Home Artis Korea 6 Kdrama Menarik yang Dibintangi Kim Soo Hyun, Bakal Muncul dalam...

6 Kdrama Menarik yang Dibintangi Kim Soo Hyun, Bakal Muncul dalam Queen of Tears

0

Drama Korea terbaru yang dibintangi Kim Soo Hyun iaitu Queen of Tears bakal ditayangkan tidak lama lagi. Siri komedi romantik ini akan ditayangkan bermula pada 9 Mac 2024.

Kim Soo Hyun adalah pelakon drama Korea yang sangat popular. Dia pernah diangkat sebagai pelakon lelaki dengan pendapatan paling lumayan dan mendapat gelaran sebagai ‘Raja Iklan’ kerana banyak produk yang diiklankan olehnya.

Pelakon ini debut pada tahun 2007 melalui drama siri Kimchi Cheese Smile. Hingga kini, dia sudah berlakon dalam 13 buah drama siri.

Berikut dibawah ini adalah pilihan enam buah drama Korea menarik yang dibintangi oleh Kim Soo Hyun.

 

1. Dream High (2011)

Kim soo hyunDrama ini adalah drama keenam yang dibintangi oleh Kim Soo Hyun selepas melakukan debut, drama inilah yang meledakkan namanya sebagai bintang televisyen. Dalam drama remaja dan muzikal ini, dia bergandingan dengan Suzy, IU, dan Ok Taecyeon.

Dalam Dream High, Kim Soo Hyun membawa watak sebagai Song Sam Dong, pemuda kampung yang memiliki suara merdu yang juga berkebolehan bermain alat muzik. Apabila menyertai Kirin Art High School, perjuangan kerjaya dan cintanya bermula.

 

2. Moon Embracing the Sun (2012)

f2503994 0ce6 4273 b90c 024b3020b80cSetahun berikutnya, nama Kim Soo Hyun tetap masih popular apabila membintangi drama Korea sageuk romantik, Moon Embracing the Sun. Dia menjadi Raja Lee Hwon yang bertemu dengan bomoh (Han Ga-in), wanita dari keluarga terhormat, tapi disingkirkan kerana konflik perebutan kuasa.

Drama rating tinggi ini diadaptasi dari novel karya Jung Eun-gwol.

 

3. My Love from the Star (2013)

IMG 7038Dalam drama Korea ini, Kim Soo Hyun bergandingan bersama pelakon wanita popular Jun Ji Hyun. Dalam drama ini, Kim Soo Hyun membawa watak sebagai makhluk asinh yang bertahun-tahun terdampar di bumi. Menggunakan nama Do Min Joon, dia yang akhirnya mendapat peluang untuk pulang ke planetnya membatalkan hasrat untuk pulang kerana dia jatuh cinta dengan seorang gadis cantik yang bernama Cheon Song Yi. Perangai mereka yang berbeza membuatkan kisah cinta mereka menjadi semakin unik.

 

 

4. It’s Okay to Not Be Okay (2020)

IMG 7039Memasuki era 2020-an, Kim Soo-hyun tetap laris dan menjadi rebutan. Namanya masih kekal sebagai palakon popular kerana kejayaan It’s Okay to Not Be Okay. Dia membawa watak sebagai Moon Gang Tae. Dia bertemu dengan seorang penulis buku kanak-kanak yang bernama Ko Moon Young (Seo Ye Ji) yang sangat sombong, dan cuba mengejar cinta Gang Tae.

Drama yang mengangkat isu kesihatan mental ini boleh ditonton di Netflix.

 

 

5. One Ordinary Day (2021)

IMG 7040

Kim Soo-hyun tampil berbeza dengan membawa watak sebagai pelajar yang dituduh sebagai pembunuh. Diadaptasi dari siri British iaitu Criminal Justice, Kim Soo Hyun membawa watak sebagai Hyun Soo, yang dibantu oleh peguam kelas rendah Shin Joong Han (Cha Seung Won) supaya dia boleh bebas. Namun dia perlu menghadapi sistem keadilan dan undang-undang yang kejam.

Drama ini ini ditayangkan di Viu.

 

6. Queen of Tears (2024)

IMG 7041Dalam Queen of Tears, Kim Soo-hyun bergandingan dengan pelakon wanita yang juga mempunyai bakat lakonan yang luar biasa iaitu Kim Ji Won. Membawa genre komedi romantik, mereka akan menjadi sepasang suami isteri yang menghadapi krisis.

Baek Hyun Woo (Kim Soo-hyun) adalah pengarah kumpulan konglomerat Queens. Manakala Hong Hae In (Kim Ji Won) adalah waris Queens Group. Queen of Tears merupakan drama terbaru yang dibintangi oleh Kim Soo Hyun yang menceritakan tentang cinta yang mampu bertahan di tengah-tengah krisis yang hebat.

Drama Korea ini akan mula ditayangkan pada 9 Mac nanti di Netflix. Jangan lupa untuk menonton Drama Queen of Tears ya!

Baca lagi: 11 Pasangan Kdrama 2024 ini Tidak Mungkin Terlibat Cinta Lokasi, Kenapa?
Baca juga: 7 Petikan Babak Drama Terbaru Queen of Tears, Gandingan Hebat Kim Ji Won dan Kim Soo Hyun