Beberapa orang pengarah wanita dalam dunia perfileman India berjaya menghasilkan karya yang mematahkan stereotipe. Mereka memilih genre thriller sebagai cara untuk bercerita. Hasilnya, filem yang dihasilkan memaparkan jalan cerita dan premis yang jauh lebih kompleks.
Kehadiran pengarah wanita dalam genre yang tidak mainstream sangat diperlukan oleh dunia perfileman India. Industri perfileman memerlukan suara-suara unik untuk memperkayakan karya di dalamnya.
Enam filem thriller India karya pengarah wanita ini tidak boleh anda ketepikan. Mari kita lihat senarainya dibawah ini:
1. Dushman (1998)
Tanuja Chandra melengkapkan sebuah thriller balas dendam melalui Dushman yang dibintangi oleh Kajol. Melalui filem ini, Kajol membalas dendam kematian saudara kembarnya selepas diperkosa Gokul (Ashutosh Rana). Sedar tidak bisa melakukan balas dendam seorang diri. Dia meminta bantuan dari seorang bekas polis bernama Suraj (Sanjay Dutt).
2. Sangharsh (1999)
Sebuah lagi karya thriller dari Tanuja Chandra. Kali ini filem yang membahaskan tentang ketua agama yang fanatik. Sangharsh adalah tentang polis bernama Reet (Preity Zinta) yang cuba menangkap Pandey (Ashutosh Rana). Pandey bukan hanya seorang ketua agama yang fanatik, tetapi juga telah menculik ramai kanak-kanak dan dia patut dihukum!
3. Talaash: The Answer Lies Within (2012)
Aamir Khan membawa watak seorang pegawai polis yang tertekan kerana kehilangan anaknya dalam filem Talaash: The Answer Lies Within. Untuk menenangkan fikiran, dia cuba menyelesaikan kes kematian pelakon terkenal. Dia dibantu oleh seorang wanita dengan nama Rosie (Kareena Kapoor). Sewaktu identiti sebenar Rosie akhirnya terbongkar, satu kejutan diterima! Filem yang diarahkan oleh Reema Kagti ini menampilkan unsur supernatural sebagai elemen thriller dengan plot twist yang luar biasa.
4. Talvar (2015)
Talvar mengisahkan tentang kes bunuh diri seorang gadis remaja yang sukar diselesaikan kerana siasatan polis yang tidak profesional. Seorang penyiasat bernama Ashwin Kumar (Irrfan Khan) turun padang untuk menyelesaikan kes ini. Akan tetapi, Ashwin perlu berhadapan dengan sistem undang-undang yang cacat untuk mengungkap kebenaran kes. Meghna Gulzar menghadirkan elemen thriller yang menyengat melalui filem ini.
5. A Death in the Gunj (2016)
Bukan hanya pelakon berbakat, Konkona Sen Sharma juga mahir mengarahkan cerita thriller yang penuh misteri dalam A Death in the Gunj. Shutu (Vikrant Massey) yang pendiam merelakan dirinya menjadi bahan ejekan sewaktu menyertai acara keluarga. Semakin lama perjalanan, acara keluarga ini berubah menakutkan apabila salah seorang anggota keluarga menghilang.
6. Raazi (2018)
Meghna Gulzar kembali membuktikan kemahirannya menghasilkan cerita thriller melalui Raazi yang berdasarkan kisah benar dari peristiwa sejarah. Alia Bhatt membawa watak sebagai Sehmat Khan dinikahkan dengan lelaki dari Pakistan supaya boleh menjadi pengintip. Sewaktu perang kedua negara makin memburuk, hidup Sehmat menjadi pertaruhan.
Pengarah-pengarah wanita yang berasal dari India ini membuktikan bahawa filem thriller karya mereka juga tidak kurang hebatnya. Genre yang dianggap masih maskulin ini ternyata tetap memikat apabila digarap dari kacamata seorang wanita.