasat dan mencari tahu rahsia di sebalik kengerian apartment itu.
Pengalaman supernatural yang dialami oleh Janet ternyata melibatkan ibu dan adik perempuannya yang telah meninggal dunia dalam keadaan yang mencurigakan. Filem seram adaptasi Jepun ini menampilkan suasana yang mencengkam dan beberapa adegan jump scare yang cukup berjaya membuat penonton ketakutan.
6. Pulse (2006)
Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang menemui bahawa dunia nyata dan dunia roh dapat dihubungkan melalui teknologi moden seperti internet dan telefon bimbit. Mereka berusaha menyiasat fenomena ini dan cuba melawan kekuatan gelap yang mengancam kehidupan mereka.
Pulse merupakan remake dari filem Jepun yang berjudul Kairo yang dilancarkan pada tahun 2001. Perbezaan utama antara kedua-duanya terletak pada pembaruan teknologi yang digunakan dalam cerita. Versi remake lebih menekankan penggunaan internet dan teknologi moden sebagai media transmisi kekuatan kejahatan.
Banyak filem Jepun yang diadaptasi oleh Hollywood kerana memiliki cerita yang menarik dan menghiburkan. Walaupun begitu biasanya masih terdapat perbezaan antara kedua-dua versi filem. Anda lebih menyukai filem seram dari versi asal atau yang sudah dibuat semula (remake)?