Home K - Pop 6 Idol Kpop Yang Dituduh Menghina Agama Islam

6 Idol Kpop Yang Dituduh Menghina Agama Islam

0

Sudah diketahui umum, kalau sebut je idol kpop, semua akan semangat menyebut nama favourite band/artis masing-masing. Kreativiti mereka dalam berkarya juga tidak boleh disangkal lagi dan ternyata mampu menarik minat ramai orang.

Namun, lumrah artis korea ini, mereka juga manusia biasa dan kadang-kadang sensitiviti yang sepatutnya ada pada mereka seakan telah hilang. Walaupun ada yang mendakwa tidak sengaja melakukan nya, dan telah meminta maaf, namun bukan mudah untuk kita sebagai penganut agama Islam menerima segala tohmahan yang telah mereka lakukan dalam karya milik mereka.

Jay Park 

Dikenali sebagai seorang rapper yang terkenal, Jay Park kerap mengundang kontroversi dan terbaharu, lirik dalam lagu miliknya mengandungi beberapa perkataan yang seakan menghina agama Islam. Tajuk lagu itu ialah ‘Mukkbang!’ yang diterbitkan pada 27 Mei 2021.

d28893ade372dd2eaebab6cd07f0da1c

Lirik lagu itu menyebut kata-kata seperti ‘Allah’, ‘Haram’ dan ‘Wanita-wanita Arab’ yang telah mendapat perhatian warganet. Jay Park yang telah melihat isu itu menjadi semakin hangat akibat dibangkit kan di internet telah membuat klarifikasi di laman sosial peribadi Twitter miliknya.

“Pada mulanya saya tidak mengerti mengenai masalah ini, namun setelah membaca komen, dan ada yang membantu menjelaskan, akhirnya saya faham akan permasalahan tersebut bahawa perkataan yang digunakan dalam lirik lagu ini amat sensitif. Saya minta maaf kepada semua peminat Muslim saya”.

CL

Bukan Jay Park sahaja yang terpalit kontroversi, CL juga pernah menimbulkan kemarahan umat Islam. Pada 2014, dia telah menyelit kan ayat suci al-quran dalam lagu ‘Mental Breakdown’, di saat minit ke 2:55, ada alunan ayat suci al-quran dari surah An-Naba ayat 34.

8825dd3b52ffcfad217cbb08bd4164e8

Hal itu telah menjadi perbalahan ketara dalam kalangan masyarakat. YG Entertainment sendiri, agensi yang CL bernaung telah menyelesaikan masalah itu dengan bijak. Agensi tersebut telah memutuskan untuk membuang alunan bunyi itu dalam lagu tersebut dan meminta maaf ke atas kontroversi yang terjadi.

Loco 

Sama juga dengan Jay Park, Loco yang juga seorang rapper telah menerima kecaman daripada pihak warganet terutama Muslim selepas memasukkan suara azan ke dalam lagu nya yang berjudul “Act Serious”.

949b267d7139f5a15897f9c6b84678df

Lantunan azan itu telah diremix dan terdengar dengan jelas pada permulaan lagu menyebut, “Allahuakbar, Allahuakbar”.

Dia telah dikecam dan mengeluarkan kenyataan maaf serta tidak menyangka bahawa alunan itu sangat dekat dengan umat Islam. Agensi nya telah mengambil tindakan dengan membuang alunan tersebut daripada lagu itu.

NCT

Group yang mencipta nama di Korea Selatan ini, tidak terkecuali daripada tuduhan menghina agama Islam. Pada 2020, NCT melalui lagu ‘Make a Wish (Birthday Song) apabila muzik video tersebut seakan menghina penganut agama Islam. Di dalam muzik video tersebut, mereka telah membuat design seakan masjid dan kubus yang berhias seperti kaabah, di mana merupakan tempat suci bagi kaum Islam beribadah.

94f43cf8016db92d9f3e8c9191cce0d5

Segelintir peminat seakan kecewa dengan tindakan kumpulan tersebut dan meminta mereka menilai semula video muzik yang dikeluarkan oleh kumpulan tersohor tersebut.

(G)I-DLE 

Mereka turut sama mendapat tempias seperti kumpulan NCT. Penampilan mereka ketika Golden Disc Awards yang ke-33 telah menjadi kontroversi apabila gambar latar belakang telah menggunakan gambar masjid ketika mereka mengadakan persembahan.

6de21751eb17241a7b7f678b81104530

Ketika konsert berlangsung, mereka dikatakan telah membawa lagu mereka iaitu “Latata” dan telah terlihat gambar masjid secara jelas di belakang. Perkara itu telah menimbulkan kemarahan buat umat Islam.

BLACKPINK

Kumpulan artis wanita yang mendapat tempat di kalangan peminat dunia ini juga turut terlibat dalam penghinaan kepada agama Islam.

3a2f5ac698fd212510a0c366a8ef31c6

Dalam lagu keluaran mereka, Ice Cream di verse 1, lirik tersebut bercakap mengenai Nabi Musa atau moses dan lirik itu telah dinyanyikan oleh Lisa, “Play the part like Moses (Memainkan peranan seperti Nabi Musa).

Penulis lirik lagu itu, Bekun Boom telah menyangkal dakwaan itu dan menjelaskan bahawa tiada langsung unsur seksual di dalam lagu tersebut. Dia juga tidak bermaksud menghina agama Islam.

Ia memberitahu bahawa lirik lagu itu penuh dengan unsur punchline dan meminta agar peminat berhenti memberi hujah.

Sumber: PopBella

Baca artikel terdahulu: Apa Yang Menarik Mengenai IU, Pelakon Drama Bersiri Hotel Del Luna