Home Movie Barat 6 Filem Thriller Barat Terbaik Ini Diadaptasi dari Novel Terkenal, Penuh Misteri...

6 Filem Thriller Barat Terbaik Ini Diadaptasi dari Novel Terkenal, Penuh Misteri dan Kejutan

0

Sudah banyak filem layar perak yang diangkat dari novel-novel terkenal. Tidak hairanlah jika novel-novel popular ini sudah meletup di pasaran apabila diangkat menjadi filem, versi filem juga sangat laris kerana sudah mempunyai peminat tersendiri.

Tapi, ada juga beberapa buah novel yang apabila diangkat menjadi filem ternyata versi filem adalah lebih bagus, begitu juga sebaliknya.

Berikut dibawah ini adalah beberapa buah filem thriller terbaik yang sangat berjaya dan diangkat dari novel-novel terkenal. Memaparkan kisah yang penuh misteri dan penuh kejutan!

 

1. No Exit (2022)

Filem yang digarap oleh Damien Power ini ditayangkan pada 25 Februari 2022 di platform Hulu. Filem ini diangkat dari novel berjudul sama karya Taylor Adams yang diterbitkan pada tahun 2007.

Filem thriller

Menceritakan tentang Darby (Havana Rose Liu) yang tinggal di pusat rehabilitasi. Suatu hari, dia mendapat berita bahawa ibunya berada di hospital. Tidak berfikir panjang, Darby pergi ke bandar di mana ibunya berada di tengah-tengah malam yang diselimuti badai salju.

Lihat juga: Filem Thriller “Hijacking” Mengikuti Detik-Detik Cemas Rampasan Kapal Terbang, Berdasarkan Peristiwa Sebenar

2. Gone Girl (2014)

Diadaptasi dari novel karya Gillian Flynn, Gone Girl menampilkan Ben Affleck dan Rosamund Pike sebagai pelakon utama. Gillian Flynn juga turut sama terlibat dalam pembikinan filem ini sebagai penulis skrip.

Mengisahkan tentang Nick Dunne (Ben Affleck), bekas wartawan yang berkahwin dengan seorang penulis terkenal, Amy Dunne (Rosamund Pike). Awalnya perkahwinan mereka berjalan dengan normal seperti pasangan lain, tetapi konflik muncul selepas Amy hilang secara tiba-tiba di hari ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.

 

3. Before I Go To Sleep (2014)

Filem adaptasi novel karya SJ Watson ini memiliki jalan cerita yang sangat unik, tentang seorang wanita separuh usia yang bernama Christine (Nicole Kidman) yang terbangun di tempat tidur bersama seorang lelaki asing. Lelaki itu memperkenalkan diri sebagai Ben (Colin Firth), suami Christine.

IMG 1394

Christine yang mengalami amnesia akibat kemalangan beberapa tahun sebelum itu tidak dapat mengingati apa-apa tentang perkahwinannya. Ben cuba membantu ingatan isterinya supaya pulih seperti sedia kala, tapi dia menunjukkan perilaku yang aneh.

Baca juga: Tonton 12 Episod Penuh The Whirlwind Sekarang di Netflix, Perebutan Kuasa antara Perdana Menteri dan Timbalannya

 

4. The Girl On the Train (2016)

Paula Hawkins menerbitkan novel The Girl On the Train pada tahun 2015. Novel karyanya itu berjaya mencuri perhatian ramai orang dan sangat laris di pasaran.

Mengisahkan tentang Rachel (Emily Blunt) yang menghidap kemurungan selepas bercerai dengan bekas suaminya, Tonton (Justin Theroux). Setiap hari, Rachel menggunakan kereta api sebagai untuk bergerak.

Dari dalam kereta api, dia selalu memerhatikan pasangan muda yang tinggal berdekatan rel yang bernama Megan (Halley Bannet) dan Scott (Luke Evans). Rumah Megan dan Scott berhanpiran dengan rumah Tom bersama isteri barunya, Anna (Rebecca Ferguson).

Baca lagi: 10 Filem Thriller Misteri Menarik, Plot Mendebarkan dan Kisah Jenayah Mengejutkan

5. The Woman in the Window (2021)

Menceritakan tentang pakar psikologi bernama Anna Fox (Amy Adams) yang terperangkap dalam sebuah situasi membingungkan, filem ini diangkat dari novel berjudul sama karya A.J Finn.

Anna menderita fobia terhadap ruangan yang kelihatan asing baginya yang membuatnya tidak pernah bersosial dengan penduduk setempat.

 

6. Shutter Island (2010)

Pengarah Martin Scorsese menampilkan Leonardo DiCaprio sebagai watak utama yang bernama Edward. Dia bersama rakannya, Chuck (Mark Ruffalo) dihantar ke hospital mental yang terletak di sebuah pulau terpencil untuk menyiasat kehilangan pesakit yang bernama Rachel Soliando.

Filem yang diadaptasi dari novel berjudul sama karya Deenis Lehanne ini pasti tidak asing lagi bagi para peminat filem thriller sejati. Durasi hampir dua jam terasa tidak mencukupi kerana filem ini memiliki jalan cerita yang menarik sehingga membuatkan penonton akan terbawa-bawa dalam cerita yang disajikan.

Jika anda meminati filem thriller, jangan lupa untuk menonton filem-filem thriller yang tersenarai di atas ya. Pasti anda akan mendapat pengalaman menonton yang tidak akan dilupakan.

Baca lagi: 5 Drama Korea Thriller Popular Tampilkan Suasana Tegang pada Setiap Episod, Bikin Cemas
Baca juga: Filem Thriller Psikologikal Sehidup Semati, Kisah Perkahwinan Toksik dan Isu Keganasan Rumah Tangga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here