Home Movie 6 Filem Seram Mistik tentang Pengembaraan Roh

6 Filem Seram Mistik tentang Pengembaraan Roh

0

Pengembaraan roh atau unjuran astral adalah keadaan dimana keluarnya roh atau jiwa seseorang dari tubuh badan mereka.

Ketika mengalami pengembaraan roh, seseorang dapat merasakan roh keluar dari tubuhnya dengan sangat jelas. Sering dikaitkan dengan perkara-perkara berbau mistik, fenomena pengembaraan roh ternyata dapat dijelaskan secara ilmiah ataupun saintifik.

Melihat peluang tersebut banyak para pencipta filem yang menjadikan tema pengembaraan roh sebagai idea tunjang untuk filem-filem seram mistik mereka.

Berikut dibawah ini adalah beberapa filem seram mistik tentang pengembaraan roh yang menarik untuk anda tonton!

 

1. The Nightmare (2015)

Filem seramBerdasarkan kisah benar, The Nightmare (2015) merupakan filem dokumentari dari Amerika Syarikat yang ditayangkan pada 26 Januari 2015. Diarahkan oleh Rodney Ascher, filem berdurasi 1 jam 30 minit ini dibintangi oleh Siegfried Peters, Steven Yvette dan Yatoya Toy.

The Nightmare mendokumentasikan pengalaman pengembaraan roh 8 orang individu yang ditemu ramah secara langsung oleh Ascher selaku pengarah. Selain menjadi ilustrasi dari pengalaman pengembaraan roh, filem ini juga menyertakan penjelasan logik dari sudut pandangan saintifik.

Lihat juga: Filem Seram Mistik “EXHUMA” Tampilkan Lee Do Hyun dan Kim Go Eun Sebagai Bomoh, Tayang Februari 2024

2. Mata Batin (2017)

8ce644ef e3a1 4232 ac16 3b0ffda7c49eDiarahkan oleh Rocky Soraya, filem seram mistik berdurasi 1 jam 47 minit ini ditayangkan pada 30 November 2017. Mata Batin (2017) dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal dari seberang seperti Jessica Mila, Denny Sumargo, dan Epy Kusnandar. Mata Batin (2017) dimulakan dengan Alia (Jessica Mila), dan adiknya, Abel (Bianca Hello), yang memutuskan untuk berpindah ke rumah zaman kecil mereka selepas ditinggalkan oleh kedua-dua ibu bapa mereka. Selepas tinggal di rumah tersebut, Abel dan Alia mengalami pengalaman dan kejadian yang aneh.

 

3. Astral (2018)

5b60d389 3415 45b1 9ec6 4ef134c4f06cDitayangkan secara perdana pada 13 Oktober 2018, filem seram mistik Astral (2018) berdurasi 1 jam 28 minit. Filem dari England ini diarahkan oleh Christos Kardana dan Chris Mul, serta dibintangi oleh Frank Dillane, Trevor White, Darwin Shaw dan Vanessa Grasse. Astral dimulakan dengan Alex Harmann (Frank Dillane), remaja yang berhenti belajar dan hidup sendirian selepas pemergian ibunya, Alyssa Hodge (Vanessa Grasse). Kejadian menjadi semakin buruk selepas Alex menghubungi Alyssa dengan cara pengembaraan roh.

Baca lagi: Pernah Tonton Drama Seram Thailand? 10 Drama Thai Ini Mungkin Menarik Minat Anda

4. Mara (2018)

144ce42c 4f50 4496 b7b9 84aeba7cd939Diarahkan oleh Clive Tonge, filem seram mistik Mara (2018) ditayangkan secara perdana pada 3 November 2018. Mara adalah filem seram psikologi dari Amerika Syarikat. Filem berdurasi 1 jam 38 minit ini dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Olga Kurylenko dan Craig Conway.

Mara (2018) menceritakan tentang pengalaman seorang pakar psikologi jenayah bernama Kate Fuller (Olga Kurylenko). Semasa menyiasat kematian misteri seorang lelaki, Kate berhadapan dengan iblis pembunuh yang mengganggu manusia ketika mereka tidur.

 

5. Doctor Sleep (2019)

543bbe73 86f7 4e6e 99a0 9b0ea288e8ddDiadaptasi dari novel keluaran 2013 karya Stephen King berjudul sama, Doctor Sleep (2019) ditayangkan pada 30 Oktober 2019. Dengan durasi 2 jam 31 minit, filem ini dibintangi oleh Ewan McGregor, Rebecca Ferguson, dan Kyliegh Curran.

Doctor Sleep menceritakan tentang perjalanan Danny Torrance (Ewan McGregor), seorang kaki botol yang trauma akibat masa kecilnya yang sangat gelap. Suatu hari, dia bertemu dengan Abra (Kyliegh Curran) yang memiliki kuasa istimewa. Bersama-sama mereka melawan trauma Danny.

 

6. Insidious: The Red Door (2023)

Filem seram mistikDiarahkan oleh pengarah dan pelakon Amerika Syarikat, Patrick Wilson, filem seram mistik ini tayang perdana pada 5 Julai 2023. Filem berdurasi 1 jam 47 minit ini merupakan sambungan dari filem legenda Insidious yang ditayangkan pada tahun 2010.

Insidious: The Red Door bermula dari Dalton Lambert (Ty Simpkins), remaja yang berpindah ke asrama baru untuk menyambung pelajaran. Siapa sangka, di sini Dalton dihantui dengan iblis yang dulu pernah mengganggunya. Bukan hanya itu, Ayah Dalton, Josh Lambert (Patrick Wilson), juga merasakan kesannya.

Fenomena pengembaraan roh memang menjadi pengalaman yang mengerikan dan tidak dapat dilupakan bagi mereka yang pernah mengalaminya. Filem-filem seram mistik di atas dapat memberikan anda gambaran tentang fenomena ini. Jangan lupa untuk cari dan menonton ya!

Baca lagi: 8 Pilihan Drama dan Filem Korea Popular Tentang Pertukaran Tubuh Badan dan Roh
Baca juga: 11 Filem Seram dari Barat yang Mencengkam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here