Home News 6 Filem Tabu di Netflix, Terbaru Khufiya

6 Filem Tabu di Netflix, Terbaru Khufiya

0

Antara banyak filem India yang tayang di Netflix pada bulan Oktober ini, yang sedang hangat dibicarakan oleh para peminat Bollywood adalah Khufiya.

Filem Khufiya yang diarahkan oleh Vishal Bhardwaj menampilkan Tabu sebagai bintang utama. Watak yang Tabu bawa dalam filem Khufiya adalah seorang ejen rahsia yang ditugaskan untuk mengintip salah seorang rakan sekerja yang dituduh sebagai pengkhianat.

4ef3ef1d ef89 482c aaa8 0c90cdc96d1e IMG 9724 IMG 9723

Termasuk filem Khufiya, enam filem Tabu berikut ini boleh anda tonton di Netflix.

 

1. Haider (2014)

2229de95 f37c 4d21 b029 ae52fd2eb7cdHaider mengambil latar 1995 sewaktu konflik terjadi di daerah Kashmir. Filem ini merupakan versi moden bagi karya William Shakespeare yang bertajuk Hamlet. Tabu membawa watak sebagai ibu Shahid Kapoor yang terlibat dalam hubungan dengan saudara iparnya selepas suaminya menghilang. Perkara itu memancing amarah anaknya yang terlibat dengan konflik politik kerana dia berusaha bersungguh-sungguh mencari ayahnya.

 

2. Drishyam (2015)

cba91b0b b5dc 4099 a43e 21398eba8e70Drishyam merupakan remake filem Malayalam bertajuk sama yang ditayangkan pada tahun 2013. Ajay Devgan membawa watak sebagai watak utama bernama Vijay. Dia berusaha melindungi keluarganya dengan cara menutup kes pembunuhan seorang anak polis. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh Vijay untuk memperdayakan pihak polis supaya polis tidak menemui bukti tentang pembunuhan yang sedang disembunyikannya. Inspektor Meera (Tabu) menugaskan pegawai polis terbaik untuk mencari anaknya yang hilang.

 

3. Fitoor (2016)

99e0a95d acb6 4a5f bb7b 53d1e63f8b2aKatrina Kaif dipasangkan dengan Aditya Roy Kapur dalam filem adaptasi novel karya Charles Dickens, iaitu Fitoor. Firdaus (Katrina Kaif) adalah anak Begum Hazrat (Tabu) yang terkenal sebagai orang kaya. Suatu hari, Begum Hazrat menggaji Noor (Aditya Roy Kapur) di rumahnya sebagai pembantu. Seiring berjalannya waktu, Firdaus berkawan rapat dengan Noor. Perkara itu membuat Begum Hazrat tidak senang duduk hingga menghantar anaknya ke asrama.

 

4. Andhadhun (2018)

e6ace368 67cc 4bfb 8279 9d60b6bdd12bTabu membuktikan kemampuannya sebagai salah seorang pelakon terbaik Bollywood dengan membawa watak antagonis dalam filem Andhadhun. Filem Kara Sriram Raghavan ini menceritakan tentang seorang pemain piano bernama Akash (Ayushmann Khurrana) yang berpura-pura menjadi buta. Tanpa disangka, Akash menjadi saksi dalam kes pembunuhan sewaktu dia diundang untuk bermain piano di apartment seorang pelakon senior.

 

5. Bhool Bhulaiyaa 2 (2022)

6edbb670 19e5 4f6b 8939 f2fc5572ca62Selepas filem pertama berjaya pada tahun 2007, Bhool Bhulaiyaa melancarkan sekuel yang menampilkan pelakon baru pada tahun 2022. Masih mengusung genre komedi seram, Bhool Bhulaiyaa 2 mengikuti kisah Ruhaan (Kartik Aaryan) yang berpura-pura menjadi kekasih Reet (Kiara Advani). Namun, dia perlu berurusan dengan hantu Manjulika (Tabu) yang sudah mengganggu kampung tempat tinggal Reet sejak berbelas tahun lagi.

 

6. Khufiya (2023)

TabuBaru ditayangkan di Netflix sejak 6 Oktober lalu, filem Khufiya sudah menarik perhatian para peminat filem India. Filem ini mengangkat tema perisik dengan bibit romantik yang jarang digunakan oleh Bollywood. Tabu tampil sebagai ejen rahsia yang ditugaskan untuk mengintip rakan sekerjanya yang disyaki adalah seorang pembelot. Selain itu, Krishna (Tabu) juga perlu berurusan dengan kehidupan peribadinya sangat rumit.

Tabu menunjukkan kemampuannya sebagai pelakon Bollywood yang memang sangat pakar dalam genre thriller melalui filem Khufiya yang tayang di Netflix. Selain Khufiya, senarai filem Tabu di atas juga tidak kurang hebatnya untuk ditonton.

Baca lagi: 10 Senarai Filem Tentang Palestin di Netflix, Banyak Adaptasi Kisah Sebenar
Baca juga: 7 Cadangan Filem Seram Psikologikal Netflix, Suram dan Mencemaskan